Read Stories Bukan kerana aku benci - TeenFic.Net

Romance

Updating

04-10-2024

Bukan kerana aku benci

8 likes / 103 reads
Benar lah kata orang bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh manjadi sekadar kawan kerana pasti akan tumbuh rasa cinta oleh salah seorang diantara mereka.

Itu jugalah yang telah terjadi kepada Raisa Arlina, seorang gadis manis dan murah dengan senyuman yang telah jatuh cinta kepada sahabat sejak kecilnya iaitu Hamzah Ridwa. Seorang lelaki yang amat penyayang dan perihatin terhadap orang sekelilingnya tetapi tegas dalam melakukan tugasnya sebagai seorang pensyarah di UUM. Persahabatan mereka semuanya dipenuhi dengan gelak tawa dan persahabatan yang mereka jalin selama 15 tahun sentiasa membawa kegembiraan dikehidupan mereka oleh gurau senda dan masa yang dihabiskan bersama.



"Kau cakap la menyampah tengok muka aku lagi. Nanti aku dah kahwin aku duduk jauh-jauh dengan isteri aku baru kau tahu nak rindu"-Hamzah Ridwa



"Aku nak rindu kau? Tak ada masanya. Kau nak bawak isteri kau tu sampai hujung dunia pun ikut kau lah. Aku tak peduli"-Raisa Arlina




Namun saat dimana persahabatan mereka dijui dan perasaan Raisa terhadap Hamzah yang semakin tercabar apabila ujian menimpa dirinya.



"Kita kawan sejak kecil, Am? Kenapa kau lebih percayakan perempuan tu daripada aku?"- Raisa Arlina


" Dia tunang aku, Raisa. Aku percayakan dia dan aku yakin yang dia tak tipu aku. Jangan gunakan persahabatan kita sebagai tiket untuk kau sakitkan perempuan yang aku sayang."- Hamzah Ridwa

"Biarlah aku pergi. Kalau itu yang boleh bahagiakan semua orang."- Raisa Arlina



Mampukah Raisa memenangkan hati rakan baiknya itu? Atau dia akan pergi dan tidak akan kembali lagi demi kebahagiaan Hamzah?
May be you like?