CtNorLiana
1,537 96 7
"Mummy, besar nanti kan, Elsa nak kahwin dengan Edan.""Elsa sayang Edan."Pertama kali bertemu, ELSA, gadis berusia 4 tahun jatuh suka dengan AIDAN, yang ketika itu baru berusia lapan bulan. Meminta mahu berkahwin dengan Aidan. Difikirkan, sekadar mainan dan gurauan kata daripada seorang kanak-kanak. Namun tidak sangka, gadis itu benar-benar menuntut janji yang dicipta oleh mummynya dan juga ibu Aidan, iaitu berkahwin setelah mereka besar."Elsa dah kenal dia daripada kecil lagi tahu tak. Elsa ingat, masa tu, mummy dengan ibu Edan sendiri janji nak kahwinkan kami bila dah besar. Elsa nak kahwin dengan Edan!" - ELSA AURORALantas disuruh orang tuanya untuk meminang Aidan."Dulu masa Aidan kecil, auntie dengan ibu Aidan pernah berjanji dengan Elsa yang dia akan kahwin dengan Aidan bila dah besar. Dia tuntut janji tu. Dia suruh kami minang Aidan untuk dia." - FIQLIA NASYAPinangannya ditolak begitu saja oleh Aidan. Buat hati Elsa sakit. Cintanya kepada lelaki itu selama 18 tahun, sia-sia. Lantas dia tekad mahu buang Aidan daripada hatinya.Mengenali seorang lelaki daripada Instagram, Elsa rasa bahagia. Namun, tidak sangka lelaki itu sebenarnya berniat jahat dengannya."Kenapa kau buat dia macam tu? Dia kan girl friend kau!" - AIDAN LOUISE"Aku tak hinginlah ada girl friend yang bapaknya seorang pembunuh!" - ANIQ AYSAR"Dia beranikan diri untuk kenal lelaki lain, agar dia dapat buang rasa cinta dia pada kau." - ELFIAN AUDIE"Kalau tak sayang, takkan risau. Bila kita risaukan seseorang, bermakna kita sayangkan dia." - ARYA SAFIYYA…