IeraRoselyn
Ebook Protective Of Her

Ebook Protective Of Her

132 3 5

Dia, Yasmin Anisa. Hidupnya berubah apabila ayahnya dibuang kerja dan hidup susah. Kesusahan yang melanda keluarganya telah menghilangkan segala kebahagiaan yang pernah dia milik. Malah, dia juga tidak lagi mendapat kasih sayang dan perhatian dari kedua orang tuanya seperti mana yang pernah dia rasa dulu. Nyawa Yasmin bersama ibunya terancam disebabkan perbuatan ayahnya sendiri dan memaksa ibunya untuk berkorban diri hanyalah demi dia. Dalam keadaan dia yang dilanda pelbagai masalah dan cabaran, hadi Hadi Izzuddin yang hampir merubah segalanya. Dalam tidak sengaja, Hadi juga bertanggungjawab dalam menjaga Yasmin sebagai amanah yang diberikan oleh ibu Yasmin. "Aku ada. Aku ada dengan kau. Lagipula, ibu kau suruh aku jagakan kaku. Itu amanah dan aku kena tunaikan." - Hadi Izzuddin."Aku akan jadi pelindung kau." - Hadi Izzuddin. Namun tidak mudah bagi mereka apabila ibu kepada Hadi mula campur tangan. Dapatkah sepenuhnya Hadi menjaga dan melindungi Yasmin seperti yang diamanahkan oleh ibu kepada Yasmin?…

E-book Luka Yang Terubat

E-book Luka Yang Terubat

262 10 5

Tekan link di bio untuk pembelian"Abang. Fya... sukakan Abang." - Noor Afya.Kerana sebaris luahan, retak hubungan baik Noor Afya bersama Iyyad Khairuddin yang bertahun-tahun dari zaman bangku sekolah lagi. 7 tahun Afya memendam rasa suka terhadap Iyyad. Bukan sahaja sekadar suka, malah rasa sayang dan cinta yang membuatkan dia rasa ingin menjadi yang teristimewa di dalam hati lelaki itu. "Abang tak suka dengan perasaan Fya pada Abang. Abang cuma anggap Fya macam adik Abang sendiri. Dan perasaan Fya tu buat Abang tak selesa. Mulai hari ni, jauhkan dia Fya dari Abang." - Iyyad KhairullahKecewa? Ya, Afya kecewa. Cara penolakan lelaki itu terhadap perasaan dia telah melukakan hati Afya. Baginya, cukup sekali dia berbuat demikian dan membuat apa yang seperti lelaki itu mahukan. Namun, selepas 5 tahun mereka ditemukan kembali. Pertemuan mereka kali ini tidak mengubah pendirian Afya untuk tetap berpura-pura tidak mengenali Iyyad. Bertambah sakit hati bila Iyyad layan dia seolah-olah lelaki itu tidak pernah buat dia terluka. "Abang tahu dan Abang sedar kenapa Afya jadi macam ni dengan Abang. Tapi, boleh tak kalau kita lupakan apa yang dah jadi antara kita dulu and kita mulakan hidup baru berdua?"Adakah pujukan dan kata maaf dari Iyyad mampu melembutkan hati Afya yang telah terluka? Mampukah Iyyad mengubati luka yang dia sendiri toreh di hati Afya?…

Setia Menanti (𝑬-π‘©π’π’π’Œ)

Setia Menanti (𝑬-π‘©π’π’π’Œ)

108,137 2,318 18

Tekan link di bio untuk pembelian E-bookBertemu tanpa disangka. Siapa sangka pertemuan mereka hanya beberapa kali terus menerbitkan bibit-bibit cinta dihati masing-masing. Namun begitu, seorang dengan sikap teruja dan beria. Seorang lagi masih beku dan masih ragu-ragu untuk mengungkapkan cinta. Tidak mahu membuang masa dan ternanti-nanti, Warda Zahirah mula bertindak pantas. Biar dirinya digelar 'perigi mencari timba' dia tidak heran. Kerana hatinya sudah terpaut pada lelaki itu! "Cik Warda, awak tak malu ke mengaku saya ni teman lelaki awak?" - Waiz Kamal. "Tak. Sebab awak memang teman lelaki saya. Kalau tak, kenapa setiap kali saya ajak awak keluar awak mesti setuju. So, awak memang teman lelaki saya, Encik Waiz, sayang." - Warda Zahirah. Dalam keraguan, sedikit demi sedikit rasa itu mula berkurangan. Waiz Kamal mula berani mengungkapkan rasa cinta. Saat hubungan mereka melangkah ke alam pertunangan, mereka mula diuji. Peristiwa silam Waiz Kamal kembali menghantuinya. Warda Zahirah menjadi mangsa atas perbuatannya. Demi kebaikan cinta hati, Waiz Kamal rela melepaskan gadis itu pergi. Namun tidak pada Warda Zahirah. Dia akan tetap menunggu lelaki itu! Tetap!…

Dirimu Untukku  [TERBIT]

Dirimu Untukku [TERBIT]

3,633,994 317 8

πŸ…The Wattys 2020 | Winner - RomanceTengku Raykal Aidan... Sayang dan cinta merupakan dua perasaan yang berbeza. Baginya, rasa sayang itu boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja, namun tidak cinta. Cintanya masih setia untuk orang yang sama."Ya, saya masih cintakan dia! Awak tak ada hak nak halang saya cintakan dia walaupun jasad dia sudah terkubur! Tak perlu sibuk pasal saya! Cukup dengan saya cakap saya sayang dekat awak. Apa lagi awak nak???" - Tengku RaykalQaisara Amalin... Walaupun sakit untuk bertahan, kesabaran tetap menjadi keutamaan sejak bergelar isteri kepada lelaki yang sangat dicintainya itu. Namun setelah kebenaran terbongkar, hatinya tidak mampu untuk bertahan lagi."Saya sayang awak. Kenapa awak tak jujur dengan saya? Saya boleh terima kalau awak tak tipu." - SaraSofea... Obsesi membuatkan dia nekad untuk mendapatkan apa yang dimahukannya walaupun diri sendiri menjadi taruhan!"Dia hak aku! Kau tak layak! Orang lain yang aku hapuskan, orang lain pula yang datang. Aku hapuskan Sumaira sebab aku ingatkan aku akan dapat Raykal. Rupanya kau menyibuk pula!" - SofeaMampukah kesabaran Qaisara Amalin menghadirkan rasa cinta Tengku Raykal Aidan buat dirinya sementara dalam hati lelaki itu masih ada nama lain yang terukir?Berminat untuk tempahan sila tekan link di bio.…

Peluang Untuk Bahagiaβœ” [Republish]

Peluang Untuk Bahagiaβœ” [Republish]

630,025 22,036 67

Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya.Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu.Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?…

πŸŒ·π‚πˆππ“π€ π˜π€ππ† π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘πŸŒ·

πŸŒ·π‚πˆππ“π€ π˜π€ππ† π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘πŸŒ·

601,608 19,250 64

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta. Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta. Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri. Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri. Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda.Start : 7/8/2021End : 24/9/2021…

Light of my Life

Light of my Life

3,486 117 11

"Araa... aku nak kau... kahwin dengan Rizal."- Zulaikha.Kerana permintaan Zulaikha yang terdesak begitu, Zahra dengan berat hati menerima pinangan Zulaikha buat suami wanita itu sendiri, Rizal. Keadaan Zulaikha yang menyayat hati menjadikan tidak tega untuk mengecewakan wanita itu. Namun, setelah pemergian Zulaikha buat selama ini, tinggal bersama dengan ibu mertua serta adik ipar Zahra merasakan dirinya seolah-olah tinggal di dalam neraka! Begitu juga dengan Rizal yang mula membenci dia kerana Rizal menganggap dialah asbab kematian arwah Zulaikha."Aku... akan balas dendam pada kau atas kematian isteri aku. Aku nak seksa kau sebelum aku lepaskan kau. Aku tetap akan lepaskan kau but after six months. Jangan harap aku akan ceraikan kau sekarang." - RizalZahra bukan seorang yang lemah. Tidak! Tak akan dia benarkan dirinya diperlakukan seperti patung yang tak bernyawa. Dituduh membunuh walaupun sama sekali dia tidak lakukan.Kebenaran yang terbongkar membuatkan rasa bersalah terhadap Zahra begitu membelit tangkal hati Rizal. Sehingga memakan dirinya sendiri. Zahra adalah cahaya dalam hidupnya! Namun, Zahra tetap dengan keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka yang sia-sia itu!Cahaya yang dulunya menerangi, kini kembali malap. Mampukah Rizal kembalikan semula cahaya yang sering menjadi penyuluh dalam hidupnya?…

π“π€πŠπƒπˆπ‘ π‚πˆππ“π€ πƒπ„π‹πˆπ’π‡π€ (𝙀-𝙗𝙀𝙀𝙠)

π“π€πŠπƒπˆπ‘ π‚πˆππ“π€ πƒπ„π‹πˆπ’π‡π€ (𝙀-𝙗𝙀𝙀𝙠)

4,715 131 11

Tekan link di bio untuk pembelian.Setahun perkahwinan mereka langsung tidak membawa perubahan apa-apa pada Lutman Dzafri. Setiap hari yang dilalui Flora Delisha akan selalu mendengar rungutan lelaki itu. Terbinanya perkahwinan disebabkan atas paksaan Delisha sendiri. Kerana dia begitu menganggumi dan mencintai Dzafri. Difikirkan rasa benci Dzafri disebabkan suatu peristiwa akan merubah menjadi cinta setelah berkahwin ternyata hampa. Dzafri semakin membenci dirinya. Diri Delisha yang dulunya sosial, berlagak dan juga sombong juga salah satu sebab mengapa Dzafri begitu membenci dia. Malah, perubahan yang berlaku pada Delisha juga tidak mampu menangkis kebencian Dzafri. "Bagi I, you tetap Flora Delisha yang sama sebelum you paksa I kahwin. You tetap Flora Delisha yang gedik, angkuh, sombong dan berlagak!" Sedar dengan kekurangan diri, dengan hati yang terluka dia rela mengundur diri apabila cinta sebenar lelaki itu sudahpun kembali. Tambahan pula dirinya serba kekurangan jika hendak dibandingkan dengan gadis itu. Dan dia bertekad untuk berubah kerana Allah. Seperginya Delisha dari hidup Dzafri, serba serbi tidak kena pada lelaki itu. Terasa hidup kosong tanpa sebab. Delisha pula, semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapi setelah pulang semula ke pangkuan keluarga setelah berjaya menenangkan diri.…