Read Stories PELANGI SELEPAS HUJAN - TeenFic.Net

Romance

Updating

03-09-2024

PELANGI SELEPAS HUJAN

10 likes / 73 reads
Kehidupan ini bagaikan cuaca kadang kala mendung kadang kala hujan kadang kala cerah. Jika bernasib baik dapat bertemu dengan keindahan pelangi selepas hujan.

Itulah yang dapat Mirsya gambarkan tentang hidupnya. Sentiasa didampingi dengan cuaca yang buruk, namun dia tahu dan pasti Tuhan akan datangkan padanya hari yang bakal munculnya pelangi selepas hujan lebat melanda.

Mirsya Aneesa menjalani kehidupannya yang sunyi tanpa bergantung harap pada mana-mana manusia. Akibat terlalu lama menyendiri, dirinya menagih kasih dan sayang dari insan bernama lelaki. Pertemuannya bersama Aiman Raziq yang dianggap sebagai jodoh itu semakin hari semakin dilanda bencana bak hujan yang kian menjadi ribut.

Ribut yang melanda menyebabkan Mirsya terpaksa membawa diri jauh daripada semua orang termasuk sahabat karibnya sendiri, Khayla Clarissa.

Hari yang disangka hanya ribut dikejutkan oleh petir dan kilat apabila dia dikhianati orang yang dia sayangi seperti keluarganya sendiri. Namun, disebalik ribut dan petir itu pasti ada yang sentiasa mendampingi Mirsya tatkala jatuh dan bangunnya.

Dapatkah Mirsya mencari hari dimana pelangi bakal menjelma? Hari dimana dia bakal mengukir senyuman semula?

"Ada kah bahagia untukku?"



[BAB BAHARU SETIAP JUMAAT]
Latest Chapter
List of Chapter
May be you like?