Bab 3

Background color
Font
Font size
Line height

2009

Hari Isnin sekolah bermula adalah hari dimana lebih daripada separuh populasi sekolah termasuk guru adalah zombi. Semuanya masih dahagakan nikmat percutian dan tiada siapa yang ingin kembali ke sekolah.

Cuma ada seorang yang nampaknya extra happy hari itu. Sufi. Jarang dia happy macam ni.

"Happy semacam kau hari ni? Kenapa?"

"Well of course. Shahrul dah break dengan Fatin."

"Dan kenapa kau mesti bergembira dengan fakta tu?"

"Kau ni sembang kenal aku dah lama. Maksudnya adalah peluang untuk aku! Imagine kalau aku couple dengan Shahrul tu. Handsome gila kut weyh!!!"

Inilah Sufi. Sejak tingkatan satu, aku perlu hadap gila dia ni. Lepas satu, satu perangai tak semenggahnya ditunjukkan kepada aku. Tapi itulah yang merapatkan kami. Ketidaksemenggahan bersama.

"Handsomenya Shahrul ni weyhhhh!!!"

"Sufi, just so you remember that this guy that you've been fangirling only got 2Bs in his PMR and tak salah two fails."

"So? Dia baik apa? Jangan judge orang based on kepandaian dia."

"Masalahnya kau yakin ke dia tu baik? Okey, dengan Fatin tu, asal dorang break?"

"Kau ni?! Takkanlah aku nak tanya si Fatin tu pulak."

"Did I say you have to ask Fatin about it?"

Dia diam seketika. This is me. Aku bagi nasihat yang kau kena dengar bukan yang kau nak dengar.

"Fine! Nanti aku tanya dia."

"Tanya siapa?"

"Shahrul sendirilah. Mana tahu nanti dia nampak aku punya effort tu, haa merasa aku nanti."

Tak boleh dibendung kebodohan Sufi ni kadang-kadang. Nama je budak Bio.

"Anyway, aku tak nampak pakwe kau hari ni."

"Siapa?"

"Takkanlah Shahrul aku pulak. Ridzuanlah. Mana dia?"

"I saw his bike tadi. Ada meeting pengawas kut."

"I see."

Sufi adalah manusia pertama yang tahu tentang seksualiti aku yang tak lurus ni. Aku sedar yang aku sukakan lelaki ketika aku berusia 12 tahun dan aku beritahu Sufi ketika kami di tingkatan tiga. Dan dia tahu yang aku sukakan Ridzuan pada tahun yang sama.

"He is handsome tapi muka dia handsome budak baiklah."

Sufi dengan aku mempunyai citarasa berbeza terhadap lelaki. Dia sukakan budak lelaki yang masuk bilik disiplin dua minggu sekali seperti Shahrul dan aku sukakan lelaki yang agak nerd seperti Ridzuan.

"Kau tak nampak Fira ke?" Sufi bertanya kepada aku.

"Fira? Kenapa?"

"Takdelah, biasa di mana ada Fira, situ ada Ridzuan."

Sufi betul. Memang jarang mereka berdua tidak kelihatan bersama kecuali masa Biologi dan Prinsip Perakaunan sebab kami akan dibahagikan kepada dua dan Fira pula tidak mengambil Biologi.

Dalam sekolah ini, ada dua perempuan yang menjadi kegilaan. Nur Almas Sufi dan Nuril Syafira. Seorang rakan baik aku dan seorang lagi seteru tak rasmi aku.  Not that aku tak sukakan Fira tapi memikirkan dia girlfriend Ridzuan, aku kinda tak suka dia. But she is nice. Sebab tu Ridzuan suka dia.

Speaking of the devil, Fira masuk ke dalam kelas. Aku nampak muka gatal Khai, Fendi dengan Acap dah pandang ke arah Fira. I know the fact yang dia cantik but tu tak justify the action of pandang dia macam tu.

"Hai, Aidan. Hai, Sufi." A girl with heart of gold, dia tegur almost semua orang pada pagi itu.

"Hai, Fira. Mana cik abang?" Sufi membalas tegurannya.

"Ridzuan? Oh dia ada meeting hari ni dengan Cikgu Suhaila. Kejap lagi sampailah kut."

Fira adalah one kind of woman yang aku target dalam masa 20 tahun aku datang, dia akan tinggal dalam istana bersuamikan seorang putera raja. Cantik, cakap pun lembut, pandai pulak tu. No wonder Ridzuan berkenan.

"Eh, aku nak ajak my birthday party pun lagi three weeks. You guys datang tau."

"Benda lagi tiga minggu kau dah ajak, Fira. Punya padu kau punya planning." Sufi memperli.

"Oh saja je. Aku takut aku lupa. Datang tau!"

"Sure, Fira." Aku sekadar mengiyakan. Pergi tak pergi, itu aku KIV dulu.

Dia berlalu pergi ke meja budak lelaki gatal itu pula. Pity girl not seeing what's coming.

"She's annoyingly nice." Sufi memberi pendapat tanpa diminta.

"Apa maksud kau 'annoyingly nice'?"

"She's too nice to the point it is annoying. Cuba kau tengok, bukan dia tak tahu group meja Yahudi tu macam pantat dok usha bontot dia hari-hari, still dia pergi jugak kat dorang."

"Maybe her kindness is what caught Ridzuan's heart."

Sufi memuncungkan bibir dan tersenyum sinis. Macam sial je minah seorang ni.

"Sufi..."

"Belum pukul 7:30 kau nak tangkap emosi eh dengan aku."

Di dalam kelas, aku dengan Sufi duduk di seat yang betul-betul paling tengah. Baris tengah dan juga tengah daripada hadapan. Bawah kipas. Jadi memang senang untuk kami memantau apa yang sedang berlaku di seluruh kelas.

"Ha'ah eh, bebudak pengawas memang tak masuk kelas lagi." Sufi menambah lagi. Sengaja jelah perempuan ni.

Adalah dekat 10 minit selepas itu baru semua pengawas pulang ke kelas masing-masing. Melihat saja Ridzuan masuk ke dalam kelas, hatiku tiba-tiba berbunga. Cinta hati katakan.

"Dah sampai planet mana dah tu, bang? Fokus bukan main."

"Siallah kau, Fi!"

"Aku ni nak tarik kau ke pangkal jalan je. Janganlah marah aku."

Satu hal yang menambah pelik bagi kami semua adalah Cikgu Razali yang dah lambat gila masuk kelas ni. Biasanya, lima minit sebelum kelas dia sudah berada di luar.

"Syahmi, Cikgu Zali tak datang ke?!" pekik Ain, kakyong kelas. I meant it, dia paling bising dalam kelas.

"Entah. Yalah kut."

Sedang mereka semua memekak itu, mataku tak jatuh dari memandang ciptaan paling sempurna bernama Ridzuan itu. Sebaik dia melabuhkan punggungnya, dia melonggarkan tie dan mencabut blazer pengawas yang disarungnya lalu disangkut ke kerusi. Cermin matanya dibuka dan dilap menggunakan tie sebelum dipakai semula. Wajahnya kelihatan penat berbanding kebiasaan. Mulut ini terasa gatal ingin bertanya tapi Fira telah melakukannya untukku.

"Awak tak sihat ke?"

"Entah. Macam nak demam je. Cuba awak rasa kepala saya."

Melihatkan tangan mulus Fira menyentuh dahi Ridzuan, hatiku terasa meremuk. Menggigil tanganku ketika itu.

"Panas sikit ni. Nak saya suruh Pak Ajid hantarkan Panadol ke?" Oh ya lupa nak cerita. Fira ni anak Dato' maka selalu saja dia suruh Pak Ajid driver dia tu hantarkan sesuatu untuknya.

"Tak payahlah, wak. Kejap lagi okey kut ni."

Tapi nampak gayanya tidak. Menjelang tengahari itu, dia masih nampak lesu dan tidak bermaya. Juga, menyakitkan hati lagi bila Fira sudah beratus kali menyuruhnya untuk pulang saja, Ridzuan tetap berdegil untuk tidak mahu.

Degil!

Semasa kelas tambahan Biologi mama di kelasku, aku menggunakan kesempatan itu untuk melakukan sesuatu yang agak gila. Disebabkan Fira sudah pulang awal lagi diambil oleh pembantunya, maka ini saja peluang yang aku ada.

Aku membeli Panadol dua biji serta sebotol 100Plus dan air mineral lalu diletakkan di dalam raga motorsikalnya. Selepas itu, aku menunggunya di tempat biasa di luar kelas.

Aku menerima SMS daripadanya di dalam kelas. Aku baru perasan, sebenarnya ini sahaja masa yang kami berdua akan berbual. Di masa lain, mana ada.

*Lamanya mak kau membebel harini*

*:) goodlucklh ya*

*YA ALLAH rasa nk pitam ni!!!*

*lek ah. mana thu kjp lgi ada org bgi air 100plus ke kut kebah demam kau tu*

*Ye2 jelh kau*

*mana tau*

Kami berhenti berSMS kerana Mama sudah menamatkan pengajarannya. Dari luar kelas aku lihat betapa leganya wajah si Ridzuan itu.

Dan ketika aku baru sahaja memakai tali pinggang keledar, aku menerima SMS daripadanya.

*Kau psikik ke doh? Btul weh ada air 100plus dngn panadol dlm raga motor aku.*

*hahaha aku gurau je kut*

*Niwey thanks tau. masin mulut kau haha*

*sure*

Sampai malam aku tersenyum ke telinga.
_____________

So guys? Dah tiga chapter ni how was it? Is it good, is it not? Lemme know!

You are reading the story above: TeenFic.Net