MuhammadFatrim
DIARY (EBOOK)

DIARY (EBOOK)

24 1 3

ELFIRA mati dalam keadaan tragis dan misteri. Tapi sebelum mati, dia menukilkan apa yang telah berlaku selama 7 hari dia diculik dalam sebuah diary yang memungkinkan pembunuhnya tertangkap!Inspektor Juwita sedaya upaya memahami diary yang ditulis Elfira dan mencari segala klu yang diberikan. Tapi semakin lama semakin Inspektor Juwita syak sesuatu.Benarkah Elfira yang menulis diary itu? Siapa dalang di sebalik penculikan dan pembunuhan Elfira? Percayalah tiada yang akan terlepas daripada dosa!***EBOOK FAMOUS BACAAN PENUH 100 PAGES BOLEH DIBELI TERUS DENGAN PENULIS (0199259423)***…

FAMOUS (EBOOK)

FAMOUS (EBOOK)

15 0 3

GHAZ dan MAYA ingin famous sekelip mata. GHAZ penulis novel yang kecewa apabila manuskripnya dicuri penerbit kerana dia kurang popular manakala MAYA seorang model sering ditolak dalam banyak peragaan.Satu hari mereka menerima pamplet bertulis ANDA INGIN FAMOUS daripada sebuah Agensi Famous rahsia. Tentu saja GHAZ dan MAYA mahukan nya kerana mereka sudah lelah hidup susah.GHAZ mengikut arahan pertama untuk membocorkan tayar penerbit yang mencuri manuskripnya. MAYA juga menurut arahan merosakkan baju pereka fesyen terkenal yang menolaknya. Tugasan demi tugasan diberikan oleh Agensi Famous dan mereka membantu mem-famouskan mereka.Tapi, famous ada harganya. Apakah mereka akan sedar akibatnya? Apakah yang sanggup dilakukan Ghaz dan Maya untuk mengekalkan populariti mereka? Semuanya dalam FAMOUS!***EBOOK FAMOUS BACAAN PENUH 100 PAGES BOLEH DIBELI TERUS DENGAN PENULIS (0199259423)***…

AGENSI SEWA PARTNER (EBOOK)

AGENSI SEWA PARTNER (EBOOK)

46 0 5

Anda perlukan teman? Rasa perlu seorang boyfriend atau girlfriend ke majlis reunion? Agensi kami menawarkan perkhidmatan sewa partner untuk anda! Kepakaran kami adalah menghilangkan kesunyian anda.Tak lupa kepada yang sudah lama single atau perlukan teman untuk berbual atau berjalan. Kami tidak memilih rupa dan usia. Asalkan bayarannya OK, kami ON. Jangan biarkan diri anda single selamanya. Sampai bila mahu dikata orang. Biarlah berteman ke mana-mana majlis walaupun sekadar teman sewa partner sekurang-kurangnya anda tidak kekok dan bangga membawa seorang teman.Jangan lupa hubungi kami untuk dapatkan partner anda sekarang. Elakkan diri anda menjadi Fazura dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia yang berteriak di pasaraya dengan dialog "AKU SUNYI!"***EBOOK AGENSI PISAU CUKUR (RM 6) BACAAN PENUH 100 PAGES BOLEH DIBELI TERUS DENGAN PENULIS (0199259423)***…

AGENSI PISAU CUKUR (EBOOK)

AGENSI PISAU CUKUR (EBOOK)

48 1 5

Kami menawarkan kerja-kerja mengajar si pisau cukur ni apa erti kesetiaan. Pisau cukur dah jadi trend sekarang ni. Laki orang, bini orang, tunang orang, girlfriend boyfriend orang semua si pisau cukur ni nak sapu!Jenis manusia sampah macam ni kita boleh ajar sikit erti kemuliaan dan kemurnian. Dia boleh sapu orang lain, kita sapu orang dia pulak! Kami ada 3 pakej yang ditawarkan:Pakej Sapu Bersih : Pakej ini kita sapu apa milik dia, suami dia, isteri dia, semua yang berkaitan dengan dia waima kucing dia pun boleh kita sapu sekali! Kami buat dia menyesal habis-habis.Pakej Sapu Muka : Pakej paling best dan mudah. Up gambar ceritakan detail nama dan muka si pisau cukur di socmed biar netizen ajar sama dia! (PILIHAN RAMAI) Pakej Sapu Tangan : Menawarkan pakej face to face. Kami boleh tangkap si pisau cukur berjumpa dengan anda. Bolehlah minta dia buat pengakuan dan perjanjian. Jangan risau, anda tahu hak anda! Tunggu apa lagi! Hubungi kami serta merta. Trust no one, AGENSI PISAU CUKUR kasi settle problem anda. #SayNoToPelakor✌(EBOOK RM 6 AGENSI PISAU CUKUR BACAAN PENUH BOLEH TEMPAH 0199259423 (PENULIS)…

PELARIS : 2 (TELAH  TERBIT)

PELARIS : 2 (TELAH TERBIT)

409 19 21

ROS menukar identitinya menjadi ROSSA selepas satu peristiwa. Tinggal bersama Kak Ruby yang bekerja di Kelab Angel terkenal membuatkan Ros mengenali pelaris kecantikan yang digunakan oleh pekerja kelab untuk mendapat banyak wang dan kemahsyuran.Akibat terpengaruh, Ros turut memasang pelaris tersebut demi pekerjaaannya. Dia mendapat banyak manfaat termasuk mendapatkan Haris, lelaki yang disukainya tapi malang Haris dirampas seorang artis terkenal yang memakai pelaris lebih hebat daripadanya.Ros terdesak memakai pelaris patung emas paling berkuasa untuk merampas kembali segalanya. Tapi harganya mahal malah ritual dan pantang larangnya juga berat hingga boleh membawa maut!Pelaris patung emas akan ditanam di dahi pemakainya secara ghaib dan perlu mengorbankan sesuatu yang berharga. Apakah Ros sanggup berkorban? Dan adakah pelaris patung emas itu akan menunaikan segala impian Ros? Atau sebaliknya....(EBOOK PELARIS:2 BACAAN PENUH (RM10) BOLEH DIBELI DENGAN MENGHUBUNGI (0199259523) PENULIS)…

TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)

TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)

521 17 11

***TEMAH ROH: 2 adalah sambungan kepada novel thriller saya TEMAH ROH. Manuskrip ini telah siap sejak tahun 2016. Nikmatilah penggembaraan SURAYA seorang wartawan yang mempunyai kuasa PSIKIK yang akan menemui lebih banyak kes aneh dan paranormal. Telah terbit JAN 2021 di bawah penerbitan saya. Sekarang SOLD OUT nanti saya kasi link SHOPEE untuk pembelian bila siap REPRINT***SURAYA mulai biasa dengan keadaan paranormal yang dialaminya. Tapi dia perlu hati-hati dengan setiap langkah, bukan semua roh yang datang kepadanya perlu dibantu. Dan dia tidak boleh mempercayai sesiapa dalam hal itu!Kali ini dia bertemu JUWITA seorang penulis novel thriller bestseller yang terkenal. Preorder bukunya sahaja terjual hampir 100 ribu unit dalam masa sebulan kerana sentuhan magis melalui novelnya berjudul KERAT.Siapa sangka SURAYA perlu berhadapan dengan obses seorang pembaca yang sanggup menurut apa sahaja yang tertulis di dalam novel KERAT termasuk membunuh! Paling aneh, simbol rama-rama muncul kembali dan SURAYA perlu pantas bertindak dengan hanya berpandukan sebuah novel dan JUWITA yang hanya dia dapat melihatnya!INGAT! APA YANG KAU LIHAT TAK SEMUANYA NYATA!…

BERTEMAN ROH (TELAH TERBIT)

BERTEMAN ROH (TELAH TERBIT)

849 34 10

****NOVEL TELAH TERBIT SEJAK NOVEMBER 2019. DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERDEKATAN ANDA POPULAR BOOSKTORE DAN MPH BOOKSTORE. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. ***Apa yang anda rasa apabila anda boleh melihat hantu? Takut? Ngeri? Rasa bagaikan anda sentiasa diburu dan selalu diperhatikan? Itulah yang dirasakan oleh Suraya seorang pembaca berita TV13 apabila dapat melihat roh Ryzal seorang pelakon terkenal yang hilang tanpa dikesan secara tiba-tiba! Ryzal terpaksa meminta pertolongan Suraya untuk mencari jasadnya yang hilang sama ada hidup atau mati. Namun semuanya bukan mudah. Suraya perlu berdepan dengan pelbagai kejadian berbahaya dan untuk mengelak semua itu dia perlu memahami nota misteri tentang rama-rama yang diberikan seseorang kepadanya.Sanggupkah Suraya BERTEMAN ROH Ryzal dan membantunya? Persoalannya apakah Ryzal masih hidup dan apa yang sebenarnya terjadi kepadanya? Berjayakah Suraya membantu Ryzal dengan kuasa psikik yang baru dimilikinya itu? BERTEMAN ROH menjawab segalanya!…

AGENSI FRIEND ZONE (EBOOK)

AGENSI FRIEND ZONE (EBOOK)

122 11 5

Anda familiar dengan ayat seperti berikut: "Awak ni bukan taste saya, tapi kita boleh berkawan kan?" atau pernah dengar cinta platonik? Sanggupkah anda menjadi kawan pada lawan jenis anda selama-lamanya? Anda percaya lelaki dan perempuan boleh bersahabat? Tak! Kami percaya anda boleh bersahabat, tapi apakata kami 'RAMPAS' dia supaya friend zone anda lenyap? Menarik bukan?Kami Agensi Friend Zone aka Agensi Rampas Jodoh memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar menawan hati teman friend zone anda. Terbuka pada yang cintakan friend zonenya ataupun anda nak FRIEND ZONE kan teman lelaki/ perempuan anda kerana berubah hati?TRUST NO ONE!Matlamat kami, anda ada masalah friend zone kami kasi settle!Hubungi sederas mungkin! ✌***EBOOK AGENSI PISAU CUKUR (RM 6) BACAAN PENUH 100 PAGES BOLEH DIBELI TERUS DENGAN PENULIS (0199259423)***…

CREEPYSTORY

CREEPYSTORY

17,377 599 10

SERAM? Fakta Satu : Setiap 200 orang yang anda jumpa di jalanan, 2 daripadanya adalah hantu. Fakta Dua : Apabila anda terbangun jam 3 pagi, anda sebenarnya berteman atau diperhatikan oleh seseorang yang anda tak nampak Fakta Tiga : Hantu suka hiburan, lawak dan komedi. Makin kuat anda ketawa, they having fun mendengarnya. Selamat membaca CREEPYSTORY…

AGENSI TOLAK JODOH (EBOOK)

AGENSI TOLAK JODOH (EBOOK)

13,930 464 9

Anda ada masalah nak menolak jodoh? Jodoh anda atau jodoh orang lain? Ya! Elakkan cerai, tolak jodoh anda sebelum terlewat! Kita mahukan dunia ini aman tanpa mahkamah, tanpa lafaz cerai dan tanpa penindasan. Hubungi kami sekarang tanpa was-was!KARL, seorang pemuda urban merasakan sudah tiba masanya untuk membuka AGENSI TOLAK JODOH kerana kadar penceraian yang makin hari makinmeningkat. Apabila Agensi mula menerima kes-kes tolak jodoh, Karl sedaya upaya menyelesaikan walaupun kadang-kadang di tahap yang tidak masuk akal. Sehinggalah sebuah AGENSI CARI JODOH dibuka berhadapan dengan agensinya yang dirasakannya menggangu bisnesnya membuatkan keadaan seakan kacau.Tapi misteri! Si gadis pemilik Agensi Cari Jodoh itu selalu pula datang berbaik padanya dan mereka menjadi kawan rapat. Adakah ia sebuah persahabatan ikhlas atau sekadar sebuah strategi bisnes? Dan adakah Karl benar-benar bencikan cinta dan akan menolak jodohnya apabila datang?***EBOOK AGENSI PISAU CUKUR (RM 6) BACAAN PENUH 100 PAGES BOLEH DIBELI TERUS DENGAN PENULIS (0199259423)***…

PELARIS (TELAH TERBIT)

PELARIS (TELAH TERBIT)

21,290 936 11

"Syarat utama pelaris. Cari mayat dan kapak lehernya ambil kepala. Bakar dan simpan abunya. Abunya calit dalam makanan. Kepalanya simpan dalam kedai sebagai pelaris." "Tapi, mayat siapa? Mana saya nak cari?" "Mayat suami kau, Mawar. Semangat dia yang jaga pelaris kedai kau nanti." "Huh?!" "Dan satu lagi kau yang akan buat semua tu, Mawar." Mawar terkesima! ~NOVEL INI TELAH TERBIT DAN DICETAK TERHAD. PROMOSI RM 35 TERMASUK POSTAGE SELURUH MALAYSIA. WHATSAPP 0133110733 UNTUK TEMPAHAN~ #SpecialEdition…

PEMANGSA (REVENGE 2 - TELAH TERBIT)

PEMANGSA (REVENGE 2 - TELAH TERBIT)

16,797 839 12

TELAH TERBIT. 12 BAB AWAL UNTUK BACAAN ANDA. ^_^ SINOPSIS PEMANGSA (REVENGE 2) ; Ini kisah aku. Kisah seorang wanita bernama Aisha yang dibunuh oleh Akram, suamiku sendiri. Pernah bayangkan orang yang kau sayang dan cinta sepenuh hati cuba membunuh kau? Cuba melenyapkan kau daripada dunia ini? Hari aku dibunuh aku mungkin mati, tapi aku janji, DENDAM ku takkan diam...…

REVENGE (TELAH TERBIT)

REVENGE (TELAH TERBIT)

59,762 1,369 11

BUKU TELAH TERBIT. 10 BAB AWAL UNTUK BACAAN ANDA ^_^SINOPSIS REVENGE ; ARIANA mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 15 tahun. Tapi berdepan dengan ZAHARA umpama berdepan penjenayah kejam. Ariana perlu berhati-hati dalam setiap langkah. 3 anak Zahara seolah-olah mewarisi sikap ibunya. Ariana tekad, semuanya perlu dimusnahkan termasuk ayahnya sendiri. Revenge menjawab segalanya! p/s -- Buku telah terbit dibawah PENERBITAN KARNADYA ^_^…

GILA! AKU SUKA DIA? (TELAH TERBIT)

GILA! AKU SUKA DIA? (TELAH TERBIT)

11,309 298 11

NOVEL TELAH TERBIT. 10 BAB AWAL UNTUK BACAAN ANDA ^_^ SINOPSIS GILA! AKU SUKA DIA? Kisah Lalan, Bob dan Joe, 3 lelaki kacak, 3 kawan baik, umur 30's yang payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru payah juga kan? Di akhirnya berjumpa yang berkenan tapi mulut berat macam besi, kan dah melopong. Masalahnya bukan tak mencari. Bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap aku suka kau. Mulanya mereka tak kisah, tapi bila diterjah dengan soalan kahwin di kiri kanan depan dan belakang siapa tahan telinga. Lalan bertemu semula Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, bila besar jadi cantik rupawan. Joe pula menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk tanda tangannya. Bob, bukanlah memilih. Dari kecil memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboy di kampungnya tapi macam tiada respon. Tapi semua plan hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasakan. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawa jambatan malam jumaat, jumpa pakar jodoh, tips buku waima produk aura jodoh pun berkotak dibeli! Tapi akhirnya semua pun tak menjadi! Tiga-tiga pasrah, jodoh masih sangkut. Jodoh mereka sebenarnya dekat mana? Ke terlepas pandang kiri kanan je?…

DIARY NYAWA (BAKAL TERBIT)

DIARY NYAWA (BAKAL TERBIT)

20,624 1,223 19

Selepas dua tahun, LISA membuka hadiah harijadi terakhir daripada arwah kekasihnya ZAIN berbentuk sebuah diari. Ia bukan sebuah diari biasa-biasa, ada sesuatu yang aneh tentang diari itu apabila ia tiba-tiba saja boleh menulis dengan sendirinya dan cuba berkomunikasi dengan Lisa.Imaginasi?Realiti?Lisa perlu cari jawapannya.…

PUKAU (TELAH TERBIT)

PUKAU (TELAH TERBIT)

44,386 1,116 8

Wujudkah Pukau? Atau sekadar alasan telah ditipu seseorang? Pernah dipukau? Hadirkan kisah anda, buktikan jika pukau wujud!…