𝓕π“ͺπ“±π“²π“Άπ“œπ“ͺ𝓲𝓻π“ͺ 20

Background color
Font
Font size
Line height

𝒾𝓂 π‘œπ’·π“ˆπ‘’π“ˆπ“ˆπ‘’π’Ή π“Œπ’Ύπ“‰π’½ π“Žπ‘œπ“Š, π’»π“π‘œπ“Œπ‘’π“‡ β™‘

Luth keluar dari pejabat. Dia menuju ke kereta miliknya. Dia masuk ke dalam perut keretanya. Enjin kereta di start. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Telefon dibuka dan menekan ikon whatsaap. Sembang Reanna ditekan.

Tangannya mula menari di atas skrin telefonnya.

Melati Sayang β™‘

" Sayang, jom lunch sama-sama. " - Luth Xavier

" Okey. Mari la ambik . Saya tunggu dekat taman universiti eh. " - Reanna Melati

" Okey. Aku nak drive ni. Bye sayang. " - Luth Xavier

" Hati-hati bawak kereta. Bye awak. " - Reanna Melati

Telefon dimatikan dan diletaknya telefon itu di seat sebelahnya. Tangan mendarat ke stereng kereta. Kereta meluncur keluar dari kawasan pejabat dan bergerak ke jalan raya.

Luth berjalan ke arah taman universiti. Dia melihat satu tubuh yang sedang duduk sambil bermain telefon di tangan. Idea jahat muncul dari kepala Luth. Dia nak mengejutkan Reanna yang sedang ralit melihat telefonnya.

Lelaki itu mendekati di belakang Reanna.

" Sayang! " Luth memanggil Reanna mengejut. Terkejut punya pasal, telefon di tangan terlepas dari tangannya. Luth yang melihat telefon Reanna ingin jatuh, dia sambut dengan tangannya cepat-cepat.

" Luth Xavier. " tempik Reanna kuat. Matanya dicerlung tajam kepada kekasihnya. Raut wajah ketat.

" Ketatnya muka sayang aku ni. " kata Luth bergurau. Rambut Reanna yang terjuntai jatuh, Luth menyelit rambut itu di belakang telinga Reanna.

" Terkejut tahu tak? " kata Reanna memandang lama ke arah Luth. Kalau dah pandang lama-lama ni memang seram. Kena mintak maaf cepat-cepat.

" Sorry sayang. Jom lunch. " ajak Luth menarik tangan Reanna perlahan.

" Tiada maaf bagimu. " Reanna menjeling tajam ke arah Luth. Dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah kereta milik Luth.

" E.. Eh, jangan la macam tu sayang. Aku gurau je tadi. " kata Luth mengejar Reanna.

Reanna perasan Luth mengejarnya dari belakang. Nak tengok sejauh mane Luth pujuk dia. Mengada je lebih Reanna ni. Bukan merajuk sangat.

β˜œβ˜†β˜ž

Maira keluar dari bilik dan menuju ke arah Puan Linda di ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Linda.

" Ibu, mana suami Mai? " tanya Maira mencari-cari suaminya seluruh rumah. Dia memandang semula ke arah Puan Linda.

" Kasyaf pergi pekan dengan abah. " tutur Puan Linda, matanya memandang TV di hadapannya. MairaΒ  mengangguk faham. Dia bertanya lagi.

" Ibu, tempat ape lagi best dekat Melaka ni?Β  Mai nak ajak hubby pergi. " tanya Maira lembut seraya lengan Puan Linda dipeluk. Kepala dilentok lembut di bahu Puan Linda. Nak bermanja puas-puas sebelum balik esok.

" Mai pergi mane dah kat Melaka ni? " soal Puan Linda lembut sambil memandang ke arah menantunya.

" Erm,Mai dah pergi Sungai Melaka, Freeport A Famosa dengan Menara Taming Sari. " jawab Maira jelas.

" Hm. " Puan Linda memikirkan tempat yang best di Melaka.

" Hah, ibu dah ingat. Kamu ajak suami kamu pergi berkelah dekat Pantai klebang. " beritahu Puan Linda. Sekali dengan cadangan dia bagi dekat menantu kesayangan dia ni.

" Haah la. Best jugak picnic dekat pantai. " balas Maira gembira. Dia memikirkan apa yang ingin memasak untuk dibawa ke pantai.

" Ibu, jom teman Mai masak. Boleh la Mai mintak resepi dengan ibu lagi. " kata Maira melihat Puan Linda gembira.

" Lah, ibu pulak yang kena. " kata Puan Linda ketawa.

" Jom la ibu. Nanti hubby balik pulak. " ajak Maira lembut. Dia memang suka memasak dengan mak mertuanya. Sebab tu boleh jadi menantu kesayangan.

" Iye la Mai. " Puan Linda bangun dari duduknya dan berjalan ke dapur bersama menantunya.

MAIRA melangkah masuk ke dalam bilik. Dia menuju ke arah suaminya di balkoni.

" Hubby! " panggil Maira meleret. Fahim yang mendengar isterinya memanggilnya manja. Dia menoleh ke arah isterinya.

" Hm ape? " tanya Fahim kasar.

Dah biasa dengan Fahim yang bercakap kasar. Dia melangkah semakin dengan tubuh suaminya. Dia memeluk lengan suaminya lalu diayunkan perlahan.

" Hubby, picnic jom. " ajak Maira lembut. Maira mengayunkan tangan suaminya.

" Picnic? " tanya Fahim sambil keningnya dijongket sedikit.

" Yes hubby. Picnic. Mai dah masak lauk yang nak dibawa dekat pantai nanti. " kata Maira lembut.

" Boleh la la hubby. " kata Maira lagi.

" Hm. " balas Fahim malas.

Sampai di pantai, Maira turun dari kereta dengan wajah yang ceria. Fahim pula keluar dari kereta dan menuju ke bonet. Dia mengambil bakul yang berisikan makanan. Dia menjinjing bakul itu berhati-hati. Sebelah tangannya lagi dia memegang tikar.

Maira pergi mencari tempat yang sesuai di bawah pokok ru. Setelah jumpa tempat yang sesuai, dia melambaikan tangan kepada suaminya.

" Hubby sini. " jerit Maira sedikit kuat sambil melambaikan tangannya. Fahim mempercepatkan sedikit langkahnya. Dia menghulur tikar yang dibawanya tadi kepada isterinya.

Maira mengambil tikar dari tangan suaminya serta menghampar di atas tanah. Fahim meletakkan bakul yang dibawa tadi pada tikar yang dihampar tadi.

Maira mengeluarkan satu per satu masakannya serta disusun rapi. Fahim membantu isterinya. Maira menghidang makanan untuk suaminya dan dirinya. Mereka makan bersama.

Setelah selesai makan, Maira mengemas tupperware yang dibawa tadi lalu diletak di dalam bakul. Dia menolak bakul tersebut ke tepi. Dia duduk santai. Fahim membaringkan tubuhnya dan kepalanya beralaskan peha isterinya yang berlapiskan seluar.

" Bagi aku rehat kejap atas peha kau. " beritahu Fahim lembut. Matanya tertutup.

" Okey. " Maira menggosok rambut suaminya perlahan.

" Hubby menyesal tak kawin dengan Mai? " tanya Maira sambil bermain rambut suaminya.

" Dalam kamus hidup aku, takde perkataan menyesal. So jawapan dia aku tak menyesal kawin dengan kau. Boleh tak kau jangan fikir bukan-bukan. " kata Fahim dengan mata tertutup.

Maira diam membisu setelah Fahim berkata begitu.

" Hubby kalau kita ada rezeki nak ada anak, hubby nak girl ke boy? " tanya Maira lembut.

" Aku tak kisah pun girl or boy. Aku harap perangai anak kita nanti tak mengada macam kau la. " jawab Fahim senada. Kelopak mata dibuka perlahan.

" Ish jahat la hubby ni. " Maira memalingkan wajahnya ke arah lain.

" Kau dekatkan sikit muka kau dengan muka aku. " kata Fahim selamba.

" Kenapa?Β  Ada ape-ape ke dekat muka Mai. " tanya Maira pelik. Mukanya dirapatkan sedikit dengan wajah suaminya.

" Dekat lagi. " arah Fahim. Maira mendekatkan lagi mukanya dengan wajah suaminya. Fahim mengangkat sedikit wajahnya. Dia melabuhkan ciuman di bibir isterinya seketika. Serentak itu, Maira mengalihkan wajahnya ke arah lain.

" Hubby! " jerit Maira sedikit terkejut.

" Ape? Tak boleh ke aku nak cium isteri aku sendiri. " kata Fahim menjongket sedikit keningnya.

" Bukan tak boleh. Banyak lagi tempat yang boleh hubby nak cium. Kenapa dekat bibir jugak? " Mukanya mula dihiasi dengan merah-merah pudar.

" Suka hati aku la. Kau tu hak aku. It's up to me nak cium dekat mane pun. " kata Fahim selamba. Dia bangun dari perbaringannya lalu mencubit pipi isterinya.

" Kau blushing? That's beautiful. " balas Fahim lembut.

" Ish hubby ni, suka sangat buat macam ni. " tutur Maira menutup wajahnya dengan telapak tangannya. Malu.

" Miang betul hubby ni. " kata Maira lalu mengalihkan telapak tangannya dari wajahnya.

" Aku miang dengan kau je. Kau je dapat macam ni. Orang lain akan dapat maki hamun dari aku. Kau beruntung sebab dapat aku jadi suami kau. " beritahu Fahim sambil menggosok ubun-ubun kepala isterinya. Maira tersenyum bangga.

Fahim melabuhkan sekali lagi ciuman di bibir isterinya. Dia bangun dari duduknya dan berlari dari situ.

" Hubby, gatal kan hubby ni. Tunggu hubby , kalau dapat dekat Mai. Mai cubit hubby. " jerit Maira lalu mengejar suaminya.

" Kejar la kalau dapat. " ejek Fahim. Dia melajukan lariannya. Lari kalau boleh lari. Sakit kalau kena cubitan ketam isterinya itu.

Happy readingg!!

Next chap kita kasi chance dekat Baihaqi dengan Tasha pulak.


You are reading the story above: TeenFic.Net