itzaerys
ATTAR RAZIEL: HER SHIELD [OG]

ATTAR RAZIEL: HER SHIELD [OG]

2,094 53 15

~FOURTH BOOK~🥀🤍🌹Pada awalnya ATTAR RAZIEL ditugaskan untuk menjaga NAYLA INARA sepanjang gadis itu berada di Malaysia oleh Tuan Azhar, daddynya tanpa dia tahu sebab utama. Tapi siapa sangka, hati Nayla telah tercuit ras cinta terhadap Attar pada saat pertama kali mereka berjumpa.Attar yang masih berjuang untuk pastikan daddy nya terima pilihan hatinya, Intan merasa serabut bila dia perlu menggalas tanggungjawab menjaga gadis yang dia tidak tahu asal usulnya. Tapi disebabkan janjinya dengan Tuan Azhar, dia terpaksa terima idea gila daddynya itu.Nayla pula tidak pernah berputus asa untuk membuatkan Attar suka pada dirinya walaupun banyak kali Attar menghinanya. Bagi Nayla, Attar tetap yang terbaik. Tapi satu masalah bagi Nayla bila Attar masih tak boleh move on dengan masa lalunya, Intan."Cari orang lain Nayla, aku masih dengan masa lalu aku."-ATTAR RAZIEL-"Saya boleh tolong awak lupakan dia."-NAYLA INARA-Tapi Attar tetap Attar. Apa yang dia nak, dia akan dapatkan. Apa yang dia tak suka, dia tetap akan benci."Kalau dah menumpang tu, buat cara menumpang. Menyusahkan hidup aku jela."-ATTAR RAZIEL-"Saya tahu saya tak layak, tapi tak perlu kut nak hina saya sampai macam tu sekali."-NAYLA INARA-Perlu ke Nayla mengalah sahaja?Atau Nayla setia menunggu Attar sehingga Attar dapat menerimanya?…

|HIATUS| Love Behind The Mask 🎭

|HIATUS| Love Behind The Mask 🎭

377 6 5

~THIRD STORY~ 🤍🌹Jatuh macam mana sekali pun, ingat...Jangan pernah lupa yang ALLAH sentiasa ada dengan kita..."Jangan suka sangat marah-marah, perkara boleh bincang dengan tenang Compso,"-Ahmad Hamas Khan-Sakit macam mana sekali pun, jangan pernah simpan dendam...Maafkanlah, ketenangan akan hadir dengan sendirinya..."Compso pulak, haritu degil nak panggil saya Azzahra. Saya kata panggil saya Dewi, apa yang awak tak faham bahasa sangat ni!"-Puteri Dewi Azzahra-Sakit bila ditipu, lagi sakit bila tahu kebenarannya..."Saya Ahmad Hamas Khan, lapor tamat tugas,"Tiada apa yang kekal di dunia ini..."Sekali lagi saya perlu hilang orang yang pernah hadir dalam hidup saya. Pergilah Khan, saya tak akan paksa awak untuk kekal disini..."Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, ALLAH adalah sebaik-baik perancang..."Pertemuan kita hanya sekadar kenalan. I'm sorry Compso..."…

SIAPA? |✓|

SIAPA? |✓|

3,031 187 40

~ FIRST BOOK ~× Series {1}×🤍🌹Disebalik setiap kebenaran, terselit sebuah rahsia yang sukar untuk diterima. Antara persahabatan dan keluarga.Mana satu yang akan dipilih.Setiap keputusan bakal memusnahkan salah satu daripadanya.~•Sneak Peak•~Tersedar dari koma yang lama bukanlah sesuatu yang mudah buat Eshal Raissa. Dirinya seperti bayi yang baru dilahirkan, segala kenangan dan memorinya selama ini hilang begitu sahaja."Alhamdulillah Rai dah sedar. Jangan dilayankan perangai angah ni. Apapun papa bersyukur sangat bila Rai dah sedar. Hampir dua tahun Rai koma."-Tuan Razin-Ya, dua tahun dia tidak sedarkan diri. Apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya. Kehadiran Muhammad Eijaz Al-Fateh pula mengelirukannya."Setiap keputusan yang kau akan buat lepas ni, aku harap kau boleh fikir dulu betul-betul. Jangan mudah percaya dengan kata-kata dari orang yang kau tak kenal. Faham"-Muhammad Eijaz Al-Fateh-Jika apa yang Eijaz katakan itu benar, bagaimana pula dengan Firdaus?"Lepas kau bergaduh dengan Eijaz, dua tahun juga aku tak nampak kau,"-Firdaus- Kedua-duanya membuatkan Raissa pening. Kini ditambah pula dengan perangai papanya yang acuh tidak acuh sahaja melayannya. Apa salah dia???Siapa Muhammad Eijaz Al-Fateh?Siapa Firdaus?Siapa pula Dandy?Dan siapa sebenarnya Eshal Raissa?…

MARIPOSA🦋 |✓|

MARIPOSA🦋 |✓|

43,949 1,291 62

~ SECOND BOOK ~🤍🌹Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merimaskan dirinya."Percayalah cakap aku Airis, kalau kau kahwin dengan aku. Kau lah perempuan paling beruntung dalam dunia ni"-Aidil Adha-Pada mulanya, Airis hanya fikir bahawa Aidil bergurau. Tapi sehinggalah Aidil mengatakan bahawa dia akan menghantar rombongan meminang, membuatkan Airis seperti cacing kepanasan."Aidil, kita masih belajarkan. Nanti-nanti lah fikir pasal kahwin tu"-Airis Nafeesa-Kini, kenyataan yang dibuat oleh abahnya pula seperti menambah beban di bahunya. Gila ke nak suruh dia kahwin dengan lelaki yang langsung dia tak kenal?"Abah bukan tanya persetujuan akak, tapi abah cuma maklumkan pada akak sahaja. Setuju atau tidak, akak tetap kene kahwin"-Encik Suhaimi-Dengan Aidil yang tidak habis mendesak membuatkan dia rimas, dia akhirnya menerima keputusan abahnya. Tapi satu lagi masalah... Semasa majlis akad nikah, pengantin lelaki di luar negara, dia pula di dalam Malaysia. Semuanya atas alasan bahawa pengantin lelaki menyambungkan pelajarannya ke luar negara dan tidak dapat pulang. Bagaimana dia mahu bertemu dengan bakal suaminya?"Jaga maruah kau sebagai isteri aku"-Harraz Irsyad-Itu sahaja pesanan yang ditinggalkan. Lima tahun Airis Nafeesa menjadi isteri kepada Harraz Irsyad tanpa dia tahu siapa suaminya. Langsung tidak bertanya khabar, hanya duit sahaja yang akan masuk ke dalam akaun Airis setiap bulan sebagai nafkah seorang isteri.Bagaimanakah pertemuan pertama mereka setelah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa bersua muka? Adakah Harraz Irsyad akan menceraikannya?…