fiksyen buruk cantik
Hikayat buruk cantik, permulaan dalam cerita mereka. Farah mendapati dia mempunyai jiran sekampung yang mempunyai rupa paras dan fizikal seorang raksasa, beast, Quasimodo atau sewaktu dengannya. Jadi dia yang bercita-cita ingin menjadi anak seni menjadikan lelaki itu sumber inspirasi dalam menulis novel debutnya. "Aku nak kenal dengan kau. Aku nak tahu cerita kau dari zaman kau pakai pampers sampai sekarang jadi makhluk yang malas nak shave, dah macam orang utan aku tengok. Aku nak kenal dengan kau",ucap Farah."You will regret this for the rest of your life",balas Que.Naqiuddin atau Que tidak main-main dengan amarannya. Begitu juga Farah. Namun jalan cerita mereka tidak berakhir dengan gembira selamanya kerana Farah bukanlah Beauty yang dicari. Biar dia jadi watak picisan, mungkin si ahli sihir yang menyumpah kedua watak utama dengan kematian.…