TAN SRI SYED FACHRY
Kalau sebelum ni dia kena hadap perangai tak matang Eman Ezalia. Sekarang ni, dia kena hadap karenah mengada-ngada pulak. Dan juga sikap sambil lewa Eman yang membahayakan diri sendiri. Paling tak tahan, tuan sendiri tak tahu yang diri mengandung sehingga tumpah darah.Fachry terkejut. Jantung diluar dada di saat berita itu menyapa deria pendengaran. Nak marah, Eman sendiri tak tahu diri mengandung."You bahayakan diri sendiri. You know that?" - Eman"Eman mengandung ke? Alaaa.. muda lagi." - Eman.Ya. Dia sendiri pun fikir benda yang sama. Tubuh kecil macam tu, mampu ke nak bawa perut besar? Tak matang macam tu, boleh ke jadi ibu? Entah-entah nanti, dia dengan anak sama naik. Macam macam yang Fachry fikir sehingga tak sedar yang dia over-protective.Eman nak buat ini tak boleh, Eman nak buat itu tak boleh. Nak pergi mana-mana pun dia tak bagi."Sumpah rimas! Eman mengandung je pun. Bukannya sakit teruk yang memang tak boleh jalan langsung. Lagipun, perut tak besar pun. Ni haaa.. kecik je. Tak nampak macam mengandung pun. Janganlah halang semua benda Eman nak buat. Rimaslah." - Eman."Memanglah perut tak besar tapi you tu mengandung. Ada ke orang mengandung panjat kabinet? Main kejar-kejaran dengan Najja? Mandi kolam acah Pandelela Rinong. Ada ke?"- Fachry"Kak Yam cakap, orang mengandung kena aktif. Mana boleh duduk je. Kena jalan-jalan. Kena buat kerja. Kena bersenam. Barulah senang mengandung." - Eman"Jalan kaki, bukan berlari dalam mall. Buat kerja, sekadar basuh pinggan. Bukannya panjat kabinet. Senaman ringan untuk memudahkan proses kelahiran. Bukannya jogging atas TREADMILL!"Mahu dia tak marah. Eman melampau sangat. Panjat kabinet. Panjat tangga. Berlari sakan. Semakin mengandung, semakin aktif sehingga Fachry buntu nak hadap macam mana. Silap hari bulan, dia boleh terkena sakit jantung. Sumpah dia boleh gila dengan karenah Eman yang sentiasa diluar kotak akal fikiran.…