nkishh
Masih Perlu

Masih Perlu

4,030 179 24

Cinta yang disulam 3 tahun akhirnya berakhir dengan perkahwinan . Seperti pasangan yang lain , Airis dan Faiq kelihatan bahagia menyulami perkahwinan mereka tanpa hadirnya orang ketiga mahupun keempat . Pertengkaran dan pergaduhan merupakan rencah asam garam dalam setiap perkahwinan . Makin kerap Airis keluar menjalankan tugas , makin kerap masalah yang melanda rumah tangga mereka .Satu demi satu kejadian berlaku dan membuka mata kepala Airis sendiri . Hendak percaya pada mulut orang lain ? Maaf , Airis takkan percaya langsung kecuali dari mulut Faiq sendiri . Bermula kejadian di saat Faiq dikhabarkan hilang tanpa berita malah masih belum dapat dijejak . Ramai yang mengatakan Faiq telah mati tapi bukan pada Airis . Airis memulakan pekerjaannya di awan biru hingga kejadian yang tak diingini berlaku . Kejadian Airis tertumpahkan air ke atas baju Izz berulang kembali tanpa dipinta . Tapi kali ini , Izz nekad untuk mendekati gadis itu walau apa cara sekali pun . Bagaimana Izz lupa akan seraut wajah itu ? Selepas kejadian itu , Izz dan Airis kerap kali bertemu walaupun Airis sudah memberi amaran agar menjauhkan diri daripadanya . Namun , amaran itu langsung tidak diendahkan oleh Izz , Airis tidak selesa atas setiap renungan , percakapan dan layanan yang diberikan oleh Izz . Airis dapat merasakan dengan naluri hatinya . Tapi , Airis tidak lupa akan perasaan cintanya pada Faiq yang masih mekar di jiwanya . Setiap kali lelaki datang mendekat , pasti ditolaknya termasuklah Izz . Walau bagaimanapun , Izz tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan cintanya . Kata putus diberi , Airis tekad untuk melupakan segala-galanya dan mencari ketenangan hingga kejadian yang dilupakan datang semula menerjah di depan mata . So what's is going on ? Nak tahu apa akan jadi ? Add my story to your reading list and your library . Enjoy it💕…