CHAPTER 16

Background color
Font
Font size
Line height

Panggilan Hanna membuat Mark terkejut, Mark pantas menjarakkan diri daripada cengkaman Nancy.

"Hanna.."

Sumpah ini hanyalah satu kebetulan. Mark ingin bertemu Hanna sebaik sahaja Hanna memberitahu lokasinya di dalam kafe Mutiara itu, tetapi mana tahu ada ribut yang bakal menimpa.

"Mark, tadi you kata nak belikan I cake dekat Secret Recipe hujung sana. Esok kan birthday I.." Nancy cuba memaut kembali lengan sasa milik Mark.

Hanna mencebik. Dengan pakaian yang tidak cukup kain Nancy, dengan perangai gediknya itu sudah cukup buat Hanna meluat.

"Baby... Mama lapar la, jom ajak papa makan.." Hanna sengaja mengosok-gosok perutnya sambil membuat wajah yang secomel yang boleh dihasilkan ketika itu.

Fina sudah tersenyum. Inilah Hanna yang dia kenal, Hanna yang tidak takut akan cabaran.

Mark terkedu sebentar. Senyuman halus mula terukir di hujung bibir Mark.

"Anak papa lapar ya sayang? Jom sayang, kesian sayang tunggu lamakan." Mark memaut pinggang Hanna. Jujur dikatakan bahawa hati Mark sedikit sebanyak terusik dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Hanna.

"Fina, sorry aku bawa lari bidadari syurga aku kejap."

Fina hanya mengangguk faham. Baguslah jika Hanna bahagia di sisi Mark Ayden. Fina hanya berharap, akan ada pelangi selepas hujan buat Hanna. Fina hanya memerhatikan kepergiaan Hanna dalam pegangan Mark.

"Mark, wait!"

Langkah kaki Nancy terhenti kerana tangannya dipegang oleh Fina.

"Don't touch me bit**!" Nancy menarik kasar tangannya dari pegangan Fina.

"Stop bothering them, miss slut. Don't you know, they are going to get married? and don't you see that Mark doesn't love you? Please wake up bitc*."

"Mark is mine! Until death he's mine!" Nancy membentak. Perempuan dihadapan dia ni siapa untuk berkata begitu?

"He's not fu*king yours! Now my friend is pregnant with Mark's son, don't try to hurt her. Kalau tidak nahas kau, aku kerjakan!"

Fina mengugut Nancy. Hanna umpama darah daging Fina. Sejak kecil Hanna menemani kehidupan Fina. Jika Hanna menangis, maka Fina juga akan merasa kesakitannya.

"Haha, do you think I'm afraid? if I don't get him, your friend won't get him either! Cuba kau bayangkan kalau kawan kau keguguran? Ouch! Mesti gempakkan! Hahaha." Nancy ketawa sinis melihat reaksi wajah Fina.

Fina sudah berang seketika. Nafas ditarik sedalamnya.

"Langkah mayat aku dulu, sebelum kau berani sentuh Hanna!"

"Wow, stupid friendship. Mark hanya nak bertanggungjawab sebab kawan kau dah pregnant je. Kalau aku kata yang aku pregnant anak Mark, kau rasa apa reaksi kawan bodoh kau tu?"

Fina terdiam sebentar. Tidak mungkin Mark begitu.

Nancy ketawa perlahan melihat wajah cemberut Fina.

"Okay, I want to buy clothes for my future son with Mark first. Bye, bitch!"

Fina memandang tajam langkah Nancy yang berlalu pergi. Terasa tegang urat lehernya ketika itu. Mahu sahaja ditampar wajah perempuan murahan itu.

*********

Hanna melangkah masuk ke Dewan Royalty. Sekarang sentuhan terakhir bakal dilakukan sebelum majlis peragaan akan berlangsung pada minggu hadapan.

"Wei, minah ni la kan.."

"Ye la, dia la siapa lagi.."

"Luaran baik tapi dalaman murahan.."

"Aku dengar dia goda Tuan Ayden sebab tu mereka terlanjur.."

"Kesian Nancy kan.. bercinta bagai dengan Tuan Ayden, akhirnya digoda perempuan murahan ni."

Hanna keliru di situ. Telinganya bingit mendengar umpatan dari mulut-mulut peragawati di hadapannya.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Sungguh Hanna keliru.

Telefon bimbit Hanna berdering. Nama Fina tertera di paparan telefon pintar milik Hanna.

"Hanna! Kau dah tengok berita tu? Wei! Siapa yang sanggup fitnah kau macam ni! Sumpah aku tak akan lepaskan dia!"

Hanna tergamam. Fitnah apa pula yang berlaku ni? Dia tidak faham. Semua mata-mata memandang Hanna dengan pandangan yang begitu menjijikkan.

Hanna serta merta dikerumuni dengan beberapa orang wartawan yang sibuk membawa kamera dan alat perakam suara.

Suasana agak bingit ketika itu membuatkan Hanna langsung tidak mampu untuk mencerna apa yang telah berlaku sebenarnya.

"Betul ke kamu sedang mengandung anak luar nikah bersama pemangku CEO Royale Empire?"

"Adakah kamu punca utama Tuan Mark Ayden meninggalkan model Nancy Lee?"

"Benarkah kamu menjadi punca utama model Nancy Lee mengalami kemurungan setelah kembali dari Korea Selatan?"

"Berapa lamakah kamu menjalinkan hubungan dengan pemangku CEO Royale Empire?"

Jantung Hanna mula berdegup dengan sangat pantas. Dirinya seperti kurang bekalan oksigen ketika itu. Hanna pantas ingin berjalan keluar, namun langkahnya agak sukar dengan kehadiran lebih daripada 10 orang wartawan ketika itu.

Mungkin inilah akibat yang bakal ditanggung jika memegang cita-cita ingin bersuamikan orang berpengaruhi di negara itu.

Hanna mula berasa rimas, nafasnya diatur perlahan. Kakinya mula melangkah. Dikuatkan segala tenaga untuk menolak semua wartawan ketepi.

Demi keselamatan anak yang dikandungnya. Hanna memegang perutnya seraya badannya cuba menolak ketepi beberapa orang wartawan yang cuba menghalang langkah kakinya.

"Please! Give her a space!" James bersuara lantang. James datang memberikan bantuan kepada Hanna.

Dengan badan yang sasa milik James. Akhirnya Hanna dapat meloloskan diri keluar daripada kerumunan wartawan-wartawan tersebut.

Hanna pantas mengorak langkah ke tempat letak kereta miliknya.

Namun beberapa orang wartawan masih terus mengejar langkah Hanna kerana berita ini amat sensasi.

Siapa yang tidak kenal Mark Ayden. Satu-satunya pewaris lelaki Royale Empire. Mempunyai pemilikkan yang luas dalam bidang perhotelan. Nama Royale Empire juga tercatat kedua tertinggi setelah Shangri-La.

"Hanna!"

Mark pantas menarik tangan Hanna dari belakang membuatkan Hanna terdorong dalam dakapan milik Mark.

Mark pantas membuka kaca mata hitamnya dan disarungkan ke wajah putih milik Hanna.

Topi milik Kris juga pantas ditanggalkan oleh Mark, lalu menyarungnya kepada Hanna.

Mark mendakap erat Hanna. Kelihatan beberapa orang wartawan yang mengejar tidak henti-henti mengetik gambar mereka.

Mark memandang tidak puas hati. Siapa pula yang membuat onar sebegini?


"Kris! Kau handle mereka dulu. I want to sent Hanna back first. I'll come back later, anything, call me. Don't let them effected our big ceremony that will take place later!"

Kris pantas mengangguk lalu menghalang beberapa orang wartawan untuk memberi ruang Mark membawa Hanna masuk kedalam kereta milik Mark.

Mark memecut laju meninggalkan perkarangan Royalty Hotel.

"I'm sorry Sayang.." Mark memegang kemas tangan Hanna disebelahnya. Jelas tangan Hanna mengigil menandakan gadis itu dalam keadaan ketakutan.


********


Mark memandang Hanna dihadapannya. Sedikit pun makanan diatas meja tidak dijamahnya.

"Makanlah. Kenapa ni?"

Hanna mengeluh perlahan.

"Saya takut perkahwinan kita ini akan membuat keluarga kita mendapat malu dan satu dunia telah tahu soal anak kita."

Tangan Mark meraih tangan Hanna.

"Jangan risau okay. Aku akan pastikan kau dan anak kita bahagia." Itu janji Mark pada Hanna dan juga dirinya sendiri.

Sekarang kehidupan Mark bukan hanya ada dirinya sahaja tetapi dia ada dua insan yang wajib dia lindungi sepenuh jiwanya.

Majlisnya pun berbaki 3 hari lagi. Sungguh Mark tidak sabar menanti hari bahagia itu bersama Hanna.

Mark juga sudah mula memindahkan barangan Hanna ke dalam rumahnya. Dia ingin hidup sempurna bersama Hanna sebagai suami isteri yang sah.

"Soal wartawan itu, jangan takut ya. Selagi aku ada mereka tidak dapat apa-apakan kau."

Hanna masih diam membatu memandang spaghetti carbonara yang terhidang dihadapannya. Sudah dua hari dia tidak ke kerja, dan selama itulah dia berada di rumah Mark.

"Kejap, aku jawab call. Makan ya sayang. Kesian baby kita."

Hanna hanya mengangguk melihat Mark berlalu pergi menjawab panggilan call entah dari siapa itu.

Kelihatan wajah Mark agak tegang. Sesekali mata Mark dan Hanna bertemu.

Apalah yang dirahsiakan sangat, Hanna pun tidak tahu.

Lagi tiga hari, Hanna dan Mark akan disatukan. Sejujurnya Hanna bahagia, cuma ada terselit kerisauan dihatinya. Lebih-lebih lagi perihal anak yang dikandungnya ketika itu.

Hanna tidak mahu anaknya terkesan dari apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"Hanna... Adakah Sophea, kakak kau terlibat dalam kes wartawan ni?"

Hanna seakan tidak percaya. Bukan Nancy? Tetapi Sophea? Apa yang berlaku sekarang? Tidak mungkin Sophea tahu soal Nancy.. Dan tidak mungkin Sophea hilang akal kerana Andersson Family juga akan terkena tempiasnya.


You are reading the story above: TeenFic.Net