Marimarwidad83
1,086 29 28
Apabila perkahwinan yang dibina seringkali diuji dengan sihir, santau dan hasad dengki, kesetiaan seorang isteri semakin goyah ditambah dengan sikap suami yang tidak mengambil peduli. Suami yang diharapkan menjadi tempat bergantung, berpaling tadah ke pihak lawan. Rentetan itu, Rhea mengambil keputusan nekad untuk keluar dari segala masalah yang membelenggu kehidupan dan mengekang impiannya untuk mengecap bahagia. Dia tabah bergelar ibu tunggal dan membesarkan kedua-dua anaknya tanpa bantuan seorang yang bernama suami. Zhafran yang hidup dirundung kekecewaan selepas kematian isteri kesayangannya, mulai mendapat semangat baru apabila bertemu dengan Rhea. Cinta mula mengetuk pintu hati lelakinya. Lebih-lebih lagi dengan keletah kedua-dua anak Rhea mengisi kesunyian dirinya yang sudah lama berimpian menjadi seorang bapa. Namun, di saat mereka mula menyulam rasa, Rafique, bekas suami Rhea pula muncul. Rafique mengaku telah ingat semula akan keluarga yang telah dibuangnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Nik Zakuan yang mulai merasakan kekosongan hidup mencari kembali cinta yang telah lama ditinggalkan. Janji-janji manis yang ditabur dipandang sepi oleh kekasih hati. Bukan mudah merebut kembali hati yang telah patah. Ketahuilah segala perasaan dan hubungan yang pernah dibina suatu ketika dahulu, tidak mungkin akan kembali mekar, malah menjadi debuan seperti antah yang berterbangan.…