๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฒ๐ฎ ๐๐ข๐ค๐ซ๐ข
"Meow~meow~" -๐๐๐๐๐"Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -๐๐๐๐๐๐๐"Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan. Macam punggung kucing kalau tengah berjalan. Apa orang panggil? Ha! Catwalk! Grrrrr, meow!" -๐๐๐๐๐"LELAKI GILA!!! SAYA BAGITAHU ABANG SAYA!!!" -๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, Sahabat baik kepada Rafael Shakeel Zavfier. Personaliti jejaka itu juga tidak saling tumpah seperti Rafael. Sahabat baiklah katakan. Namun, dia bukanlah seorang mafia seperti sahabatnya itu. Sebaliknya, salah seorang ahli kongsi gelap yang menjalankan pelbagai aktiviti haram di serata negara. Dadah. Arak. Penyeludupan manusia. Senjata haram. Pembunuhan. Itu adalah makanan hariannya. ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐, Satu-satunya bunga di antara adik beradiknya yang lain. Masih remaja dan muda. Mempunyai raut wajah yang lembut dan cantik seperti ibunya. Tetapi, garang dan comel. Dijaga dan dilindungi ibarat menatang minyak yang penuh oleh abang-abangnya yang lain. Namun, tanpa gadis itu sedari, ada seorang lagi lelaki yang sentiasa 'menjaga dan melindungi' dirinya dari jarak yang jauh. Berkali-kali Zikri cuba meraih perhatian Raihana dengan pelbagai cara. Bunga, coklat malah emas permata turut ditawarkan kepada gadis itu. Namun, tidak dibalas. Dan akhirnya, dia nekad menculik Raihana dan dibawa pulang ke kurungannya.Namun, di dalam jagaannya, tidak pernah sekalipun gadis itu dicederakan ataupun dikasari. Dan lama kelamaan, bait-bait cinta mula berputik sehingga satu peristiwa yang merubah segalanya. "๐๐๐ซ๐ ๐ข ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข, ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฃ๐๐ง๐ฃ๐ข ๐๐ค๐ฎ"โฆ