Read Stories Topia : Tidak Bernama - TeenFic.Net

Mystery

Updating

25-05-2024

Topia : Tidak Bernama

2 likes / 48 reads
Kata orang, perang dunia ketiga yang berlaku 298 tahun yang lepas menyebabkan kepupusan pelbagai jenis hidupan dan hutan, kemusnahan pelbagai teknologi dan kemajuan, kematian dan pembunuhan manusia yang tidak berhati perut, kehancuran alam sekitar dan keindahan bumi.

Kata orang lagi, kehebatan teknologi dan kehidupan hari ini yang dikecapi adalah hasil kehebatan generasi dahulukala.

Betulkah semua itu? Atau ianya hanya pembohongan semata-mata?

--

"Kau pasti dengan pilihan kau ?"

"Pasti atau tak, aku perlu cuba. Ini sahaja pilihan yang ada." Dia menghelus nafas panjang, cuba menenangkan fikirannya yang berselerak.

"Aku minta maaf, sampai di sini sahaja aku dapat bantu. Usah kau risau, andaikan parang berada di leher aku sekalipun, rahsia kau selamat dengan aku. Mungkin jika umur panjang, kita akan bersua semula.

Selamat tinggal, Kein."

Langkah kaki diteruskan satu demi satu, sebagai tanda satu permulaan baru dalam hidupnya. Tanpa disedari, mindanya juga disertai oleh satu per satu persoalan baru yang bakal timbul melebihi apa yang dia bayangkan.
Latest Chapter
List of Chapter
May be you like?