CINTA BILIK SEBELAH.
SINOPSISTAJUK : CINTA BILIK SEBELAHPENULIS : ENA ARUNWATTPAD ID : @enaarunPAGE : Ladys writerTerdesak sangat sampai terpaksa menyewa bilik kerana tak mampu nak bayar sewa? Itulah Dewi! Seorang pelajar tahun akhir dan hanya seorang diri di kotaraya Kuala Lumpur tanpa keluarga. Berpuluh bangunan dia naik tapi gagal untuk dapatkan bilik sewa yang murah sampailah dia melihat satu iklan di mana seorang tuan rumah sedang mencari penyewa untuk sebuah bilik dengan harga yang sangat murah."Kenapa murah sangat? Bukan apartmen biasa, tapi kondominium tau! Lain macam ni. Entah-entah dia nak jual aku dekat mana-mana lorong nanti. Ihh!seramnya..."Namun dia tergamam setelah melihat tuan rumahnya ternyata seorang wanita. Dewi kemudian tersenyum dan menyapa tuan rumah tersebut."Akak sebenarnya nak pindah ke luar negara jadi akak fikir nak sewakan kondo akak ni. Tapi tak ada siapa yang mampu so, akak sewakan bilik-bilik yang ada. So. Dewi dekat sini ada 4 bilik dan 4orang penyewa termasuk Dewi. Dua bilik ni dah ada orang. Jadi Dewi tinggal bilik yang hujung tu."Bermulalah kisah Dewi jadi penyewa dan berjiran dengan seorang lelaki yang bakal menggoncangkan hatinya. Siapa dia? Mereka tak pernah bertembung atau bertegur sapa walaupun tinggal sebumbung tapi kerana satu insiden. Mereka akhirnya..."Oi, perempuan! Ni kau punyakah?" tanya Harraz sambil menunjukkan sehelai coli berwarna pink yang di sangkutkan pada tangkai penyapu di depan DewiDewi yang sememangnya sedang mencari colinya dengan pantas menarik coli tersebut dan di sembunyikan di belakangnya."Macam mana coli aku boleh ada dengan kau? Kau curi dekat jemuran, eh? Patutlah hilang! Dah puas kau guna baru kau nak pulangkan?""Kau gilakah? Apa kau ingat aku selerakah dengan coli kau yang koyak tepi sebelah kanan tu?""Lelaki miang!! Macam mana kau tahu coli ni koyak? Kau dah buat kajian?""A..aku kebetulan je nampak!"Bagaimanakah cinta mereka berputik?…