CHAPTER 14

Background color
Font
Font size
Line height

Semalam seharian Hanna berehat di kediaman Keluarga Andersson. Kini Hanna sudah mula melaksanakan tugasan kerjanya lagi. Walaupun ditegah oleh Mark untuk tetap berehat tetapi Hanna enggan.

Ini tanggungjawab Hanna jadi Hanna perlu laksanakan.

"Miss Hanna, your coffee?"

James meletakkan coffee Latte yang dipesan Hanna. Hanna masih sibuk memainkan sound track di bilik 'Sound System'Dewan Royalty itu.

"Thanks James."

James memberi senyuman. Dia suka melihat Hanna ketika berkerja kerana Hanna seorang wanita yang akan memberikan tumpuan penuh kepada pekerjaannya.

"Nice the sound."

"Hmm, nice tapi saya rasa ada yang kurang. Event ni besar. Saya takut kru saya melakukan kesilapan." Hanna memerhati pentas utama yang sudah siap terpasang indah dari bilik sound system itu yang terletak di atas penjuru dewan itu dan menghala terus ke arah pentas.

Pentas yang sangat megah. Tidak hairanlah jika jenama-jenama luar negara seperti Dior dan Gucci juga mengambil bahagiaan dalam melaksanakan pementasan pemodelan ini.

Difahamkan juga bahawa acara ini turut disertai oleh negara-negara Asean dan Malaysia terpilih sebagai tuan rumah yang dinaungi oleh syarikat fashion tempat James bekerja.

Hanna memerhatikan gadis-gadis peragawati sedang membuat persediaan pementasan.

Hanna melihat Mark juga berada di situ. Mungkin turut serta dalam memerhati pergerakkan acara ini.

"Apa hubungan awak dengan Mr. Ayden?"

Hanna menoleh ke arah James.

"Apa maksud awak, James?"

"Nothing, cuma saya selalu nampak awak kerap memerhatikan dia dan dia juga selalu datang ke atas ni."

Hanna membuang pandangan kembali ke bawah.

"Kami kawan rapat."

Tatkala itu mata Mark dan Hanna bertemu. Dapat dilihat pada raut wajah Mark tanda tidak puas hati ketika melihat kelibat James disisi Hanna. Pantas Hanna melarikan pandangan.

"Markkkk!!"

Nancy terus menerpa kearah Mark.

Hanna hanya memerhati dari birai kaca bilik sound system. Hanna memerhati gerak geri wanita yang perlahan-lahan mendekati Mark. Hanna sangat mengingati wajah perempuan itu. Perempuan itulah punca kesucian dirinya dirampas oleh Mark.

"Mesti you datang nak tengok I kan? I tak sangka you masih caring pasal I." Tangan Mark diraih Nancy.

"This is my place and now I'm working."

Mark menyilangkan tangan memeluk tubuhnya sendiri. Kaca mata hitam dibetulkan.

Hanna sudah mencebik.

Gediknya.

"Mark, please honey.. Give me second chance. I janji lepas ni I akan setia sampai mati dengan you!" Nancy cuba meraih tangan Mark.

"Stop Nancy. I dah nak kahwin."

Terbuntang luas mati Nancy. Seakan tidak percaya apa yang dibicarakan Mark ketika itu.

"What the fuck. Please tell me you're kidding right now?! Mark, you lupa ke our memories?"

"Aku tak pernah lupa dan aku tak pernah lupa yang kau curang dengan aku." Mark pantas meninggalkan perkarangan pentas utama Dewan Royalty itu.

"Shit! Just wait and see Mark!"

Hanna hanya memerhati. Senyuman terukir di hujung bibirnya. Puas hatinya melihat wajah cemberut Nancy ditinggalkan oleh Mark.

Walaupun Hanna tidak mendengar sepatah apa pun yang mereka bicarakan tetapi dari riak wajah yang dipamerkan Nancy. Hanna tahu pasti Mark menolak Nancy kali ini.

***********

Hanna berdiri menanti hentinya hujan ketika itu. Keretanya masih tidak dipulangkan oleh Mark. Hanna pun sudah lupa untuk meminta Mark memulangkan kembali keretanya.

"Hanna! Jom saya hantar pulang."

James memberhentikan kenderaannya dihadapan Hanna.

Baru sahaja Hanna ingin melangkah ke arah kereta James. Kenderaan kuat hon dibunyikan oleh Mark.

Mark pantas keluar dari perut kereta, tangan kirinya kemas memegang payung.

"It's okay James, biar aku hantar Hanna balik."

James hanya mengangguk.

Hanna memandang tajam wajah Mark. Semua ini gara-gara Mark juga.

"Bila awak nak pulangkan kereta saya?"

Tanpa menjawab pertanyaan Hanna. Tangan Hanna kini kemas didalam pautan tangan Mark.

Hanna agak terkejut sebentar.

"Mark... Tangan awak sejuk.."

Hanna meletakkan tangan kanannya didahi milik Mark.

"Mark! Panasnya!"

Mark melepaskan tangan Hanna.

"Shh... Aku okay."

Hanna hanya mengikuti langkah Mark memasuki perut kereta milik Mark.

Sepanjang perjalanan ke rumah Mark. Hanna dan Mark hanya membisu.

Sesekali Hanna melihat badan Mark mengigil seperti menahan kesejukkan. Bibir Mark juga agak pucat berbanding warna aslinya.

Hanna hanya diam membisu membuntuti langkah Mark memasuki rumah milik Mark.

Hanna melabuhkan punggung duduk di atas sofa. Tiba-tiba beg tangan Hanna terjatuh ke atas lantai dengan keadaan berbadan dua ini sedikit menyukarkan Hanna untuk membongkok mencapai beg tangannya.

Mark yang memerhatikan tingkah laku Hanna datang mendekati.

Tangannya cuba mengambil beg tangan milik Hanna dan tangan Hanna pula tanpa sengaja naik memegang dahi milik Mark.

"Awak demam ye Mark?" Entah kenapa hati Hanna sakit melihat keadaan Mark yang pucat lesi itu.

Mark hanya membiarkan tangan Hanna memegang dahinya ketika itu.

"Duduk lah dulu. Aku nak tukar baju kejap."

Mark melangkah.. satu langkah.. dua langkah.. kaki Mark terasa lemah.

"Mark!" Pantas Hanna memaut badan Mark. Nasib baik tangan kanan Mark masih kuat berpaut pada kabinet hiasan rumahnya.

"Let's me help you."

Hanna memapah badan Mark menuju ke kamar tidur milik Mark. Ini kali kedua Hanna melangkah memasuki ke dalam kamar ini.

Susunannya sangat teratur dan cantik. Pandai Mark menghias rumahnya. Warna putih dan biru laut menaikkan seri kamar itu.

Hanna perasan baju Mark sedikit kebasahan. Hal ini mungkin kerana sewaktu mereka memasuki kereta, Mark hanya memayungi Hanna dan bukan dirinya.

"Mark, you're shaking.. awak kena mandi ni untuk panaskan badan. Then, kita ke klinik ya?"

Hanna mula membuka butang baju kemeja milik Mark tetapi pantas Mark menahan.

"Don't worry, saya tidak akan buat apa-apa."

Mark mendekatkan diri ke arah Hanna.

"Memang kau tak akan apa-apa kan aku. Cuma aku risau aku yang akan.."

Wajah Hanna mula memerah. Terimbau kenangan dia bersama Mark dahulu. Pegangan tangan Hanna dibaju Mark mula terlerai.

"Jangan risau. Aku tidak akan apa-apakan kau. Please help me sayang."

Mark memegang tangan Hanna. Jantung Hanna mula memainkan lagu rancak. Kini kedudukan mereka sangat rapat membuatkan Hanna agak kurang selesa.

"Now, you're shaking too sayang.." Mark tersenyum halus manakala Hanna memekakkan telinganya.

Hanna tahu pasti sekarang wajahnya sudah seperti buah tomato.

Hanna dengan penuh berhati-hati membuka baju kemeja milik Mark. Tanpa sedar jari jemari Hanna tanpa sengaja menyentuh dada bidang milik Mark.

Sungguh dia sangat merindui tubuh ini. Dia sangat merindui belaian Mark.

Mark memegang tangan Hanna.

"I miss you sayang.."

Mark merapatkan bibirnya bertemu bibir Hanna. Dia sangat menginginkan Hanna ketika itu. Dia sangat merindui insan bernama Hanna.

Hanna juga membalas kucupan mesra milik Mark tanpa sedar air mata Hanna mengalir.

Mark pantas menghentikan perbuatannya kerana terkejut melihat mutiara kaca yang mengalir perlahan dari hujung mata Hanna.

"Sorry.. Aku tak dapat kawal diri.."

Mark terus melangkah meninggalkan Hanna untuk menghala ke kamar mandi bagi menyegarkan badannya dan untuk melupakan fikiran kotornya ketika itu.

Tetapi badannya pantas dipeluk Hanna dari belakang.

"I miss you too Mark.."

Mark tersentak.

Benarkah Hanna juga merindui dirinya? Hanna juga mencintai dirinya seperti mana dia mencintai Hanna?


You are reading the story above: TeenFic.Net