Semutar Hitam ( New)
Ini kisah mengenai, Ammar Bin Hariz. Seorang jutawan dan pemilik kepada GADING INDUSTRIES. Sebuah syarikat besar di negeri Indrasakti dan seorang pemuda yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Ammar Hariz ialah seorang pengusaha dalam industri teknologi yang kaya-raya dan berfikiran genius telah menggunakan suit yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi. Kini, setelah 15 tahun bergulir dalam waktu, anak muda itu tumbuh kekar dalam sebuah dunia di mana kekuasaan, kekayaan dan kekuatan adalah segalanya dan menjadi puncak rantai tertinggi. Segala jenis sifat kemanusiaan kian menghilang ditelan mengikut arus zaman.Namun, Ammar telah terdetik untuk berjuang. Perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran daripada kerakusan sang penjunjung dunia seiring menumpaskan cengkaman penguasa-penguasa yang saban waktu berhasrat ingin menguasai bumi ini. Namun, dalam meniti arus perjuangan, hidup anak muda itu sekali lagi teruji apabila dia mengetahui mengenai asal usul dirinya dan sebab mengapa ibu bapanya meninggalkan dunia ini. Mampukah Ammar bertahan dalam dunia ini ?…