sarahezra
ABAM KACIAK

ABAM KACIAK

19 0 11

Kisah Nailaa dan Harith Kuhn.plus TSJ…

HELLO, SIR!

HELLO, SIR!

9 1 1

kisah HANS & HAZELMOON yang sengal2 ubi.KOMEDI ROMANTIK EH!…

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintaku

TERHIMPUN RINDU~dalam sujud cintaku

6,258 223 27

Sebuah kisah cinta mengusung rindu bertahun lama, terhimpun pada setiap sujud namun ia menjadi puing-puing yang berserakan saat fitnah dan dusta bagai kain nipis yang melangsiri antara dua jasad dan jiwa ingin bersatu. Halus dan licik.FIRMAN.Saat berkelana mempertemukannya dengan Fusaylah, Birgitta namun dia terkesan dengan kemunculan semula Zafeya. Kehadiran Zafeya bukan sesuatu yang kosong pada dirinya. Firman teruji rasa yang hebat, bila sang gadis bukan sahaja menolak cintanya, tetapi juga membuang cinta TUHAN!ZAFEYA.Saat citra muslimahnya dibadai ujian cinta manusiawi, dia merasakan tuhan amat kejam. Dia dilanda krisis kepercayaan, lelah dan terhanyut sehingga dia begitu tega mempersoalkan sifat Ar-rahman dan Ar-rahim tuhan. "...dan usahlah berkata bahawa tuhan itu tidak akan membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya. Demi tuhan, dia lebih mengetahui bahawa saya lemah dan bisa larut dalam derita berpanjangan begini, tapi kenapa dia masih memberi saya ujian ini? Bukankah ini bermakna dia zalim?"~ZafeyaAyat surah Al-Baqarah ayat 286 itu dipersoal membuatkan Firman beristighfar lebih panjang bersama nafas yang beralun kesal. Hatinya benar-benar runtun menghadapi kata-kata yang dilanda krisis kepercayaan. Zafeya sedang parah, tapi di sisinya, apa yang mampu dia lakukan? Adakah dia harus mengherdik gadis itu kerana penafiannya tentang kewujudan tuhan? Atau apakah dia perlu mendiam diri saja lalu melihat gadis itu terus hanyut dalam rasa putus asanya terhadap tuhan?Dalam menuntun kembali Zafeya agar seiring dalam meraih cinta tuhan, dia juga tersepit dengan cinta Najlah yang tidak pernah terhenti buatnya. Saat fitnah bersebaran, cinta kian berantakan dan mereka bergelut rasa ingin memiliki dan rela melepaskan. Mampukah mereka menyatu dalam rindu yang terhimpun?500 Naskhah terhad.Dapatkan segera, sehingga 1 april 2019.…

SAAT KAU TAKLUKI CINTA INI

SAAT KAU TAKLUKI CINTA INI

42,547 124 14

BlurpRahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan pulang ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bisa kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira."Saat kau takluk cinta ini, saat itu juga kau hempas seluruh hatiku dengan pengkhianatanmu!"~RAHHAL TAUFIQNamun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?"Cinta ini sudah menakluk seluruh atmaku, sehingga aku tidak lagi bisa merasa pahitnya dusta."~RAHHAL TAUFIQ"Ya, saat kau takluk cinta ini, tidak ada satu pun daerah dalam hati ini kau tinggalkan kosong. kerana ia telah terisi oleh hebatnya cintamu!"~MELISSA HAIRA…

Amdrea Jeans_penyiasat cinta yang silap perhitungan

Amdrea Jeans_penyiasat cinta yang silap perhitungan

355 36 6

kisah bodoh tak bertapis, kisah seorang loser yang selalu kalahAmdrea Jeans_ nama daftar surat beranak pun dah salah. sepatutnya Andrea, tapi terletak huruf'M'. Dia bukan orang putih walau pun nama acah2 orang putih.Dia selalu gagal. tapi gagal cara dia lah.gagal dalam perniagaan online. gagal dalam pekerjaan. gagal matematik. dan kalau melibatkan soal perasaan, tentulah dia gagal dalam percintaan. gagal nak ada kekasih dan yang paling mematahkan hati, da gagal menawan hati tunangnya sehingga lelaki itu blah dan kahwin dengan orang lain.Gagal dengan Amdrea, berpisah tiada jadi buat apa dia nak runsing.semuanya berpunca daripada sikap cuai dan tidak berdisiplinnya..Kisah hidupnya berubah suatu hari bila rumahnya disimbah cat merah.abah ada hutang along?muncul hero mahu menyelamatkan Amdrea tapi Amdrea lebih pantas buka kertas siasatan. bermulalah penyiasatannya dan penemuannya mengejutkan.simbahan cat tu silap rumah!Eh, memang betul. Cat itu memang nak disimbah ke rumahnya.Mana satu yang betul?Silap atau betul, persoalannya siapa yang simbah? atau sekadar nak tarik perhatian Amdrea yang memang dah lama bergelojak darah detektifnya itu?* direct type di watpadd untuk tujuan suka2 sajaterdapat pengabaian ejaan, tatabahasa dan teknikal format buku.…

SEDETIK LARA

SEDETIK LARA

2,336 127 10

Irdina Iman, dia terperangkap dalam cinta semalam yang mencipta kenangan terindah, lantas kenangan itulah yang terus memburu hari-harinya. Merasa masih berteman cinta Nashrul, dia terus terbuai sepi yang indah dan atas alasan itu dia tidak tega menerima cinta sesiapapun. Kembali ke daerah kenangan, dia sedar, tiada apa yang tertinggal untuknya sedang Nashrul kini meniti kebahagiaan bersama Yasmeen. Meski terkilan betapa liciknya Yasmeen merampas cinta Nashrul daripadanya, dia harus pasrah. Dia harus bangkit dari kecewa yang tidak bertepi lalu membina kebahagiaannya sendiri. Bertemu teman sepermainan, hati terpaut pesona dan dia mula meragui ikrar hati betapa Farieth itu hanya teman seperainan yang berkongsi keindahan zaman kanank-kanak. Farieth bersahaja, membukti cinta hanya dengan gurauan dan membuatkan Iman berhenti berharap. Namun saat Farieth benar-benar melafaz cinta, Iman tidak mampu menerima kerana saat itu jugalah hadirnya Sophia. Kehadiran Sophia meskipun bukan pintanya namun kerana gadis itulah dia menemui susur galur keturunannya yang memungkinkannya menjadi pewaris Tengku Mahyudin. Namun ia bukan alasan untuknya menafikan cinta buat Farieth hanya kerana Sophia adalah sepupunya. Dia berani merebut cinta! Dalam kekalutan mahu memaknakan cinta, Nashrul kembali, mahu mencantum sisa cinta yang bersisa. Saat hati memerlukan Farieth, lelaki itu juga pergi bersama limpahan prasangka. Yang singgah di lamannya hanya berita pertunangan Farieth dan Sophia. Iman_dia gadis yang belajar dari pengalaman. Kehilangan cinta Nashrul dulu tidak dipertahan dan hari ini dia harus mempertahan cinta Farieth hingga menjadi milik mutlaknya!…

DALAM SUJUD CINTAKU

DALAM SUJUD CINTAKU

1,979 34 3

Mencari diri dalam kabut sejumlah harilalu bukan mudah buat Zafeya. Membina diri dalam kabut serelung cerita silam bukan juga mudah bagi Firman.Mereka bertemu dalam memberi makna pada rasa dan seharusnya mereka tunduk akur dalam meraih cintaNya.…