nsyuhadamf
Pengawas itu, Idolaku !

Pengawas itu, Idolaku !

574 39 3

Menceritakan tentang seorang budak perempuan yang baru memasuki tingkatan 1 dan terjumpa dengan seorang pengawas perempuan senior pada hari pertama di sekolah menengah lalu menjadikannya sebagai idola tanpa pengetahuannya. Dia berasa hairan mengapa terdetik secara tiba-tiba perasaan untuk menjadikan pengawas itu sebagai idolanya.Terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui olehnya supaya dia menjadi semakin rapat bersama idolanya. Adakah usahanya akan berhasil?…

Mr.Boss Miss Stalker

Mr.Boss Miss Stalker

4,528 53 3

Mengisahkan tentang Sara Azreen diberikan tugasan oleh Encik Hamzah untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran, CEO kepada Mentari Angkasa Snd Bhd.Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.Sara serba salah.Namun dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil.Malahan Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza.Izzudin, pengurus kewangan syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya, seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu manjadi menantu kepada keluarga Hariz.Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira soal kerja ataupun hubungan peribadi.Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zhafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangan untuk memerangkap Hariz?…