ashazellee
123,514 6,012 50
Ikatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya."I already have my own girl to spend my love for." -Althaf ZaidenSakit. Perit. Hati isteri mana saja tidak terluka saat suami sendiri menyatakan cinta untuk perempuan lain?"Wafa akan buat Abang Althaf jatuh cinta dengan Wafa, walau apa cara sekalipun." -Wafa TahaniPeluang tetap diberi. Hati mula dibuka. Cinta cuba diraih. Kesabaran terus dipupuk. Tapi sayang, hanya satu pihak yang beria untuk membetulkan hubungan mereka."Cinta Wafa hanya untuk abang, tapi kenapa cinta abang untuk perempuan lain?" "You manipulate me!"Hari demi hari Wafa tinggal sebumbung dengan lelaki itu, semakin parah keadaan hatinya berantakan. Akhirnya, dia lelah berjuang demi cinta yang tidak kesampaian.Di saat Wafa pergi membawa diri, baru Althaf mengerti apa itu menghargai. "Maafkanlah atas segala khilaf abang, Wafa. Kembalilah kepada abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, hidup abang tak akan pernah lengkap tanpa Wafa di sisi abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, Althaf Zaiden yang hidup tanpa Wafa Tahani di sisinya seumpama jasad yang sudah berpindah rohnya." -Althaf ZaidenKali ini, Althaf pula yang berjuang demi mempertahankan cinta mereka. Namun, bagaimana pengakhirannya jikalau isterinya sudah mati rasa? Layakkah sebuah kemaafan baginya?Start: 21.10.2023End: 28.9.2024…