cikmardihah
Dari Mana Datang Sayang

Dari Mana Datang Sayang

16 6 2

Aku tak pernah tahu, bagaimana rasa sayang itu telah tumpah untuk dia. Untuk seorang lelaki bernama Ali Farhat Lim Abdullah, cerita ini ialah untuknya.…

Hai Cinta, Dengarkanlah!

Hai Cinta, Dengarkanlah!

24 0 2

Dear Diari, Fifi ada satu cerita menarik untuk semua. Shhh, ni rahsia kita tau. Nama mama Fifi, Cahaya. Kami hanya berdua. Mama dan Fifi. Satu hari, Fifi dan mama berkenalan dengan seorang uncle. Nama dia, Uncle Adib. Uncle Adib selalu bawa kami jalan-jalan, tengok wayang dan pergi shopping. Uncle suka senyum dan pandang mama lama-lama. Bila keluar dengan Uncle Adib, Fifi seronok sangat. Macam ni ke perasaan bila kita ada papa? Gembira dan bahagia. Fifi selalu rasa sedih sebab Fifi kan tak ada papa. Lepas tu kan, Fifi rasa mama sangat sesuai dengan Uncle Adib. Kan? Kan?Fifi dah berkali-kali beritahu dengan mama yang Uncle Adib suka dan sayang dengan mama. Eee, mama ni memang degil betullah.Fifi tak suka dengan Uncle Ijul. Sebab dia suka marah mama. I'm sorry Uncle Ijul.Jadinya mama, boleh ke, Uncle Adib jadi papa Fifi? Mama buntangkan biji mata macam naga! Kus semangat, nasib baik mama tak tukar jadi Incredible Hulk!Aunty Lin-Lin dan Fifi telah atur banyak misi untuk pastikan Uncle Adib dan mama kahwin. Ya, kahwin! Tik. Tok. Tik. Tok. Yeay! Semua misi kami telah berjaya. Kepak kepung kepak kepung. (macam ni kan bunyi kompang?) Fifi rasa sangat seronok sebab Uncle Adib akhirnya jadi papa Fifi. Tapi Mak Tok Roza. Hurm, mak tok suka marah Fifi. Mak tok pun macam tak suka dengan Fifi. Why mak tok tak suka dengan Fifi? Why? Why?Fifi sedih. Fifi cuma ada doa untuk lembutkan hati mak tok. Ya Allah, kau makbulkanlah doa Fifi yang comel ini. Lembutkanlah hati Mak Tok Roza.…

Mr Pai Epal

Mr Pai Epal

550 6 4

Ibu kata, satu hari nanti Yaya akan jatuh cinta! Tetapi cinta itu akan jatuh pada hati dan jiwa lelaki yang benar-benar menyayangi Yaya sepenuh hati. Cinta itu, akan bawa Yaya sampai ke syurga. Benarkah ibu? Benarkah anak ibu kini dilanda cinta?…

Nadratul Nisa'

Nadratul Nisa'

828 16 7

"Benarkah kenangan itu menyakitkan?Tegarkah aku meneruskan kenyataan?"*****I - Lagukanlah dan jalinkanlah kisah indah ini. Aku akan dengarkan kepada kalian dengan kenangan yang tidak akan luput dari jiwa. Aku akan ceritakan kisah yang aku bahagia bertemu dan bercinta dengan dia. Lebih tepat, nama si dia, Tan Jie Kang sudah mengikat relung hati. Aku dan dia bercinta. Katalah apa sahaja, hanya dia yang membenarkan cik hati ini kembang berseri-seri."You sayang I, macam mana?" - Nadratul Nisa‟"Lebih. Lebih dari biasa." - Tan Jie KangII - Apabila Tuhan sudah merencana. Sehingga cinta kami itu akhirnya aku luputkan dengan hanya berbekalkan kenangan sahaja. Dan kini, aku sedang menghadapi kenyataan. Tuhan sebenarnya lebih berkuasa menentukan. Kisahku lantas diteruskan dengan lelaki bernama Maleq Rafie."...dan untuk bahagia sampai syurga saya perlukan seorang isteri. Kamu, Nadratul Nisa‟." - Maleq Rafie."Tuhan, baru kutahu. Antara kenangan dan kenyataan. Sebenarnya kenyataan itu lebih membahagiakan." - Nadratul Nisa‟Aku belajar menjadi isterinya. Aku nekad, kerana aku ini, isteri yang dambakan reda suami untuk ke syurga. Kata dia, aku ini cik isteri banyak songehnya. Cik seksinya juga! Rumah tangga bukan selalu indah sweet gula-gula,kan?III - Musim lantas bersambung lagi. Tanpa aku sedari, apabila si dia yang dahulu pernah aku cintai, menyimpan kenangan yang telah aku tinggalkan. Dia meneruskan hidup dengan sirna kegembiraan ini. "Aku rindu waktu di mana pipimu merah tanda bahagia." - Akhtar Tan Abdullah."Tan Jie Kang, jiwa aku ini rapuh sungguh, kenapa aku terkadang mengingatimu?" - Nadratul Nisa."Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa.?" - Akhtar Tan Abdullah.Aku telah memilih. Antara kenangan dan kenyataan. Dan pilihan aku harus tepat, kerana aku berpaksikan, Tuhan Yang Menentukan.…

Sara Nur Naila

Sara Nur Naila

492 8 13

Kisah silam yang sentiasa melukakan. Namun kisah cinta aku hadir seperti langit yang meneduhkan.*****Kerana khilaf dan titik duka itulah, dia menjadi pelarian di bumi Melbourne, mencicip manisnya kehidupan bersama Haslinda, mak su kesayangannya. Peta hidup Sara lantas berubah 360 darjah apabila bertemu dengan Reza, lelaki yang sedang mencari anak lelaki dan bekas isterinya."Yang kau pun, parking dan block kereta aku tu, kenapa? Kau ingat kereta kau sebesar lidi? Kau ingat kereta yang aku sewa ni, kereta Batman? Boleh mengiring keluar ikut tepi? - Reza "Kau ada dua bulan lebih aje kat sini nak cari anak kau. Untuk pengetahuan kau, wahai Encik Reza oi, pulau yang bernama Negara Australia ni besar. Kau ingat Aussie ni kecil macam Melaka?" - SaraHubungan baru KAU dan AKU terjalin. Reza, perasaan sayang yang bertunas untuk Sara dipendam sendiri. Sara, hati yang pernah terluka dahulu akhirnya berubah menerima sang lelaki. Dia merelakan Reza pulang ke Malaysia dengan iringan rindu. Serentak itu juga, mak su pergi menemui penciptaNya. Lantas, luka dan kisah silamnya berdarah kembali.Kerana pesan terakhir mak su dan menyambung cintanya, dia nekad menjejaki semula kisah silamnya. Dia tekad mengikat hatinya buat Reza. Kerana hanya lelaki itu sahaja yang berhak membahagiakannya. "Lain kali kalau ada orang tanya, Sara ni kawan Reza ke? Atau Sara ni siapa? Jawab macam ni." Reza "Jawab macam mana?" Sara "Saya ni isteri Reza." Reza…