theflowersnight
363 3 6
Sifat sombong sudah menjadi sebati dalam diri Naura Melissa, seorang gadis yang ditugaskan untuk menjadi guru bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah setelah tamat pengajian. Raut wajah serius sering ditunjukkan menjadikan dia guru yang tidak diminati oleh para pelajar."Awak fikir saya kesah kalau awak semua tak suka saya?" - Naura Melissa Melihat kesombongan guru baru itu membuatkan dirinya ingin mengenali gadis itu lebih dekat. Semakin dingin layanan yang diberikan, semakin sering dia mengganggu sosok itu. Tekadnya hanya satu, dia mahu menjadikan Naura Melissa sebagai miliknya. "Jangan sombong sangat, cepat atau lambat awak akan jadi milik saya juga." - Noah Mirhad Saban hari, hati Naura mula terusik dengan setiap tingkah jejaka itu sehingga hatinya mula berkata ya buat Noah. Lamaran Noah, diterima dengan harapan jejaka itu dapat mengubati semua luka yang selama ini disimpan dan dirawat sendiri.Namun, harapan tinggal harapan. Saat kenyataan itu terbongkar, Naura merasakan rohnya seakan melayang keluar daripada jasad. Hati seakan dicarik dan ditikam dengan berjuta belati. Kata bahagia lenyap dengan sekelip mata."Kenapa awak nikahi saya sebenarnya?" - Naura Melissa "Saya nak tatap wajah yang saya cintai." - Noah Mirhad Saat cinta yang dihulurkan tidak dihargai, mampukah hati bertahan lagi? Antara cinta dan benci, yang manakah bakal dituruti? Mampukah mahligai yang dibina dipertahankan saat rasa dianiayai?…