CHAPTER 13

Background color
Font
Font size
Line height

Seusai makan malam, Hanna sering meluangkan masa di pondok kayu bersebelahan kolam renang rumah keluarganya.

Dipandang tenang air kolam tersebut.

Fikiran Hanna serabut tatkala itu, perlu ke dia memberitahu soal kandungannya itu? Sedangkan baru sahaja dia bertemu dan berbaik semula dengan keluarga angkatnya itu.

Dia tidak mahu menambah minyak ke dalam api. Pasti soal kandungannya ini akan menambah modal Sophea dan Nekma mencaci maki dirinya.

"Termenung panjang Hanna.. Apa yang awak fikir kan itu?"

Hanna berpaling ke arah gerangan suara tersebut. Senyuman diberikan.

"Nothing Joshua. Tidak sangkakan kita akan dipertemukan kembali di rumah ini."

Hanna melepaskan pandangan kembali ke hadapan.

Joshua pula mengambil tempat bersandar di tiang seri pondok kayu tersebut.

"Maka benarlah pepatah melayu, kalau sudah jodoh, tidak kemana."

Hanna sudah ketawa kecil.

"Awak ni walaupun sudah ada kak Sopbea, sempat lagi ya berkata manis pada yang lain."

"Bila masa saya dan Sophea bercinta?"

"Ehh, bukan tadi Kak Sophea panggil awak sayang sepanjang makan malam dan tidak pula awak menafikan." Hanna memandang Joshua dihadapannya.

"Kami pernah bercinta dan putus dua tahun lalu. Dan kini Sophea meminta peluang kedua pada saya. Awalnya saya menolak tetapi sejak akhir-akhir ni saya cuba membuka hati saya kembali. Tetapi lepas saya melihat adiknya, entahlah apakah hati ini akan dibuka untuk si kakak ataupun si adik haha.." Joshua cuba berjenaka di situ.

Hanna hanya memandang dengan riak wajah yang kosong.

Jika Joshua mampu untuk membuka pintu hatinya buat kekasih lama. Apakah ia juga akan berlaku pada Mark?

"Apa yang awak menungkan tu Hanna?"

Hanna hanya tersenyum dan mengeleng perlahan. Tidak mungkin dia membuka cerita kepada Joshua.

"Sayang.. apa you buat dekat sini?" Sophea melangkah kearah pondok kayu itu sambil matanya mengerling ke arah Hanna.

Menyampah melihat wajah Hanna. Wajah yang dirasakan penuh dengan kepuraan.

"I just talking with Hanna." Joshua masih menatap wajah Hanna manakala Hanna sudah membuang pandangan ke arah kolam renang.

Kolam renang inilah yang menjadi saksi dimana Hanna ditolak oleh Nekma ketika dia masih berusia 7 tahun. Hampir lemas juga Hanna ketika itu, nasib baik datang Adam Andersson menjadi penyelamat. Jika tidak pasti sudah terbang ke langit roh Hanna ketika itu. Bila papanya tanya macam mana Hanna boleh terjatuh di dalam kolam, terpaksa Hanna berdalih cerita bahawa dia tergelincir gara-gara takut dimarahi Nekma.

Sophea perasan tatkala itu mata Joshua suka melirik ke arah wajah Hanna. Sophea tidak suka situasi tersebut.

Sudahlah kasih sayang mama dan papanya dirampas Hanna. Kini kasih sayang Joshua Evans juga ingin dirampas Hanna. Dia tidak akan biarkan hal itu berlaku!

"Sayang, nanti I hantar you balik ya. Teringin I nak melawat rumah you." Sophea bernada manja. Tangannya naik ingin memegang lengan sasa milik Joshua.

"Sorry, you can't. Hanna balik dengan siapa?"

"Hah? Saya? Hmm kawan ambil kejap lagi."

Sudah Hanna masej Fina sebentar tadi ingin meminta gadis itu menjemputnya pulang.

Jam pun sudah menunjukkan angka 9 malam. Hanna mengeluh perlahan. Manalah si Fina ni, dia sudah tidak betah di rumah ini.

"Kalau Hanna tidak keberatan, saya boleh hantar Hanna pulang."

Sophea tersentak. Kenapa dia lihat Joshua semacam sahaja dengan si Hanna ni?

"Sayang... Why you nak hantar anak pungut ni balik?"

Sophea sudah panas hati.

Joshua kaku sebentar mendengar ucapan gadis yang memiliki raut wajah pan- asia itu.

"Apa maksud you, anak pungut?"

"Dia lah! Hanna! She's not my sister.. She's not Andersson! She's just anak pungut. Entah dari mana-mana mama dengan papa angkut dia. Entah-entah anak pelacur mana pun tak tahu!"

"Sophea! Watch your mouth!" Lantang suara Puan Marie tatkala itu.

Niatnya ingin menghantar sedulang kopi terbantut gara-gara mulut lancang anak perempuannya itu.

"Betulkan apa sophea cakap ni mama?!"

Belum pernah Sophea mendengar mamanya menjerit kearahnya seperti tadi. Hatinya sudah lama panas bertambah bengkak gara-gara Hanna.

Puan Marie meletakkan dulang kopi diatas meja pondok tersebut.

"Watch your speech Sophea! Hanna is mama's daughter, Hanna is papa's daughter! Susah sangat ke kamu nak faham?"

Puan Marie mengeluh perlahan. Mungkin silapnya membesarkan Sophea. Terlalu banyak kasih sayang yang dicurahkan kepada Sophea sehingga beraninya Sophea bermulut lancang seperti ini.

"But Nekma said, dia tu anak pelacur! Anak yang mama angkut dari hubungan haram. Dia tu anak haram!"

Panggg!

Berdesing telinga Sophea tatkala itu.
Pipinya terasa panas membahang. Pedih! Tidak pernah mamanya menampar dirinya. Bahkan mencubit juga tidak pernah. Tapi kenapa malam ini, mamanya begitu? Dihadapan Joshua Evans pula!

Mata Puan Marie sudah berkaca. Sebak dadanya mendengar percakapan anaknya. Terketar tangannya tatkala itu. Tidak pernah terfikir yang dia akan bertindak sebegitu tetapi Sophea sudah melampau.

Hanna sudah tercengat bangun dari duduknya. Terkejut melihat tamparan mamanya keatas Sophea. Tidak pernah dia melihat mamanya sebegitu. Begitu juga Joshua.

"Sampai hati mama!! Apa lebihnya Hanna dari Sophea?!"

Air mata Sophea sudah basah membanjiri wajahnya. Malunya di hadapan Joshua dia ditampar oleh mamanya.

"Maafkan Hanna mama... Semuanya salah Hanna.. Hanna tidak sepatutnya ada disini."

Hanna mencapai tas tangannya. Dia ingin beredar.

Mungkin salahnya kerana hadir kembali ke dalam rumah Andersson ini.

"Memang ini semua salah kau Hanna! Kenapa kau hadir dalam keluarga aku! Kenapa kau tak mati sahaja sewaktu Nekma tolak kau dalam kolam ini dulu!!!" Sophea sudah kehilangan sabar.

Manakala Puan Marie sudah kehilangan kata-kata. Tidak disangka peristiwa lama kembali bermain di minda Puan Marie. Disangkakan Hanna tergelincir, rupanya Puan Sri Kelisha Anderson sendiri yang cuba melemaskan cucunya.

Tidakkah dia tahu bahawa Hanna tidak pandai berenang?!

"Sophea! Kamu jangan nak kurang ajar! Hanna anak papa!!!" Laung Tuan Hans dari atas balkoni.

Tidak disangkakan kekecohan diluar rumahnya disebabkan kelancangan mulut anak perempuannya yang satu itu.

"Kenapa semua orang sayang sangat anak pelacur ni!! Siapa dia?!!" Sophea masih tidak mahu mengalah. Hatinya sakit. Sangat sakit.

Hanna sudah menghamburkan tangisan.

Dia sudah tidak tahan lagi.

Tangan Puan Marie dicapai lalu dikucup lama.

"Mama... Papa... Biarlah Hanna pergi kali ini. Mungkin ini yang terbaik untuk keluarga Andersson. Maafkan salah silap Hanna selama berada didalam keluarga ini... Hanna sayang mama dan papa.."

Hanna mengatur langkah pantas ingin meninggalkan perkarangan kolam renang itu.

Tetapi dengan pantas. Tangan Sophea menolak Hanna ke dalam kolam renang tersebut.

"Hanna!!!"

Hanna bagai kehilangan nafas.

Mungkin ini yang terbaik...

Mata Hanna terpejam rapat..



"Sayang.."

"Don't worry Mark. She's okay.. she's just need time to rest." Dr Michelle mengemas peralatan kedoktorannya.

"I go home first Mark." Pantas Dr. Michelle melangkah keluar dari bilik Hanna. Tidak sangka makan malam bersama keluarganya terganggu gara-gara di telefon Mark Ayden sebentar tadi.

Kesian anaknya Kelvin, pasti sudah merajuk kerana ditinggalkan sebentar, nasib baik suaminya ada memujuk Kelvin.

Mark memerhati bilik Hanna. Tidak sangka kedatangannya tepat pada waktunya.

Dia melihat sendiri bagaimana Sophea menolak Hanna ke dalam kolam renang sedalam 3 meter itu. Panas hati Mark ketika itu. Jika apa-apa berlaku pada Hanna dan anak mereka. Sumpah keluarga Andersson tidak akan dilepaskan dari genggaman.

Diruang tamu rumah agam itu kecoh seketika.

"Mama tidak dengar ke yang anak kesayangan mama itu Mengandung?!!!"

Sophea bersuara lantang. Sinis dirasakan.

"Berlagak suci... Itulah mak pelacur! Pasti anaknya terpalit perangai maknya!"

"Sophea! Kenapa kurang ajar kau ni hah?!"
Adam sudah panas hati. Tidak disangka Sophea sanggup untuk membunuh Hanna.

"Kau kenapa Adam?! Nak bela budak tu sangat?! Entah anak jantan mana dia kandungkan tu! Patutlah tunjuk baik! Datang rumah ini.. Mesti Jantan tu dah lari lepas mengandungkan dia!"

Sophea masih tidak puas hati. Pergi lantak dengan mama, papa, Adam, dan Joshua.

"Diam Sophea!! Papa tidak pernah ajar anak papa untuk jadi biadap macam ni!!"

Tuan Hans sudah bangun. Sesak nafasnya mendengar segala kata-kata Sophea.

Puan Marie sedari tadi asyik menangis dan disisinya ada Aunty Joana yang menengkan. Ikutkan hati Joana, mahu sahaja dicili-cili mulut Sophea ketika itu.

Mark mendengar kekecohan dibawah. Panas hatinya mendengar segala cacian Sophea keatas diri Hanna.

"Mark.. macam mana adik aku? Terima kasih sebab tolong." Adam mendapatkan Mark.

Mark merupakan rakan karib Adam. Secara kebetulan dia bertemu kawannya di hotel Royalty. Dan Adam sendiri mempelawa Mark untuk kerumahnya hari itu. Sudah lama mereka tidak bersua.

"Kalau apa-apa berlaku pada Hanna dan anak aku! Aku akan masukkan perempuan ni dalam penjara!"

Anak aku?!

Semua mata memandang kearah Mark.

Siapa yang tidak kenal. Mark Ayden! Nama yang cukup tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Jika mahu dibandingkan Royale Empire dengan Andersson Family. Amatlah ketara beza pencapaian mereka.

"Anak kau Mark?" Adam menyoal seakan tidak percaya apa yang didengarinya.

"Ya! Anak yang dikandungkan Hanna itu, anak aku!"

Mark menapak menuruni tangga kearah Sophea.

Tangan kanan Mark pantas menolak bahu Sophea sehingga gadis itu terdorong ke belakang.

"Aku tak kisah kau perempuan ke lelaki ke.. Sekali lagi kau sakitkan Hanna.. Bayang mak ayah kau pun kau tidak akan dapat tengok."

Sophea terdiam. Liur ditelan. Tidak disangka, Hanna mengandung darah dari keturunan Royale Empire.

"Aku boleh buat seluruh keluarga Andersson merempat di bawah jambatan. Jangan nak cabar kesabaran aku! Aku akan berkahwin dengan Hanna tidak lama lagi. Setuju atau tidak Hanna milik aku!"

Masing-masing menelan liur memandang ke arah Mark.

Mark terus melangkah meninggalkan rumah agam itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia mengambil Hanna malam itu juga tetapi dia takut perbuatannya itu akan membuat Hanna membencikan dirinya. Maka ditinggalkan Hanna di rumah itu.

Sophea masih lagi dengan riak tidak percaya.

Joshua sudah berdiri, juga ingin melangkah keluar dari rumah itu.

"Sophea.. I tak sangka, you seorang yang menakutkan. I'm sorry, hubungan kita tidak dapat diteruskan. Saya kecewa dengan apa yang jadi malam ini. Jika awak tidak dapat kemaafan dari Hanna.. Jangan pernah datang jumpa saya lagi."

Sophea menghamburkan tangisannya. Sophea mengumpal penumbuk.

'Kau tunggu Hanna! Mati kau dan anak kau, aku kerjakan nanti!!!"


You are reading the story above: TeenFic.Net