CHAPTER 18

Background color
Font
Font size
Line height

Pagi yang cerah membuatkan Mark sedikit silau tambahan pula langsir yang terpasang di dalam bilik milik Hanna berwarna putih dan jarang.

"Hanna.." Mark meraba kawasan yang menempatkan Hanna semalam.

'Kosong!!'

Mark mencelikkan matanya. Mata Mark meliar di setiap penjuru kamar beradu milik Hanna.

"Sayang!" Mark memanggil sekali lagi.

Peristiwa dia ditinggalkan di Busan, Korea tempoh hari bermain di minda.

Adakah Hanna akan meninggalkan dirinya buat kali kedua? Tidak!

Mark pantas bangkit dari pembaringannya dengan hanya seluar dalam yang masih tersarung di tubuh tegap miliknya.

"Sayang!" Mark berjalan menuju ke arah kamar mandi di penjuru bilik tidur Hanna.

Terasa cemas didadanya. Nafasnya seakan susah untuk ditarik. Adakah penyakit kemurungan ketika Hanna meninggalkannya dulu datang kembali. Peluh merenik keluar membasahi dahi Mark.

Mark melangkah laju menuju ke kamar mandi berharap Hanna ada disana.

Baru sahaja Mark ingin menolak pintu bilik mandi tersebut, Hanna memunculkan diri di sebalik daun pintu tersebut.

"A.. Awak kenapa, Mark?" Hanna memandang aneh wajah Mark. Kelihatan dahi milik Mark berpeluh. Dadanya pula berombak kencang seakan baru lepas menamatkan perlumbaan lumba lari.

Lantas Mark terus memdakap tubuh Hanna. Hanna kaku sebentar.

"Hey, what's wrong?"

"Ja.. Jangan tinggalkan aku lagi.. Aku takut.."

Seakan tidak percaya Hanna dengan ungkapan Mark itu. Sebelum ini, Mark kelihatan kuat sekali tetapi kenapa selepas mereka dinikahkan semalam, Mark nampak seperti lemahย  sekali tika ini.

Hanna membalas pelukkan Mark.

"Hey.. I'm here... I won't go anywhere."

Semakin kemas pelukkan Mark berikan kepada Hanna.

"Aku takut.. Aku takut Hanna.."

Hanna diburu rasa serba salah. Adakah ini kesan yang Mark alami selama ini ketika Hanna meninggalkan Mark di Busan? Jadi selama ini, Mark juga merasakan penyeksaan yang sama seperti Hanna.

Hanna mengusap halus belakang badan Mark.

"Saya janji tak akan tinggalkan awak.."

Hanna cuba menenagkan Mark.

"Breathe slowly dear. "

Nafas Mark mula teratur.

Dalam pelukkan kemas, Hanna membawa Mark untuk kembali ke katil.

Hanna menolak Mark agar dia melabuhkan punggung di atas katil.

Pelukkan kemas Mark beralih ke dada Hanna kerana Hanna masih berdiri manakala Mark sudah mengambil kedudukan di birai katil.

"Mark.. I'm sorry.."

Air mata mula mengalir halus ditubir mata milik Hanna. Tidak sangka begitu hebat sekali kesan peristiwa lalu terhadap Mark.

Disangka hanya Hanna seorang sahaja yang terluka tetapi Mark juga menangung beban yang cukup hebat.

Mark mengangkat kepala. Matanya merenung anak mata milik Hanna.

"Jangan tinggalkan aku lagi.."

Hanna mengangguk dengan senyuman.

Wajahnya mendekati Mark. Memberi ciuman halus dibibir milik Mark.

Mark membalas kucupan cinta milik Hanna.

"Let's do another round, honey. "

********


"What's wrong with you guys?!"

Rimas Michelle melihat berkarangan rumahnya dibanjiri dengan wartawan.

"Betul ke Mark Ayden telah bernikah secara tertutup dengan seorang gadis dari keluarga Andersson?!"

"Kenapa melaksanakan pernikahan secara rahsia?!"

"Jadi bagaimana dengan Nancy?!"

Begitu banyak soalan diajukan oleh pihak wartawan ketika melihat Michelle sudah berdiri di sebalik pagar rumah agam itu.

"It's about our family's personal problems! Whatever our decision is, you have to respect it! I have no comments! please break up now before I call the police!" Lantang Michelle bersuara, semak dirasakan melihat pintu pagar utamanya dibanjiri wartawan-wartawan tempatan.

Terbantut niatnya untuk keluar pada pagi itu. Derap tapak kaki Michelle kedengaran kasar memasuki rumah agam 5 tingkat itu.

"Stupid Mark!" Rengus Michelle.

"What's wrong Honey?" Puan Sarah menegur anak sulungnya. Puan Sarah merupakan isteri kepada Tuan Smith. Sudahย  genap 32 tahun dia mendirikan rumah tangga dengan Tuan Smith dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Michelle dan Melody.

"Papa's favorite son is causing trouble!"

Puan Sarah melangkah mendekati anak perempuannya itu. Bingit telinganya mendengar nama Mark, anak hasil hubungan sulit Tuan Smith dengan seorang gadis bernama Ng Cindy itu.

"Isn't that a good news? It's easier to remove the name from Royale Empire." Puan Sarah memegang lembut bahu Michelle.

"Your task now is to take your father's heart. So that the election of COO is changed in name Michelle Ava Spencer not Mark Ayden Spencer."

Michelle tersenyum. Bernas juga idea ibunya. Dia harus ambil kesempatan. Sekarang namanya pemegang saham keempat terbesar. Statusnya sebagai anak perempuan akan terus dipijak jika dia tidak bertindak pantas.

"why do mom and sister hate Mark so much?"

Melody menuruni tangga. Tangan kanannya memegang beg tangan merah keluaran terbaru Channel yang diterima sebagai hadiah daripada Syarikat Channel ketika dia melakukan lawatan ke sana tempoh hari.

"you are still small don't interfere urusan kami!" Michelle membalas ucapan adiknya dengan renungan tajam menikam.

"Whatever sis. Mom, I want to go to the company first. Maybe back a little late." Melody memberi kucupan di sisi pipi Puan Sarah sebelum melangkah keluar dari rumah agam itu.

"Don't be too strict with the Melody.. She's your sister." Puan Sarah mengingatkan Michelle. Sejak kecil sering kali Michelle dan Melody bertekak. Hanya Mark yang sentiasa memahami Melody. Sebab itu hubungan Mark dan Melody lebih akrab berbanding hubungan Michelle dan Melody.

*********


"Mark! Tunggu!" Nancy meraih tangan Mark.

Sepatutnya Mark bercuti hari ini tetapi disebabkan ada urusan penting membuatkan dia harus kembali ke Royale Empire.

"Don't touch me Nancy." Mark menarik kembali tangannya.

"Mark! Please! I'm begging you.. Tinggalkan dia Mark! I'm still loving you!"

Mark memerhatikan banyak mata-mata pekerja melihat kearah mereka membuatkan Mark rasa tidak selesa.

Langkah kaki Mark terus dilajukan.

"Kris! Kau handle dia!"

Kris hanya mengangguk lantas memegang erat tangan Nancy daripada membuntuti langkah Mark.

"Please Miss Nancy. Leave him alone."

Nancy merengus kasar.

"Kau siapa nak halang aku?!"

"I'm just doing my job."

Kris menarik tangan Nancy untuk meninggalkan ruangan tempat kerja milik Mark.

"Lepaskan aku! Aku akan pastikan kau dengan boss kau melutut dekat aku!" Nancy memberi amaran sebelum menapak keluar dari ruangan itu.

Kris mengeluh perlahan. Tidak faham dengan sikap Nancy. Dulu Mark merayu-rayu padanya, ketika Nancy berlaku curang padanya sewaktu mereka di universiti dahulu. Mark juga berkali-kali memaafkan kesilapan Nancy tetapi kali ini berbeza. Sepertinya cinta Mark buat Nancy sudah terkubur.

Nancy memasuki keretanya. Telefon bimbit dikeluarkan pantas satu nombor rahsia didailnya.

"Bagitahu aku lagi rahsia mengenai perempuan itu! Dan cara untuk aku hapuskan dia!"

Kedengaran gelak halus dari bibir milik Nancy.

"Bukan ke kau juga suka jika dia mati? Iya sekarang niat kita sama. Lepas dia mati kau boleh miliki semua harta keluarga kau dan lepas dia mati aku boleh miliki Mark kembali."

Nancy kembali ketawa. Kali ini lebih kuat.

"Jangan risau! Kalau aku dapat kahwin dengan Mark. Aku janji kau akan dapat habuan yang besar. "

Disisi yang lain. Sophea sudah tersenyum sendirian. Sophea sendiri tidak menyangka bahawa 80 peratus harta keluarga Andersson dibawah nama Hanna Andersson. Kenapa papanya sanggup berlaku tidak adil kepada dirinya?! Jadi ini salah papa dan mamanya!!

"Maafkan Sophea mama, papa... Hahaha!"


You are reading the story above: TeenFic.Net