whosairin
85 19 7
Siapakah yang tahu bahawa gadis jelita berwajah lembut dan manis itu mempunyai trauma yang masih menghantui dirinya, Dhiya Eshal. Sakitnya, deritanya, peritnya hidup hanya Allah sahaja yang tahu. Sejak kecil lagi, hidupnya sengsara dan musnah. Merasakan dirinya sangatlah tidak berguna sebagai seorang kakak, anak dan manusia yang jijik. Dia sangat merindukan adik-adik yang sudah mengikut ayahnya jauh meninggalkan dia dan juga ibu buat kali terakhir."Dhiya rindu adik-adik, ya Allah." Tersedu-sedan dia menangis di bucu dinding. Dia ialah seorang gadis yang berdosa, tidak mengikut perintah Allah. Ya Allah, aku hamba yang pendosa, sempat lagikah untuk aku bertaubat kembali ke jalanMu?"Kalaulah ayah masih ada dengan aku dan ibu.. Mesti tak jadi macam ini.. Dhiya benci ibu!" - Dhiya Eshal.Selepas beberapa tahun lamanya berlalu, hidupnya mula lebih terapi dan terurus sekarang tanpa keluarga di sisi. Semua nikmat ini hadir selepas seorang ibu tunggal, Cik Jah yang menemukannya dan pelawa gadis itu untuk tinggal bersama.Mereka berdua bersama-sama menguruskan perniagaan nasi lemak berdekatan universiti Malaya. Universiti impiannya sejak dahulu lagi tetapi hajatnya untuk melanjutkan pengajiannya di sana tidak tercapai kerana komitmen antara keluarga semasa ibu dan ayahnya masih bersama dan mungkin, dia takkan mampu untuk tampung pelajarannya. Gadis itu cerdik, pintar dan rajin tapi apakah daya ujian yang menimpa keluarga dan dirinya sendiri.Hadirlah seorang jejaka kacak selepas 10 tahun mereka tidak bersemuka. Disebabkan viral sebuah artikel mengatakan bahawa ibunya melacur dan seorang yang berpengaruh dadah, gadis itu digantung sekolah dan mereka tidak berjumpa lagi."I think I've seen you before." - Fayyadh Awwadi."Huh? Maaf, saya tak cakap bahasa inggerislah, encik." - Dhiya Eshal."But I know and still remember you, Dhiya." - Fayyadh Awwadi.…