mahakarya2022
Pencari Cincin Sakti - Aliff Mustafa

Pencari Cincin Sakti - Aliff Mustafa

1,943 50 12

Alam raya ini sedang menyaksikan fasa perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka, bukan sahaja para khalifah dari semua dunia yang dibangkitkan, malah musuh musuhnya juga.Ini ialah kisah seorang lelaki yang dikatakan akan memulakan peperangan terbesar pernah dunia ghaib saksikan.Ini juga kisah seorang wanita yang melangkaui kematian untuk menyelamatkan nadi cintanya.Dan yang menarik-narik benang kepada segala malapetaka itu adalah satu entiti yang sejak ratusan tahun lagi sudah merencanakan kebangkitannya. Kesudahannya akan menyedarkan mereka tentang hakikat kehancuran yang bakal tiba. Tujuan hidup mereka akan dipersoalkan semula di hadapan musuh yang sedang mara. *Pencari Cincin Sakti akan dinaikkan setiap hari Isnin, bermula 11/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*โ€ฆ

Sabotaj - Rizal Ramli

Sabotaj - Rizal Ramli

867 24 8

Takdir itu sangat kejam dan penuh rahmat pada masa yang sama.Perjalanan empat sekawan, vigilante psikopat bertopeng, gadis mangsa culik dan ketua kumpulan kongsi gelap berjerait antara satu sama lain, dan akan berakhir dalam pertemuan yang penuh aksi dan kematian hanya dalam satu malam sahaja.Siva dan kawan baiknya diheret ke dalam konspirasi dunia jenayah tang penuh dengan darah, pembunuhan dan pengkhianatan.Christine diculik dan menjadi mangsa rancangan jahat musuh-musuh ayahnya.Daniel, waris tunggal kepada ketua kongsi gelap yang paling digeruni di KL mempunyai rancangan besar untuk empayarnya, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menang.Topeng hitam, seorang vigilante psikopat nekad untuk memburu dan menghukum perompak, pembunuh dan perogol tanpa rasa belas kasihan.Untuk terus hidup, mereka perlu menipu, bertempur dan membunuh. Adakah mereka semua akan terselamat sebelum menjelangnya waktu pagi?*Sabotaj akan dinaikkan setiap hari Selasa, bermula 12/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*โ€ฆ

Sate Untuk Jembalang - Saidee Nor Azam

Sate Untuk Jembalang - Saidee Nor Azam

1,395 24 5

KERANA gilakan nombor ekor, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memuja jin dan segala makhluk ghaib yang dipercayai mampu memberikan apa sahaja yang diidamkan.Amri seorang pemuda yang berusia lingkungan lewat 30an, begitu gila bermain judi, termasuk menikam nombor ekor. Setiap pelusuk tempat dia akan mencari tempat yang dikatakan keras untuk menurun nombor ekor.Sudah ramai pawang dan bomoh dia temui. Sudah banyak tempat dia pergi demi mencari nombor ekor, semuanya tidak dapat memuaskan nafsu serakah Amri, dia mahu lebih lagi.Amri sanggup melakukan apa sahaja sehingga lupa dosa dan murka ALLAH. Pada suatu hari Amri mengetahui tentang suatu tempat yang mampu memberikan nombor ekor terbaik untuknya, sekaligus akan memberi kekayaan kepadanya.Tempat yang dihuni oleh satu penunggu yang dirasakan nampu membantunya mencapai apa yang dikehendaki. Namun Amri tidak mengetahui tanah di tempat itu adalah tanah yang disumpah! Tanah yang penuh dengan kegelapan.*Sate Untuk Jembalang akan dinaikkan setiap hari Khamis, bermula 14/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*โ€ฆ

Tangisan Sri Melati - Hafiz Ab Kadir

Tangisan Sri Melati - Hafiz Ab Kadir

1,584 31 8

Sri Melati. Nama yang cukup indah, tetapi tidak seindah nasib kampung empunya nama itu. Kejadian hitam yang menimpa kampung ini mula menukar sifat dan perasaan yang menghuninya. Tatkala ketakutan menjelma, manusia mula menzahirkan tuduhan. Siti, anak kepada penghulu Kampung Sri Melati menjadi mangsa pertama dalam kejadian hitam itu. Mayatnya yang dijumpai di kampung itu mula meninggalkan seribu satu persoalan terhadap orang kampung. Bukti dan motif pembunuhan itu tidak jelas. Amir, bekas banduan yang baru sahaja memulakan kehidupan baru di Kampung Sri Melati menjadi suspek pembunuhan Siti. Keadaan menjadi kacau-bilau. Inspektor Azman cuba untuk merungkai misteri-misteri pembunuhan yang terjadi di kampung itu. Akan tetapi, setiap petunjuk yang dijumpai menambahkan lagi persoalannya.Dapatkah polis muda itu menyelesaikan kes-kes yang menyelubungi kampung itu? Siapakah pembunuh sebenar Siti dan mangsa-mangsa lain? Berjayakah pembunuh itu ditangkap?*Tangisan Sri Melati akan dinaikkan setiap hari Rabu, bermula 13/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*โ€ฆ