karyaseni2u
Marjaan Permataku

Marjaan Permataku

375 23 5

[Cerita akan dikemaskini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam]SEKOLAH pondok? Tak pernah terlintas dalam fikiran Marjaan yang dirinya akan tercampak di tempat 'jin bertendang' itu. Hanya disebabkan keputusan SPM teruk dan risau Marjaan bergaul dengan rakan-rakannya yang liar, akhirnya Puan Mahani membuat keputusan agar Marjaan menyambung belajar di Sekolah Pondok Al-MuhaiminDunia Marjaan bertukar 180 darjah. Kini Marjaan menjadi gadis yang berjubah dan berniqab di hadapan orang ramai. Kecantikannya tersorok. Keseronokannya direnggut sekelip mata. Namun hidupnya kembali berwarna apabila mengenal sebaris nama Ustaz Nawfal Husaini."Satu lagi, tak baik juga makan sambil berjalan. Dah macam kambing. Anti tahu kambing tak? Sambil merenggut pucuk-pucuk kayu ia berkeliaran. Mahu jadi kambingkah?" - Nawfal Husaini"Biarlah! Kenapa ustaz sibuk-sibuk hal saya?" - Marjaan"Ana hanya mengingatkan supaya anti berakhlak dengan akhlak wanita solehah. Dan perlu juga diingat anti tu pelajar dan ana guru." - Nawfal HusainiCinta dalam diam, penuh rahsia akhirnya terbongkar lalu dicemari amarah. Ustaz Hanafi mengambil keputusan untuk mengahwinkan Marjaan dengan Ustaz Wadie lantaran terhutang budi. Kerana kecewa, Nawfal Husaini melarikan diri ke Morocco lantaran tidak sanggup melihat Marjaan menjadi milik Ustaz Wadie. "Ana rindu jelingan tajam anti tu. Mengancam tak ubah macam pisau menghiris dada ana. Darahnya membasahi, sakit hingga ke urat nadi." -Ustaz Wadie.Dalam pada Marjaan ingin memberontak, akhirnya gadis itu tersepit apabila bapanya, Ustaz Hanafi diserang penyakit misteri. Siapakah pemilik cinta Marjaan? Apakah Nawfal Husaini yang jauh di mata ataupun Ustaz Wadie yang sanggup berkorban apa sahaja demi untuk merealisasikan impiannya?…

Merinduimu Bukan Sederhana

Merinduimu Bukan Sederhana

763 69 10

[Cerita akan dikemasikini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam]Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi. Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali."Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?"- Hazie Tsuraya"Kalau belum nak mati tu... Kira sihatlah."- Lutfir HakimiBukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya. Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan."Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata."- Lutfir Hakimi"Kalau manusia mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya." - Hazie TsurayaMerindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong. "Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?" - Lutfir HakimiMampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?…

Bagaikan Pelangi

Bagaikan Pelangi

2,500 73 5

Zakhri Lee...HIDUPNYA kusam dan kelam semenjak peristiwa pahit yang pernah melanda dahulu. Dirinya yang dulunya petah, berubah menjadi lelaki pendiam. Lebih senang menjadi pemerhati dalam menjaga diri dan keluarga. Terutama sekali anak perempuan yang dia ada. Dia lebih prejudis terhadap insan bergelar perempuan. Namun kemunculan gadis itu membuatkan hidup dia mula berubah. Sedikit demi sedikit.Aira Nazeeya... Dia hanya gadis biasa. Piatu yang membesar di rumah anak-anak yatim. Mungkin kerana hal itu membuatkan dia jadi lebih menghargai erti kasih sayang."Tisya nak peluk mummy." Aira terkedu apabila kanak-kanak itu terus memeluk tubuhnya. Namun dia tetap membalas. "Okey, duduk dekat riba mummy. Nanti boleh sandar dekat mummy. Boleh peluk mummy. Okey?" Apabila mengenali anak kecil yang comel seperti Zetisya, kasihnya tumpah tanpa syarat. Namun sikap dingin dan beku bapa anak itu membuatkan Aira kecut sendiri. "Saya tahulah awak memang suka Tisya panggil awak mummy sebab awak nampak banglo saya tu, kan?" - Zakhri Lee'Macamlah aku hadap sangat dengan harta dia tu!' - Aira NazeeyaZakhri kuat menyindir, namun Aira punya seribu satu cara untuk membidas. "Eh, ini bukan mall awal pun. Suka hati sayalah nak duduk mana yang saya nak." - Zakhri Lee"Huh, fine. Memandangkan encik nak sangat duduk dekat bangku ni, tidurlah dekat sini." - Aira NazeeyaAira sebal. Mulut laser Zakhri memang menyakitkan hati tapi entah kenapa saat bertentang mata hatinya bergetar sejuta rasa. Apakah dia sudah jatuh cinta? Jika tidak, mengapa hidupnya mula berubah kini?¬¬¬ Berwarna-warni. Bagaikan pelangi...…

Jamil VS Tipah

Jamil VS Tipah

4,319 199 10

"Duduk betul-betul boleh tak? Kereta dah senget ke tepi, saya nak lalu jalan berselut ni. Nanti kereta tenggelam, habis kita!" - Jamil"Eh, kau berhenti sekarang! Kau nak suruh aku turun, sebab aku buat kereta kau berat, kan, kan?!" - LatifahLatifah geram. Laser betul Jamil, ada saja modal nak bagi dia sakit hati. Persahabatan mereka sejak kecil terus berantakan gara-gara salah faham. Lebih memeningkan, mereka terpaksa bekerjasama bila kampung pula diserang 'orang minyak'."Baik kamu kahwin, jangan nak jual mahal sangat, Tipah! Orang minyak ni cari anak dara!""Eh, kau suka kakak bomboloni montel kau tu ke? Cakap ajelah kalau suka!"Jamil nekad mahu memperbaiki hubungan mereka. Latifah buat tidak endah, hanya ambil pendekatan untuk tidak menyerah kalah. Namun, kehadiran si cantik jelita menyebabkan jiwa kentalnya menjadi goyah."Akak jangan mimpilah nakkan Jamil. Akak bukan taste dia." - AirinLatifah keliru. Aku suka Jamil? No! It's weird, okay? Lagipun, dia Jamil. Aku Latifah. Macam watak utama filem Madu Tiga. Entah-entah kalau terima, aku berpotensi untuk bermadu! Hesy, gadis itu bertambah seram. Tak mungkin mereka saling mencintai!"Biar saya jadi mahram awak, suami awak, Tipah."Argh, kegilaan apakah ini?! Latifah mahu pengsan!…

Pak Su Ammara

Pak Su Ammara

5,227 338 10

KEHIDUPAN berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha untuk dirinya bangun semula. Tetapi bukan senang untuk orang lain faham tentang pilihannya."Eh, kalau tak tahu apa-apa jangan banyak cakaplah! Cakap saja pandai. Laki pun dikebas orang. Lagi banyak bunyi." - Abang Mizi"Miza tak rugi apa-apa. Dialah lelaki malang sebab tak pandai nak hargai isteri sebaik Miza." - MizaItu baru kata-kata daripada abang kandung, belum lagi orang luar. Akhirnya Miza membawa diri untuk berdikari. Masih ada lagi pertolongan yang membuatkan dirinya terus kuat. Tapi tak sangka pulak dirinya masih dikejar oleh Wafi."Kalau abang nak nikah, abang boleh aje nikah tanpa persetujuan, Miza..." - Wafi"Kalau dah macam tu, nikah sajalah. Miza pun tak kesah. Tapi macam Miza cakaplah, lepaskan Miza." - MizaAkhirnya. ikatan perkahwinan terlerai juga. Miza reda. Tapi hidupnya masih tidak aman kerana diganggu dengan kisah silam. Lagipun Miza merahsiakan yang dirinya sedang berbadan dua. Ketika Miza rasa keseorangan, muncul seseorang yang sering ada bila dia memerlukan bantuan. Tak sangka pak su kepada anak didiknya, Ammara... Menjadi 'tali' untuk dia keluar dari masalah."Saya pun sebenarnya serba salah nak minta tolong pak su. Tapi saya tak ada pilihan. Rasa terdesak sangat." - Miza"Jadi cikgu nak buat apa sekarang?" - Pak su Ammara"Pura-pura jadi bakal ayah kembar, boleh?" - MizaWafi tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan haknya sebagai ayah. Berjayakah pak su Ammara membantu Miza?…

Babby Batrisya

Babby Batrisya

3,235 208 11

'Kenapa mereka yang sepatutnya lindungi aku, maki aku? Fitnah aku?! Kenapa aku yang kena lalui semua ni? Kenapa bukan orang lain?'SEBAIK SAHAJA urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia enam tahun itu di situ. Seorang wanita yang dikenali sebagai tok wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. Malangnya, mereka telah terdengar pertengkaran antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, Trisya mengetahui punca kenapa Mahani tidak pernah menyenangi kewujudannya."Esyah tahulah mak tak suka Trisya tu. Kalau mak tak suka, kenapa nak biar dia duduk kat sini lagi? Esyah pun tak sukalah dengan Trisya. Esyah tahu... dia bukan adik Esyah, kan? Dia bukan anak ayah, kan?" - AISYAHDatin Paduka Dahlia (tok wan) telah menjadikan Trisya sebagai cucu angkat dan tinggal bersama. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati anak dan menantu. Makin membara cemburu mereka apabila tok wan menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan TrisyaBeauty lantas menghadiahkannya kepada cucu kesayangannya itu. Dan kerana itu, kematian tok wan dirancang. Tok wan mati dalam keadaan ngeri.Setelah dua tahun kematian Datin Paduka Dahlia, sebuah wasiat telah membuatkan sebuah drama penipuan tercipta. Masing-masing inginkan bahagian dalam wasiat itu. Dan Trisya juga tidak mahu kalah. Haq, pengawal peribadinya turut diheret sama."Kami dah kahwin, Dua bulan lepas.""Ah, sudah! Habis wasiat semua ni macam mana?""Walau apapun alasan, kau berdua mesti bercerai. Trisya dan Pian mesti berkahwin!" Trisya menanam dendam. Sungguhpun tok wan memaafkan kelakuan keji anak menantunya, Trisya takkan pejam mata. Dia merencana agenda untuk memusnahkan kehidupan anak-anak dan menantu tok wan selari dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.…

PA Aku Ratu Sejuk Beku

PA Aku Ratu Sejuk Beku

2,236 98 5

"Aura dinginnya mampu menggoncang jiwa!"KERANA impiannya sendiri, Aziz sanggup memungkiri perjanjian antara ibunya, Datin Ida. Bertahun-tahun Aziz melancong ke serata dunia. Suatu hari, Aziz pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan sesiapa. Niatnya kali ini melancong di segenap pelosok tanah air. Di Pulau Aman, Aziz diculik oleh kumpulan yang tak dikenali."Berhutang? Hutang apa? Seingat saya, saya tak pernah berhutang dengan sesiapa pun." - AZIZKemunculan Datin Ida mengejutkan Aziz. Datin Ida datang menuntut janji. Suka atau tidak, Aziz akan berkerja di AB Group selepas Datin Ida memenuhi janji pada Aziz. Tanpa rela hati, Aziz terpaksa bekerja di syarikat keluarganya. Kehadiran Aziz tidak disenangi oleh beberapa orang ahli lembaga pengarah termasuklah sepupu ayahnya, Datin Annisa. Bagi memastikan Aziz serius menjalankan tanggungjawab, Datin Ida mengarahkan Diana menjadi PA Aziz buat sementara waktu "Aziz tak suka dia, mummy! Muka dia pun Aziz meluat nak tengok, inikan pula nak hadap hari-hari! Lagi stres, tahu tak!" - AZIZPerangai Diana yang dingin, panas baran dan suka menyendiri sering kali menguji kesabaran Aziz. "Kalau bos dapat markah 80 ke atas, I bagi kamera bos balik." - DIANA"Bijak betul awak ni, kan! Masa saya tengah tension ni la awak nak buat test, memang bijak cari peluang!" - AZIZDalam masa yang sama, Aziz tetap mahu busybody akan hal Diana. Kata-kata berapi Diana kepada Aizat menunjukkan yang Diana mungkin pernah kecewa gara-gara putus cinta. Si ratu sejuk beku itu pernah kecewa? "You tak kenal siapa Diana! Dia tu perempuan jahat. Dia homewrecker!"Benarkah bagai dikata?…

Liefde

Liefde

990 28 5

Cinta Telah Terlukis, Takdir Sudah TertulisDia, prince charming yang dingin tetapi menjadi dambaan wanita. Dari Malaysia sehingga Amsterdam, ada saja yang mengejarnya. Trip solo yang dirancang berbulan lamanya terganggu dengan kemunculan si dia dan entiti baru."You kena berubah untuk kedua orang tua you. You mesti jadi muslimah sejati." - Wan Afnan Wazif"Kalau you jadi suami I, you boleh bimbing I." - Yarra Larissa"I nak Afnan, tapi dia tu jejaka kayangan yang sukar dipikat!" - Viviana."Kalau you nak I datang untuk you, you kena pinang I dulu." - Qaisarah.Afnan bertambah buntu. Bukan sekadar manusia, tetapi ada jelmaan yang hadir untuk menambah igauan mimpi ngerinya."Dia kata, dia boleh bertukar jadi harimau dan dia aman dengan kehidupan begitu.""Bukankah kau dah jinakkan dia? Dia sepatutnya berubah sejak diserang dulu!""Saya rasa semua ni tak masuk dek akal!"Daerah hutan bersalji itu bergegar dengan ngauman yang kuat. Pergelutan hebat bakal terjadi dengan iringan bingit bunyi lolongan, lompatan dan libasan. Biarpun harapan tipis untuk menang, dia tak akan mengaku kalah selagi mampu bertarung!"Apa sebenarnya yang kejar you dalam hutan tu?""Werewolves."…

Hati Yang Kau Pinjamkan

Hati Yang Kau Pinjamkan

3,273 122 9

Kita tak nak pulang. Kita nak buat hartaKATA ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu... dia perlu lakukan sesuatu.…

Hati Yang Kau Curi (Preview)

Hati Yang Kau Curi (Preview)

2,883 97 10

Cinta bukan diukur dengan masa tapi perasaan.Mimpi atau realiti sentiasa menjelma sehingga mengganggu hidupnya. Bukan! Dia bukan berada di alam fantasi. Namun pada masa yang sama lelaki itu wujud mengejar cintanya. Lara makin keliru keberadaannya. Puas ditepis dan ditolak, tapi lelaki itu semakin mendekat membuatkan dirinya merantau mencari jalan keluar daripada kecelaruan hidupnya.Adri tidak akan berputus asa. Lara harus kembali ke dunia nyata. Gadis itu harus pulih daripada penyakit yang bukan kehendaknya. Lelaki durjana bernama Dr. Imran tidak layak menjadi sebahagian dalam hidup Lara.…

Qasidah Buat  Khadijah (Preview)

Qasidah Buat Khadijah (Preview)

4,813 210 10

Gara-gara pinangan Muhammad, Khadijah kini tercampak jauh di Tarim yang dikenali sebagai Bumi Seribu Wali.…

DIA SEADANYA

DIA SEADANYA

1,771 35 2

Tajuk: Dia SeadanyaPenulis: Hanina Abdullahwww.karyaseni.myPROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm... Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi... yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh?Emmalyn tahu, dirinya dijadikan 'gula' untuk menarik Si Tareq. Anyway... Dia ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak 'tarik si Tareq' balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini dia... Emmalyn Mohd Ehsan?"Umi bimbang nanti saya jadi bujang terlajak." - TAREQ"Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?" - EMMALYN "Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab." - TAREQ"Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?" - EMMALYNPada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda."Siapa tu?" tanya Emmalyn sambil mengalih pandangan ke arah ibu Tareq.Terkejut Emmalyn melihat muka ibu Tareq bagaikan toreh tidak berdarah. Dahi Haji Abdul Aziz berkerut, mulutnya rapat diketap. Uda Jah sudah ternganga."Inessa!" desah Tareq, terkejut.Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?…

CINTA BERGANTI NYAWA

CINTA BERGANTI NYAWA

1,722 48 3

Tajuk: Cinta Berganti NyawaPenulis: Hannazwww.karyaseni.myBetul kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun lamanya. Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran. Namun, kehadiran Nash Dzulkarnain merubah segala-galanya. Ada saja lelaki itu di depan mata berlagak 'superhero' menyelamatkan dirinya daripada serangan demi serangan konco-konco Syed Amran. Yasmin jadi rimas menanggung hutang budi kerana dia tidak perlukan penyelamat walaupun dia hidup dalam ketakutan. Ah, kedegilan Yasmin tidak harus dibiarkan! Nash nekad, gadis itu perlu diselamatkan walaupun diri terkorban. Lagi degil lagi suka dia mendekati Yasmin. Parahnya, dia tidak dapat menafikan hatinya sudah terpaut. Dia akui ini kali pertama dia jatuh cinta! "I love you, Yasmin. I am always here if you want to talk." - Nash"No! Saya tak cintakan awak. Tak pernah cintakan awak. Get a life, Nash!" - YasminBetullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. Benar... Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran... Adakah dendamnya terbalas?Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah sudah aturkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.…

Dalam Rintis Hujan

Dalam Rintis Hujan

1,201 22 9

Tajuk: Dalam Rintis HujanPenulis: LizaNurwww.karyaseni.myKerna tiap pilihan akan membawa kita ke destinasi berbeza...Dalam rintis hujan, Mirza setia menanti wanita yang berjanji untuk memayungi dirinya dengan kasih sayang. Namun, hampa belaka."... Mak dah janji nak ambik Mir! Mana mak Mir?"Saat dia dipertemukan semula dengan wanita kesayangannya, dia digesa memilih antara 'emak' dan 'mama'. Namun, Mirza nekad tidak mahu melepaskan kedua-duanya.Dalam ribut permasalahan keluarga yang belum tenang, cinta si Hawa yang seorang ini pula datang bertandang. Terketar hatinya."Jiwa klasik? Apa maksudnya tu?""Kalau saya suka seorang perempuan tu, saya tak ajak keluar. Saya beli pisang suruh dia buat cekodok."Mirza terus dibuai rasa tanpa menyedari ada jiwa lain yang sebenarnya terluka. "Lepas Mel belajar lepaskan abang, baru Mel tahu hargai diri Mel sendiri, bang."Ah, kacau! Dia dipaksa memilih lagi dan kali ini antara dua wanita dalam persalinan pengantin di depannya."Sekarang saya dah sedia jadi isteri awak. Saya sanggup korbankan semuanya demi awak."-Ana Sofiya."Abang tahu hadis 'payung emas' untuk wanita bermadu tu hadis palsu, kan?" - Melissa.Dan tika hatinya memilih, dia nekad untuk mencintai dan setia sehingga ke titik noktah hidupnya.…

Kasih

Kasih

2,707 59 6

Tajuk: KasihPenulis: Azian Zahrawww.penulisan2u.my…

Zinnirah

Zinnirah

4,409 125 6

Penulis: ZinnirahPenulis: Woori Huewww.p2u.my…

Cik Buah Hati Encik Sendu

Cik Buah Hati Encik Sendu

14,357 321 7

Tajuk: Cik Buah Hati Encik SenduPenulis: Airiszwww.karyaseni.my…

Kasih Dia Tanpa Sempadan

Kasih Dia Tanpa Sempadan

2,001 35 6

Penulis: Kasih Dia Tanpa SempadanPenulis: Citra Fitzwww.p2u.my…

Kintsukuroi Dua Hati

Kintsukuroi Dua Hati

1,503 36 7

Tajuk: Kintsukuroi Dua HatiPenulis: Siti Hazneza Abdul Hamidwww.karyaseni.my…

Aurora

Aurora

6,324 230 12

TAJUK: AURORAPENULIS: AZURA RASIDDINwww.p2u.my…