Oh My! Youtube Star!!

Oh My! Youtube Star!!

56,847 3,890 37

SEASON 1Dua orang gadis yg terkenal bukn kerana lakonan atau nyanyian tetapi youtube,di sekolah mereka digelar youtube star,dengan rupa paras yg cantik membuat kan mereka lagi terkenal,mereka sering MENGcover lagu² idol korea ataupun lagu inggeris suara mereka yg sungguh merdu membuatkan orng tidak jemu² melihat video mereka di YouTube.Akan tetapi....Hidup dua orang gadis itu menjadi haru-biru disebabkan kumpulan yg bernama BANGTAN SOYEONDAN atau nama singkatannya BTS. Muncul beberapa adegan lucu,sedih,cinta,dan cemburu. Dan tidak disangka kumpulan idol yg bernama BTS itulah yg akan mewarnai hidup mereka Tajuk:OH MY YOUTUBE STAR! SEASON 1Cast: song ji hyo,moon ga young,BTS Heroin:song ji hyo & moon ga young Hero:min yoongi(suga)&park jimin(jimin)Genre:funny,romance,happy,sad,friendship-_--_--_--_--_--_--_--_SEASON 2 Bermula dari salah masuk bilik ke pertemuan yang annoying sehinggalah ke chap season 1 terakhir, pelbagai ragam dan karenah telah berlaku Ada suka... Ada duka Huru hara sentiasa ada bersama Kini jihyo berpasangan dengan suga dan gayoung bersama jimin Hubungan di antara dua idol terkenal... Hmphh Boleh ke bertahan lama? Kali ni, season 2 mengisahkan apa yang terjadi sepanjang hubungan mereka Mungkin akan ada orang ketiga? Dan ada sesuatu mesej di sebalik season 2 ini "kepercayaan dalam sesebuah hubungan itu penting tanpa kepercayaan ianya bagaikan kereta yang tiada minyak,ianya tetap ada tapi tidak akan kemana-mana" Dan dalam erti kata lain Hubungan itu akan.....MUSNAH Dan hanya satu benda yang dapat mengelakkan ianya dari berlaku iaitu.... KEPERCAYAAN Tajuk:OH MY YOUTUBE STAR! SEASON 2 Cast: SOOO MANY CASTTT HEHEHE Heroin:song ji hyo & moon ga young Hero:min yoongi(suga)&park jimin(jimin)Genre:comedy,romance,happy,sad friendshipFf ini adalah hasil dari idea author sendiri dan kwn author(sekejp je dia bagi idea -_- pastu hampeh) so...Jangan nak copy cite nih tanpa kebenaran tau…

KAU RASMI MILIKKU

KAU RASMI MILIKKU

26,448 408 11

Tajuk: KAU RASMI MILIKKUPenulis: AALIN AMILYHarga: RM24 / RM27ISBN: 978-967-2116-85-1 Buat kali pertama terpandangkan Maya di taska yang menempatkan anak buahnya, hati Syakir Aliy, terus mendesak mahu memiliki gadis tersebut. Namun, perkenalan mereka bermula dengan dingin."Kenapa cikgu tengok ucu tu macam tiger aje? Muka macam nak makan orang. Aummm!" - Maya"Dah tua, tapi tak matang! - Syakir AliyMaya yang pernah terluka dan serik dalam percintaan, menutup pintu hati untuk seseorang yang bergelar lelaki. Dia cuba menyangkal perasaan indah yang mula bertandang."Saya lebih tua daripada awak, Syakir." - Maya"Tak kisahlah. Umur tak jadi masalah pun." - Syakir Aliy"Saya boleh jadi kakak awak. Nak?" - Maya"Tak nak. Saya dah ada kakak. Jadi kekasih saya." - Syakir AliyNamun, lama-kelamaan, hati Maya terpaut juga dengan Syakir Aliy. Perkenalan singkat membawa mereka terus ke jenjang pelamin. Bahagia yang bersemi, mula digugat ancanam daripada pelbagai pihak."Maya tidak berhak untuk mendapat kebahagiaan!" - Uyie"Abang tak kisah Maya nak cakap abang tak betul ke, gila ke. Yang abang tahu, abang nakkan Maya! Suami Maya tu tak layak untuk Maya! Abang yang lebih layak!" - FakhrulTambah merumitkan keadaan apabila bekas kekasih Maya datang menagih kasih Maya sekali lagi. Tidak cukup dengan Maya, Fakhrul turut mengganggu Syakir Aliy.🍀Untuk melangganhttp://www.wasap.my/+60132588069http://www.wasap.my/+60132588069http://www.wasap.my/+60132588069…

Jodohku Paling Superb - Nia Afeerah

Jodohku Paling Superb - Nia Afeerah

1,276 26 10

Kehilangan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya menjadikan Arissya Amyra seorang insan yang kuat dan tabah. Namun sekuat mana pun dia mencuba, dia pasti akan menjadi selemah-lemahnya tatkala kehadiran 2 orang lelaki yang kini berjaya menghantuinya kembali. Mujur dia dipinjamkan sedikit kasih sayang daripada Haneez sekeluarga, kawan baiknya sejak kecil.Azriel Raykarl... seorang jejaka yang sering menjadi penyelamat kepada Arissya, di saat gadis itu dalam bahaya. Dek bahaya yang sering menghampiri Arissya, Azriel bertekad untuk menjadi pelindung buat sang gadis. Pelbagai cara yang dilakukan untuk memenangi hati si gadis. Tetapi malangnya, hati Arissya tidak terbuka sedikit pun untuk mana-mana lelaki dek perbuatan lelaki-lelaki yang sebelumnya.Saat lamaran dihulur Azriel, Haneez memujuk Arissya untuk melakukan istikharah meminta petunjuk daripada-Nya. Setelah yakin dengan petunjuk Allah, dia akhirnya menyambut cinta Azriel.Bahagia mula dirasai saat terpaterinya janji sebuah ikatan perkahwinan. Kasih sayang dan bahagia yang dicurah Azriel membuatkan Arissya menggelarkan suaminya, Mr. Superb. Kebahagiaan tidak kekal selamanya apabila timbul fitnah yang mengundang berantakan perkahwinan mereka. Kerana sikap Arissya yang terlalu berahsia tentang masa silamnya membuatkan kepercayaan Azriel mulai rapuh.Apakah rahsia yang cuba disimpan erat oleh Arissya? Sejauh manakah kehadiran orang-orang ketiga berjaya meruntuhkan mahligai yang dibina atas dasar cinta yang suci? Berjayakah Arissya meyakinkan kembali kepercayaan suaminya? Mampukah Azriel dan Arissya menemui kebahagiaan rumah tangga mereka?…

Pilihan Takdir - Alsya Khairin

Pilihan Takdir - Alsya Khairin

958 8 10

TAJUK : PILIHAN TAKDIRPENULIS : ALSYA KHAIRINISBN : 978-967-0907-23-9"Kau ingat ni perempuan. Sekali kau cari pasal dengan aku, seumur hidup aku takkan lepaskan kau!"Disebabkan keberaniannya menentang si pembuli nombor satu kolej mereka, kehidupan Azeeza terganggu. Pelbagai ancaman dan ugutan dia terima, namun itu tidak mematahkan semangatnya. Bagi Azeeza, lelaki pengecut itu hanya tahu menindas orang lain tanpa hati dan perasaan. Dia sedikit pun tidak takut mahupun gentar.Namun tidak bagi Qaiser Hafiy, egonya dicabar oleh seorang perempuan yang entah dari mana datangnya. Tumbukan pertama yang hinggap di pipinya takkan dia lupakan sampai bila-bila. Keberanian dan ketenangan si gadis mencabar kelakiannya serta menyemarakkan lagi rasa dendam dalam diri Qaiser. Belum pernah dia diperkotak-katikkan sebegini rupa. Qaiser bengang. Pelbagai cara dilakukan untuk menyeksa Azeeza tetapi semuanya gagal."Kau dengar sini baik-baik, pergilah kalau kau nak pergi tapi jangan ingat kau boleh lepas daripada aku. Kau tahu apa masalah aku? Aku ni seorang pendendam. Sekali aku berdendam, seumur hidup kau takkan tenteram!"- Qaiser Hafiy.Disebabkan kesalahan orang lain, kebencian Azeeza kepada Qaiser semakin bertambah, lalu dia mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa memberi ruang kepada lelaki itu untuk menjelaskan letak duduk perkara yang sebenar. Azeeza berharap dengan melarikan diri, tidak akan wujud lagi pertemuan dengan lelaki yang banyak menciptakan luka dalam hatinya.Tetapi takdir berkehendak lain, Qaiser hadir kembali demi memburu sebuah kemaafan. Kini, dia terpaksa menerima apabila takdir meletakkan dia di bawah satu bumbung dengan lelaki yang telah memusnahkan masa depannya. Siapa Qaiser dalam hidup Azeeza yang sebenarnya? Adakah kemaafan akan Qaiser perolehi? Apa kaitan Puan Qarina dan Tuan Abbas dalam kehidupan mereka? Terlalu banyak persoalan, hanya takdir yang mampu menjawab segalanya.…

AWEKKU KEMBAR

AWEKKU KEMBAR

3,592 58 10

PERCERAIAN di antara Zikri dengan Sofea menyaksikan anak mereka iaitu pasangan kembar seiras, Annessa dan Adeela hidup terpisah. Annessa mengikut papa mereka, Zikri. Sementara Adeela tinggal dengan Sofea. Perpisahan ini memberikan tekanan kepada pasangan kembar tersebut. Kemunculan Tengku Amirul yang juga merupakan bekas kekasih Sofea tidak disenangi Adeela. Dia merasakan lelaki bujang terlajak itu menyimpan niat kurang baik terhadap dirinya. Pada suatu malam setelah bertengkar dengan mamanya, Adeela keluar dengan rasa marah dari rumah. Tanpa disedarinya sebuah kereta mengekorinya dari belakang lalu menggesel tubuhnya hingga jatuh ke tepi parit. Dia telah diculik dan dilarikan Tengku Amirul ke ladangnya yang terletak di sebuah lokasi terpencil. Adeela hilang tanpa dapat dikesan selama beberapa bulan. Kakak kembarnya, Annessa, telah melanjutkan pengajian ke UiTM, Shah Alam. Di sana, dia telah bertemu dengan Tengku Najib yang meminatinya. Kebetulan pula, Tengku Najib adalah anak saudara pada Tengku Amirul.Pelawaan Tengku Najib untuk melawat Tengku Amirul di ladangnya tidak ditolak oleh Annessa. Di sana, pelbagai petunjuk dan perkara ganjil telah dialami oleh Annessa. Dia dapat merasakan bahawa adik kembarnya pernah berada di banglo itu. Tanpa diketahui oleh Annessa, adik kembarnya telah berjaya melarikan diri dari situ dengan pertolongan pembantu rumah Tengku Amirul, Mak Tijah. Pun begitu, Adeela telah hilang ingatan sementara akibat kepalanya terhantuk di banir pokok sewaktu sedang melarikan dirinya.Tengku Amirul yang terkejut melihat persamaan wajah di antara Annessa dan Adeela mula merancang niat jahat. Dia menyuruh orang suruhannya menangkap Annessa. BAGAIMANAKAH KISAH SETERUSNYA?…

LELAKI GENGSTER UNTUK DIA

LELAKI GENGSTER UNTUK DIA

171 1 10

LELAKI GENGSTER UNTUK DIA BLURB"Cari saya? Buat apa cari saya?" - Rozana"Buat apa lagi, nak lepaskan rindulah. Saya rindukan awak tau." - ReezaEntah dari mana datangnya lelaki itu, Rozana tak tahu. Dia hanya tahu, sejak mereka bersua, lelaki itu tak pernah jemu menggoda. Tak cukup dengan bicara indah, pelbagai pemberian turut dihulurkan. Rozana tertawan? Memang taklah walau lelaki itu tak ada kurang rupa parasnya. Sebab pada Rozana, lelaki itu gengster jalanan orangnya!Bagi Reeza pula, Rozana sudah lama mencuri hatinya. Gadis itu kekampungan? Tak gemar bersosial? Kurang dalam penampilan? Pedulilah! Asalkan Rozana ada segala yang ada dia mahukan, yang lain-lain tu dia tak nak ambil kisah. Perempuan ni awek aku. Kau jangan harap kau boleh dapat dia." - JalilKau jangan cuba-cuba rapat dengan Reeza sebab dia tu boyfriend aku. Kami bakal berkahwin tak lama lagi. - SofeaKasih baru nak berputik, ada pula yang datang mencelah. Tak cukup Jalil, rakan sepermainan Rozana sedari kecil. Sofea yang konon-kononnya ada hati pada Reeza ikut serta menambah rencah. Makanya, haru-birulah hidup Reeza memikirkan gadis pujaan mula menjauhkan diri. Memujuk sudah, merayu pun pernah. Reeza akhirnya bertekad. Rozana harus disunting biar dengan apa cara sekalipun. Sayangnya, tekad itu layu sekejap sebaik mendengar segala syarat yang diberikan. Manakala Rozana, tegakah dia melihat lelaki itu berputih mata dalam usaha mencari kebahagiaan buat mereka berdua?…

Dia... Mr. Perfect Aku! - Azieana

Dia... Mr. Perfect Aku! - Azieana

1,620 26 10

TAJUK : DIA... MR. PERFECT AKU!PENULIS :AZIEANANO ISBN : 978-967-0907-10-9DIYA... Mr. Perfect baginya ialah lelaki yang mampu memberi impak besar kepadanya. Tidak semestinya sempurna, kacak, kaya dan bergaya tapi mampu buat hatinya berdebar-debar walaupun dengan hanya pertemuan pertama."Abang tak nak desak Diya untuk buat keputusan sekarang. Ambillah seberapa lama masa yang Diya perlukan. Abang akan sabar menunggu kerana sayang dan cinta abang pada Diya tulus dan tak ada tarikh luput..." - AniqANIQ... Dia telah lama memendam rasa. Menaruh harapan agar Diya menjadi miliknya. Baginya Diya membuatkan dia kenal rasa rindu, sayang dan cinta. Dia sentiasa ada saat Diya perlukan seseorang di sisi dan dia juga tidak pernah putus asa menawan hati gadis itu walaupun dia tahu hakikat sebenarnya.Jodoh itu ketentuan Tuhan.SHAH... Dia dikatakan berhati beku dan kayu. Sedangkan Hanim, tunangnya pun tidak dia layani. Siapa sangka suatu ketika dulu, saat dia hilang ingatan, dia telah menawarkan diri memperisteri Diya tanpa pengetahuan keluarganya. Diya ditinggalkan tanpa khabar berita kerana saat ingatannya pulih dia tidak ingat apa-apa. Hanya bayangan dua manusia muncul sebagai petanda."Kita berdua sebenarnya dah kahwin dan Encik Shah suami saya, suami yang sah." - Diya"Kalau you boleh bawa bukti yang kukuh, I akan terima you... no matter what. I akui, I sukakan you... tapi tu bukan bermakna yang I dah jatuh cinta dengan you sekarang." - Shah"Saya tahu Encik Shah sukar nak jatuh cinta, tapi saya akan buat Encik Shah jatuh cinta dengan saya." -DiyaMampukah Diya meraih cinta Shah? Mampukah dia mengharungi pelbagai dugaan yang melanda untuk memiliki suaminya semula atau akur dengan ketentuan sama ada Shah bukan Mr. Perfectnya?…

ー it had to be you 「 sakusa x atsumu 」 ! completed !

ー it had to be you 「 sakusa x atsumu 」 ! completed !

29,457 805 22

「 さくあつ 。」 ❝ right on my kitchen floor. kissing. 。❞ 「 sakuatsu, leaving au,/fanfiction (don't skip chapters bub, plus it pure cringe 」 「!FINISHED!」highest rankings:#8 in Myheart#505 in top#296 in bottom#151 in haikyuuships#329 in sakuatsu#506 in sakusa#477 in miya#259 in kiyoomi…

AKU ADA BILA PERLU

AKU ADA BILA PERLU

16,671 262 13

​Tajuk: AKU ADA BILA PERLUPenulis: NIA QURRATUN'AINIHarga: RM25 / RM28ISBN: 978-967-2116-69-1​​Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Tiba-tiba hati Qhayrul sudah kena curi. Tanpa diduga, Yusra Dahliyaa telah menyelamatkan nyawa Qhayrul saat pertama kali mereka bertemu. Jantung Qhayrul terus berdegup laju. Ada perasaan luar biasa datang bertamu.Idrus Wira. Pemergian pemilik Restoran Warisan Wira itu meninggalkan pelbagai tanda tanya. Isyraf Wira dan Irdina Wira menyangka hanya mereka berdua waris Idrus Wira. Akan tetapi, sewaktu pembacaan wasiat berlangsung, nama Qhayrul dan Yusra Dahliyaa turut tersenarai sebagai penerima harta."Saya tahu siapa saya. Ciri-ciri yang ada pada saya memang tak layak untuk awak. Tapi, saya dah nekad untuk berkahwin dengan Cik Yusra. Bukan sekadar untuk penuhi permintaan arwah, saya dapat rasakan kehadiran Cik Yusra sedang mengubah kehidupan saya."Hati Yusra Dahliyaa sudah tertutup untuk insan bernama lelaki. Namun, permintaan terakhir Idrus Wira menyebabkan takdir hidupnya berubah."Mana ada saya pandang awak.""Ke... awak nak cium saya?""Mana ada. Kenapa cakap macam tu pula?""Kalau saya yang pandang Cik Dahliyaa, saya yang terasa nak cium Cik Dahliyaa sekarang ni."Perlahan-lahan, kesedihan yang Yusra Dahliyaa pendam selama enam tahun terpadam. Dan, selama enam tahun juga, ada rahsia yang belum terbongkar.​POS PERCUMA🍀Untuk melangganhttp://www.wasap.my/+60132588069http://www.wasap.my/+60132588069http://www.wasap.my/+60132588069​​Diskaun 25% untuk pembelian secara walk in hanya di Kedai Buku DearNovels 💗…

Beck - Josef och Alex

Beck - Josef och Alex

8,487 423 58

Svensk krimserie, Beck🙌🏼Josef och Alex sidofall och potentiella utredningar)❤️‍🩹Jolextextes har jag fått idén med att skriva detta här på Wattpad. Men historierna har jag själv kommit på och skriver ner den😉🙌🏼…

Kahwin Paksa Ke ? - Yumi Hyra

Kahwin Paksa Ke ? - Yumi Hyra

8,689 149 11

TAJUK: KAHWIN PAKSA KE ?PENULIS: YUMI HYRAISBN NO: 978-967-2185-06-2HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:Kahwin Paksa + Gaduh manja + Momen manis bergula = Happily Ever AfterItu formula kahwin paksa luar biasa Dian Eryna. Baru sahaja dia berangan-angan denganjalan cerita kahwin paksa versinya, watak hero kahwin paksa pilihan abahnya pula menolak.Maka terus tamatlah jalan cerita kahwin paksa versi Dian!Beberapa tahun kemudian, calon kahwin paksa tak jadi Dian tiba-tiba muncul di hadapanmata. Bermula dari saat itu, hidupnya mula huru-hara. Semuanya gara-gara si apek poyoa.k.a. Ariq Huzair Cheah. Mula-mula Dian rasa macam terseksa tetapi lama-lama jadi sukapula. Dia sebenarnya suka menyakat Ariq. Ada sahaja idea nakalnya."Nak pergi mana?" - Ariq"Pergi ke hati awak." - DianBagi Ariq Huzair, siapa sangka calon kahwin paksa yang pernah ditolaknya itu sebenarnyamenghiburkan hati. Dian itu comel dan kelakar. Tapi... kalau sudah berjodoh memangtakkan ke mana. Kisah Ariq dan Dian yang tiba-tiba tular di media sosial menyebabkanmereka bersatu juga akhirnya."Saya kena bagi early disclaimer dekat awak sebab bila awak berkahwin dengan saya, sayaakan paksa awak sampai awak jatuh cinta ..." - DianJalan cerita kahwin paksa versi Dian yang kononnya sudah tamat bermula semula. Dia mulamerancang untuk menawan hati si apek poyo sampai jatuh cinta. Namun, tanpa sedar adahati yang terluka dan cemburu. Baru sahaja mereka mahu merasai 'happily ever after',datang pula pelbagai dugaan dan cabaran."Awak sebenarnya kesian dekat saya kan? Sebab saya ni yang macam terhegeh-hegehsangat dekat awak sedangkan awak sebenarnya tak ada perasaan pun dekat saya." - Dian"Kenapalah you selalu lupa yang I memang sayangkan you, cintakan you?" - AriqMasihkah ada peluang untuk Dian menjadikan kahwin paksanya dengan Ariq sebagai kahwinpaksa yang luar biasa? Atau formula yang sebenarnya ialah Ariq + Dian = Memang KahwinPaksa…

Kau Yang Kunanti - Ida Farisya

Kau Yang Kunanti - Ida Farisya

868 2 10

Product DescriptionTAJUK: KAU YANG KUNANTIPENULIS: IDA FARISHAISBN N0: 978-967-0907-32-1HARGA : RM 31.00(SM) / RM 34.00(SS)BLURB:"Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana.Mira ni cuma pengubat kesunyian abang aje. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!" - AmirahHati yang terluka sukar untuk dipujuk hanya dengan kata-kata indah.Bagi Amirah kepercayaan yang diberikan buat suami hilang begitu sahaja tika cinta dan sayangnya diabaikan."Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!" - HakimTidak pernah terniat dalam hati Hakim ingin melepaskan Amirah daripada hidupnya.Dia pernah melakukan kesilapan dan dia akan pastikan semua itu tidak akan berulang lagi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Amirah semula."Jangan ingat aku akan biarkan kau berdua bersama semula. Sampai ke mati aku takkan biarkan. Hakim milik aku seorang!!!Aku akan musnahkan satu-satunya jalan untuk Hakim kembali kepada Amirah! Kau memang silap Amirah kerana cari pasal dengan aku!!!" - SofianaBagi Sofiana, Amirah perampas! Mereka berdua harus dipisahkan selama-lamanya.Lalu, pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan rancangannya itu.Demi membuktikan kata-katanya, Hakim berusaha keras untuk memenangi hati Amirah.Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Hati Amirah terlalu keras untuk dicairkan.Bagi Amirah pula, apa yang dilakukan adalah untuk menjaga hak anaknya sendiri.Biar apa orang kata, dia tidak peduli. Kerana mereka tidak akan faham nasib anak yatim piatu seperti dirinya.Lalu, dalam keterpaksaan, Amirah mempertaruhkan lagi kehidupannya dalam satu perjanjian.Perjanjian yang bakal merubah perasaan masing-masing.Apakah perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amirah dan Hakim?Mampukah Amirah tetap dengan pendiriannya untuk tidak terbuai dengan godaan suami sendiri?…

Kembalikan Merah Cintaku - Tulip Ungu

Kembalikan Merah Cintaku - Tulip Ungu

1,709 30 11

TAJUK: KEMBALIKAN MERAH CINTAKUPENULIS: TULIP UNGUISBN NO: 978-967-2185-08-6HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:Demi lari daripada kerakusan abang kandung sendiri dan marahnya kepada bekaskekasihnya Harraz, Ava membuat keputusan nekad untuk berkahwin dengan Haydar; lelakiyang pada pemerhatian awalnya merupakan lelaki stok baik yang naif."You tahu tak yang you ni jenis yang limited edition. Tak ramai yang macam you. Susah nakambil kesempatan dengan perempuan macam I. Kiranya you ni spesies lelaki baik." - Ava"Baik? Lepas kahwin nanti saya tunjukkan bagaimana 'baik'nya saya." - HaydarTetapi semakin lama mengenali Haydar, Haydar tidaklah sesuci yang dia sangka. Lelakiyang dia sangka baik itu, ada juga 'bahaya'nya."You ni kurang hormon testosteron ke, tiba-tiba saja layan I macam ni. Seingat I, masa kalipertama jumpa, tak adalah perangai you macam ni, gentleman aje." - Ava"Nak test hormon saya?" - HaydarPerkahwinan tanpa paksaan, hari demi hari Ava semakin lemas dalam lautan cinta Haydar.Kedua-duanya saling menyimpan rindu, cinta dan sayang dalam hati masing-masing."Kotor betul otak lelaki ni." - Ava"Awak jadi Anastasia Steele, saya jadi Cristian Grey."Haydar kembali menyemarakkan merahnya cinta Ava namun kasih sayang mereka diujiapabila masa silam Haydar bersama Daisy kembali menghantui. Daisy yang nekad untukmendapatkan kembali Haydar telah merencana rancangan untuk memastikan Haydarkembali kepadanya."Andy nak jumpa papa?" - Daisy"Papa? Kan mummy kata papa dah tak ada, dah meninggal." - AndrianDan Ava pula menjadi buruan Khairy, abang kandungnya dan juga Harraz, bekaskekasihnya. Pelbagai cara digunakan Khairy dan Harraz untuk menjatuhkan Haydar,seterusnya mendapatkan Ava."Lepas ni aku boleh fokus nak dapatkan Ava pulak." - Haydar"Apa kata kita share?" - KhairyNamun bisakah cinta Ava dan Haydar berdiri kukuh? Mampukah Haydar menjadi lelaki yangmengembalikan merahnya cinta Ava?…

BONGKAR

BONGKAR

1,288 33 10

​Tajuk: BONGKARPenulis: EMA DEESYIAQISHarga: RM24 / RM27ISBN: 978-967-2116-67-7Misi Haqq adalah membawa Nuh kembali ke Golden Group atas arahan ayahnya, Tuan Megat Alam Shah."Dia sendiri yang tinggalkan GG. Mustahil dia akan ikut cakap daddy." - HaqqMencari Peguam Malik adalah misi Nuh dalam mencari adik perempuannya."Nuh... he was chasing this girl!" - AzrelPencarian mereka akhirnya membawa pertemuan dengan seorang gadis yang bernama Hazel. Kehidupan gadis yang bernama Hazel mengundang pelbagai persoalan."Siapa awak sebenarnya, Hazel?"Semakin mengenali Hazel, baik Nuh, Haqq dan Azrel, masing-masing cuba melindungi gadis itu. Sehinggalah mereka menyedari ada sesuatu yang pelik tentang Hazel."Ada sesuatu yang perlu kita bincang tentang Hazel."​POS PERCUMA.🍀Untuk melangganhttp://www.wasap.my/+60132588069http://www.wasap.my/+60132588069http://www.wasap.my/+60132588069…

Jiwangnya, Mat Rock - Akira Dorayaki

Jiwangnya, Mat Rock - Akira Dorayaki

187 1 11

TAJUK: JIWANGNYA, MAT ROCK!PENULIS: AKIRA DORAYAKIISBN N0: 978-967-0907-47-5BLURB:Rambut berketaq bagai penyanyi rock zaman 80-an memang gaya lelaki sejati buat Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock. Bertemu pula 'Ummi Si Mulut Celopar', lagilah bertambah haru dibuatnya!"Awak, tolong ikatkan sikit rambut awak tu bagi kemas, boleh tak? Jangan biarkan dia melambai-lambai macam rumpai air. Nanti nak potong rumput susah." - Ummi Nadzirah."Apa kaitan potong rumput dengan rambut saya pulak? Apa Cik Ummi fikir yang rambut saya ni boleh tersangkut dalam mesin rumput ke? Hei, tak terjejaslah mesin rumput Cik Ummi ni!" - Uwais Qarni.Bukanlah Uwais Qarni namanya jika mudah berputus asa. Walaupun ditolak seribu kali dan terpaksa menyamar sebagai tukang kebun di Taska Harapan Ummi, dia sanggup. Tetap berusaha memenangi hati gadis yang pernah menjadi teman kecilnya dahulu. Alamatnya, bunga ros merah jugalah yang menjadi mangsa."Cis, saya pantang betul bila dapat bunga! Inilah teknik mengurat yang paling klise dan yang paling saya menyampah sekali. Sikit-sikit bagi bunga. Sikit-sikit bagi bunga! Bukannya boleh makan pun." - Ummi Nadzirah."Ummi... Ummi... suatu hari nanti kau akan jadi isteri aku jugak." - Uwais Qarni.Namun, semua itu bukanlah masalah besar bagi mereka. Ternyata, menjadi 'Encik Ketua Keluarga' dan 'Puan Penasihat Keluarga' lebih sukar. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi sehingga tiba satu tahap, Ummi diuji dengan dugaan hidup yang mencabar diri.Bagi Ummi, ini semua kesilapan Uwais. Si Mat Rock itu yang bersalah! Mampukah Ummi memujuk hati Encik Ketua Keluarga saat semua kebenaran terbongkar? Apakah wujud lagi cinta antara mereka setelah Uwais merajuk jauh membawa hati yang terluka?…

🍂 SeJiWa  (Sekuel Bayangan Gurauan) 🍂

🍂 SeJiWa (Sekuel Bayangan Gurauan) 🍂

2,720 176 24

ANDAI diberi emas dan permata sebagai ganti, senyumanmu juga tetap ku pilih...Andai ku punya mahligai indah nanti, kan ku hadiahkan untukmu pasti...Dalam berjuta kerlipan bintang menyinari, kau bagaikan kejora di tengah-tengahnya kasih...Antara ribuan mata yang ingin menikammu lagi selepas ini, takkan ku biarkan kau tenggelam lagi.....Jangan biarkan bayanganmu terus menjadi gurauan dalam hidupku lagi, aku belum puas temui bahagia denganmu di sisi.....Ku bina sebuah istana bahagia, sebagai lambang kasih berpanjangan kita....Hiasinya dengan sayang, bajainya dengan cinta...Moga ia membenih menjadi taman sejiwa kita.....** Sekuel Novel BAYANGAN GURAUAN (BG) , telah diterbitkan pada Januari 2017 oleh Alaf 21 / Grup Buku Karangkraf. Atas permintaan pembaca, cerita ini disambung dengan tajuk SEJIWA.…

Takrut & Stesen Terakhir - Maria Kajiwa

Takrut & Stesen Terakhir - Maria Kajiwa

257 0 11

TAJUK: TAKRUT & STESEN TERAKHIRPENULIS: MARIA KAJIWAISBN NO: 978-967-2185-11-6HARGA: RM 28.00(SM), RM31.00(SS)Seutas tangkal yang dipanggil Takrut Agung menjadi rebutan dua buah negara. Tangkal yang telah mengubah sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mantera bersama nyawanya sendiri.Masa berlalu, seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang banyak pihak."Lelaki yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana dia pergi?" - Wafiq"Muka macam ayah? Di mana Wafiq nampak?" - HamidApakah kaitan antara Wafiq dan tangkal yang telah berusia ratusan tahun itu? Dapatkah Wafiq memisahkan diri daripada gangguan tersebut?KAPSYEN:Tangkal pemusnah ribuan nyawaTAJUK: STESEN TERAKHIRBLURB:Pada tahun 1942, terdapat sebuah stesen kereta api di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur daripada sejarah dan dimansuhkan daripada peta.Tiga orang anak muda ke kampung itu untuk menjejak stesen kereta api yang terakhir itu, namun secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk kampung juga hilang seorang demi seorang."Air yang turun sudah bercampur darah, Awa. Sudah 50 tahun lalu hal ini tak berlaku." - Pak Ismail.Pak Ismail dan anaknya Imdad cuba menyelesaikan masalah itu dengan bantuan seorang gadis misteri bernama Muhayya. Namun dapatkah mereka menyelamatkan penduduk kampung sebelum terlambat? Apakah rahsia yang tersimpan di stesen kereta api tersebut?KAPSYEN:Mereka tidak pernah pergi…

Gelap

Gelap

40 2 3

Alangkah gembiranya apabila gadis berdarah kacukkan Melayu Malabari itu dapat menyambung ijazah ke luar negara. Walaupun bapanya kurang berpuas hati dengan impian anak sulungnya itu, tetapi dia termakan juga pujukkan anak dan isterinya.Hidupnya berubah 360 darjah apabila mula menjejaki di tanah negara itu dalam pelbagai sudut. Gelap...Aku tiada selumbar niat pun mahu calarkan maruah keluarga aku apabila aku berada disini... "Aku lepaskan kau pergi belajar dekat tempat yang kau nak, tapi kau conteng arang dekat muka aku Nurul..." "We meet again, Daisy~," - Kayder Zuhan.Kenapa lelaki ni yang buat hidup dia jadi gelap? "Kau ingat diri kau je ke yang hadap benda karut ni? Aku pun sama! Tapi kita tetap tak boleh elak perkara ni walaupun 3000 kali kita cuba, faham tak?" - Nurul Ain.Kenapa mimpi yang jadi petunjuk hidup gadis malang ini? Kenapa mimpi yang buatkan jejaka ini menghilang dari hidup gadis ini selama 5 tahun?Atau mimpi yang temukan kita?P/s: maaf story description membosankan😔…

Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf Hamzah

Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf Hamzah

4,488 32 10

TAJUK: DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALUPENULIS: MANAF HAMZAHISBN: 978-967-15574-3-3HARGA: RM35 SM/ RM38SSBLURB:INTAN dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.ASSAD pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji."Disebabkan pernikahan ni tanpa kerelaan aku, aku takkan anggap kau isteri aku. Kau hanya layak jadi orang gaji di rumah aku saja... Paling penting, kau harus ingat, di rumah aku nanti kau mesti panggil aku tuan atau encik. Faham?" - AssadSedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?…

DIMENSION

DIMENSION

1,416 59 36

kisah sebuah dunia dimana terdapat beberapa orang manusia yang terpilih untuk membawa sebuah ginetik istimewa dari 'dunia' lain. Antara yang terpilih adalah dalam kategori manusia dan makhluk lain. Dunia tersebut mempunyai pelbagai dimensi tetapi ginetik ini tidak dapat dikenal pasti asal usulnya.…