ainulfarihah_
Vehaen : Satu Cerita

Vehaen : Satu Cerita

2,910 104 11

SINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada kisah mereka tersendiri daripada kecil sehinggalah mereka menjadi sahabat. Bermula dengan Aamir Rif'at, beliau merupakan seorang anak kelahiran Gaza yang dibawa pulang ke Malaysia oleh kedua ibu dan ayah angkatnya (merupakan antara aktivis paramedik ke Gaza) ketika berusia 8 tahun. Rif'at membesar sebagai seorang remaja yang mempunyai peribadi yang bersih, namun tidak mempunyai banyak kawan disebabkan pendidikan awalnya untuk membiasakan diri dengan suasana Malaysia hanya bermula dari rumah, seterusnya menyambung pelajaran di sekolah antarabangsa. Sepanjang beberapa tahun dia membesar di Malaysia, tidak ada satu pun cebisan memori mengenai asal usulnya yang diingati. Imran Fatih merupakan seorang taiko ganster di sekolah, berperwatakan sebagai seorang yang sangat baran, pantang dicabar serta rendah tahap akademiknya. Khairi (Amrullah Khairi) juga taiko daripada jajahan ganster yang sama. Imran berjiran dengan Rif'at, menjadi faktor pertemuan Rif'at dan Imran yang semakin lama mengubah Imran menjadi lebih baik. Khairi jadi pelik dengan perubahan itu sehingga menyusul satu pergaduhan besar yang mengheret Imran ke juvana, menyebabkan Imran tidak dapat jumpa Rif'at buat kali terakhir sebelum Rif'at berpindah. Setelah beberapa tahun terputus hubungan, mereka dipertemukan di Vehaen University termasuk ditakdirkan serumah dengan Amrullah (dahulunya dikenali sebagai Khairi). Di Vehaen University, Birmingham, kisah mereka bermula. Ketiga-tiga mereka punya kisah hidup masing-masing, juga punya impian sendiri. Fitnah, cacian, memori, kisah silam, dendam, iman dan ukhuwah. Segala pahit getir dan suka duka mengenai hubungan tiga sekawan itu terukir di Birmingham, terangkum dalam satu cerita.…

CERPEN : SUJUDKU DI HADAPAN AL-AQSA (2009//2012)

CERPEN : SUJUDKU DI HADAPAN AL-AQSA (2009//2012)

361 21 1

Cerpen ini merupakan inspirasi utama kepada watak Rif'at dalam novel Vehaen, di mana watak utama dalam cerpen ini adalah adiknya, Najdat. Saya telah mula melakar cerita ini sewaktu darjah 6 (2009), dan dibuat persembahan teater kecil ketika di asrama (2010) berdasarkan jalan cerita ini bersempena 21 Ogos, tarikh memperingati peristiwa Al-Aqsa dibakar pada 21 Ogos 1969. Pada 2012, setelah saya kembali serius semula dengan penulisan, saya menulis cerpen ini secara penuh dengan tajuk Sujudku Di Hadapan Al-Aqsa. Pada 2015, saya ubahsuai sedikit cerpen ini dan memenangi Pertandingan Cerpen Youth Ace 2015 dengan nama Najdat.Pada 2016, watak Najdat telah menjadi salah satu watak utama dalam novel ketiga saya, Vehaen II : Rif'at. Oh ya, inspirasi nama Najdat Rif'at ini sebenarnya adalah nama anak kepada guru bahasa arab saya yang suka saya santuni sewaktu dia masih berusia 2-3 tahun (pada 2008 & 2009). Macam sedap nama Najdat Rif'at ni. Dan seperti watak dalam cerpen ini, dalam alam nyata, memang nama abangnya, Nabil Rif'at, dan kakaknya, Nurul Hanani. Hehe!Jemput baca!…

LILIN

LILIN

3,527 36 13

LILIN mengisahkan tentang Zuhair yang mengalami kehilangan cebisan memori setelah mengalami satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan teruk pada dirinya. Pun begitu, dia tidak tahu bahagian manakah dalam ingatannya yang hilang. Lantas, dia mengembara ke bumi Kuantan atau lebih tepat, ke sekolah rendah lamanya untuk bertemu dengan guru-guru yang merupakan lilin membentuk dirinya yang dahulu (tidak lagi sama seperti sekarang). Zuhair kira dia tersilap langkah kerana kembali ke sana setelah beberapa tahun mengelak daripada cuba kembali ke sekolah rendahnya itu, yang akhirnya membuat sesuatu yang dia sudah lama cuba lupakan, kini kembali di ingatan. Perit.…

Anugerah Teragung Dari Tuhan

Anugerah Teragung Dari Tuhan

1,456 69 7

Semua orang pernah rebel.Semua orang ada turning point masing-masing dalam hidup.Lain orang, lain cara.Ini kisah Amrullah Khairi, tak jauh beza pun dari korang.Budak sekolah, 16 tahun, sisi rebel semua remaja, dan ini cerita turning point dia.…