𝓕π“ͺπ“±π“²π“Άπ“œπ“ͺ𝓲𝓻π“ͺ 18

Background color
Font
Font size
Line height

𝒾𝓂 π‘œπ’·π“ˆπ‘’π“ˆπ“ˆπ‘’π’Ή π“Œπ’Ύπ“‰π’½ π“Žπ‘œπ“Š, π’»π“π‘œπ“Œπ‘’π“‡ β™‘


Fahim menepuk bahu Maira perlahan. Maira tidak bangun sama sekali. Tidak menunjuk langsung gerak geri nak bangun. Fahim menepuk sekali lagi bahu isterinya lembut. Barulah bangun. Itu pun masih mamai.

" Wake up, flower. " kata Fahim lembut.

" hmmph. " jawab Maira menggosok matanya. Setelah itu, mata dibuka. Kornea matanya menangkap satu wajah yang sangat dia kenali.

" Bangun. Kejap lagi nak keluar. " beritahu Fahim seraya mengangkat tubuh isterinya lembut supaya bangun.

" Nak pergi mane? " tanya Maira hairan. Awal pagi lagi ni.

" Aku dah janji semalam kan dengan kau aku nak belanja kau shopping. Tak ingat ke flower? " balas Fahim lembut.

" oh, janji semalam tu eh. " Maira tersenyum selepas mengingati ape yang suaminya janji padanya semalam.

" Pergi mandi. " Fahim menolak isterinya ke arah bilik air.

" okey love. " jawab Maira tersenyum.

Maira masuk ke dalam bilik air. Fahim menggeleng kepalanya sebelum menuju ke dressing table. Dia membetulkan rambutnya yang sedikit serabai. Dia menyembur minyak wangi di pergelangan tangan dan sedikit di bahagian leher.

Sementara menunggu Maira bersiap, dia melihat telefonnya. Maira keluar dari bilik air dengan bathrobe. Dia menuju ke almari. Pintu almari dibuka lalu kemeja putih dan slack hitam dicapai laju.

Setelah itu, Maira menuju ke arah dressing table. Dia menyikat rambutnya setelah memastikan rambutnya kering. Serentak itu dia mengikat rambutnya.

Maira menyiapkan mukanya sedikit dengan make-up. Make-up nya tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Dia mengenakan lipmate berwarna sedikit terang. Dia mencalit sedikit pada bibirnya. Fahim melihat itu terus ke arah isterinya.

" Terangnya warna lipmate kau pakai. Nak mengorat sape? Pakai yang soft soft je. " kata Fahim lalu mengangkat lipmate kod sunset.

" Pakai yang ni. " Fahim menghulur lipmate yang diangkat tadi ke arah isterinya.

" Haa, mane ada saya nak mengorat sape-sape. " jawab Maira lembut.

" warna tu tak sesuai la dengan saya. " balas Maira lagi.

" kalau tahu tak sesuai, kenapa beli? " tanya Fahim hairan.

" Bukan saya beli. Kak Zara bagi dekat saya. Takkan saya nak tolak pulak pemberian dia. " beritahu Maira lembut sambil melihat wajah Fahim.

" Hm. Pakai je la warna ni. Aku yang pilih. Confirm sesuai dengan kau. " tutur Fahim menghulur lipmate tadi.

" ish, ye la. " Maira mengambil lipmate di tangan suaminya lembut. Dia mencalit sedikit lipmate kod sunset tadi.

" Eh, cantik la. " kata Maira gembira.

" Aku dah cakap. Kalau aku yang pilih mesti cantik punya. Kau taknak percaya. " balas Fahim. Tangannya diletak di atas meja. Sebelah tangan lagi diletak pada kerusi yang Maira duduk.

" Hm. Ye la hubby . " Ringkas Maira menjawab, dia meletak shawl hitam di atas kepalanya. Serta dia melilit. Setelah siap, dia membetulkan awning sedikit. Jarum peniti diletak di atas kepala supaya tudung tidak bergerak.

Maira mengambil perfume Channel di hadapannya. Dia menyembur sedikit di bahagian pergelangan tangan dan dua semburan lagi disembur ke arah bajunya.

β˜œβ˜†β˜ž

Setelah sampai di destinasi, Fahim mengenggam tangan isterinya kemas. Hilang dekat sini tak pasal aku kena cari. Bukan boleh kira Maira ni, perangai macam budak-budak. Kalau dia rasa nak lari, dia lari je.

" Tempat ape ni hubby? " tanya Maira tergamam.

" Freeport A Famosa. " jawab Fahim pendek.

" hubby belanja kan? " soal Maira lembut.

" hm. " jawab Fahim malas. Dah tahu mesti banyak duit melayang ni.

" yeayy, shopping time. " jerit Maira gembira. Fahim laju menutup mulut isterinya dengan telapak tangannya.

Aku dah cakap perangai macam budak-budak.

" Sorry hubby. " ucap Maira ketawa dan mengalihkan telapak tangan milik Fahim.

" hm. Jom masuk. " ajak Fahim menarik isterinya lembut. Duduk lama-lama dekat sini, kan dia menjerit pulak. Nasib sayang. Haishh.

Maira berjalan ke arah rak baju kemeja. Dia mencapai beberapa warna yang sesuai dengan dirinya. Fahim hanya mengikuti langkah isterinya.

" Yang mane cantik? " tanya Maira lembut kepada suaminya.

" Semua cantik. " jawab Fahim ringkas.

" Ambil je semua. " kata Fahim lalu mengambil kemeja itu dari tangan isterinya. Dia memegang kemeja tersebut.

" Eh, nak buat ape banyak-banyak. Mai nak dua helai je. " jawab Maira perlahan.

" Biar je lah. Aku jugak yang bayar kan. " balas Fahim senada.

Maira melangkah ke arah blouse pula. Dia ingin mengambil untuknya, mummy dan mak mertuanya. Dia mengambil blouse saiz Puan Aina. Dia memikirkan ape saiz baju mak mertuanya ye.

" Ape eh saiz ibu? Eh, kejap. Anak dia kan ada. Tanya jela anak dia. " batin Maira seorang diri.

" Hubby, saiz ibu ape? Mai nak beli baju untuk ibu jugak. " tanya Maira tersengih.

" Saiz L. " jawab Fahim seoktaf.

" oh, okey. " Maira mengambil untuk Puan Linda dua helai, untuk mummy dua helai. Dia mengambil dua helai juga untuk dirinya.

Fahim mengambil baju di tangan isterinya. Maira berjalan ke arah cardigan.

" Cantiknya cardigan ni. Hubby, Mai nak cardigan ni boleh? " soal Maira lembut.

" Boleh. Untuk kau ape je yang tak boleh. " jawab Fahim lembut seraya mencubit pipi isterinya perlahan.

" Aww, sweetnya hubby ni. " jawab Maira. Dia memilih dua helai cardigan berlainan corak.

" Jom bayar. " ajak Maira.

" Hm. Jom. " Fahim membawa baju-baju tadi ke kaunter bayaran. Maira menunggu Fahim membayar barang-barang dibeli tadi.

Setelah selesai membayar, dia melangkah ke arah isterinya dengan membawa beberapa beg pakaian dari kedai tersebut.

" Jom. Nak pergi mane pulak? " tanya Fahim.

" Jom pergi kedai sebelah pulak. " kata Maira lembut.

" Nak buat ape kat kedai sebelah. Kedai sebelah baju lelaki la. " tanya Fahim pelik.

" Nak beli untuk hubby la. " jawab Maira menarik tangan suaminya kuat.

Setelah siap membeli beberapa helai tshirt untuk Fahim, Maira mengajak suaminya pergi ke Dior pula. Katanya nak beli sauvenir untuk kawan-kawan.

' Nasiblah kau Fahim. '

Maira membeli beberapa botol perfumes pelbagai variasi. Harga setiap satu mencecah RM 500. Sebelum balik, mereka singgah ke Menara Taming Sari untuk melihat keindahan alam dari atas.

" Hubby, it's beautiful. " kata Maira menjengukkan kepala ke arah cermin.

" Duduk diam. " kata Fahim sedikit keras. Maira mengabaikan suaminya. Dia menjengukkan kepalanya lagi.

" Duduk diam, flower. " suruh Fahim lembut.

" Okey hubby. " balas Maira tersenyum gembira. Dia menurut permintaan suaminya. Gatal eh kau. Nak kena panggil ' flower ' dulu baru nak dengar.

" Happy tak jalan-jalan harini? " soal Fahim mencuit hujung hidung isterinya.

" Ofc happy. Thank you hubby layan karenah Mai harini. Mesti banyak habis duit harini kan. " kata Maira sengih.

" Tak banyak pun. " jawab Fahim sinis. Maira yang faham dengan sindiran suaminya hanya tersenyum. Tak banyak la sangat. Harini sahaja duit melayan mencecah RM 5000 ringgit. Nasib kau bini aku.

Setelah itu, Mereka pulang ke rumah Puan Linda dan Encik Qay semula.

Happy readingg!!Β 


You are reading the story above: TeenFic.Net