NovelisRafina
MR. DRONE

MR. DRONE

48 0 1

Ebook…

MR GAMER II

MR GAMER II

25 2 1

sambungan mr gamer…

Mr. Gamer

Mr. Gamer

983 18 1

cerita ni takkan habis kat wattpad.…

Diari Seorang Duda
Umi Dan Aldrich

Umi Dan Aldrich

293 4 1

Bakal terbit. Takkan tamat di Wattpad.SINOPSISDua bangsa, agama dan budaya yang berbeza tidak menjarakkan hubungan di antara Umi Nadia dan Aldrich Lee. Tinggal sekampung, bersekolah dan membesar bersama, menjadikan mereka saling membantu dan melindungi.Saat Aldrich dan bapanya berpindah ke kota, Umi dapat merasai satu kehilangan yang besar. Terpisah oleh masa dan keadaan selama 12 tahun, pertemuan mereka kembali mengejutkan Umi di mana Aldrich tidak lagi seperti dahulu.Lelaki itu berubah 360 darjah berpusing ke arah barat daya. Walaupun berpakaian kemas, tetapi dengan telinga bertindik dan rambut yang diwarnakan keperangan, buat Umi tidak selesa dan ingin menjauhkan diri. Sudahlah begitu, sikap miang-miang rebung si Aldrich dan perangai tak semenggah lelaki itu buat Umi jadi risau dan takut.Cinta yang terpendam lama dalam hati Aldrich, membuatkan dia tidak lelah mengejar sang sahabat yang tidak lagi dianggapnya sahabat. Itulah gadis yang dicari-carinya selama tempoh perpisahan mereka. Namun, si gadis menidakkan perasaan istimewanya itu. Apa lagi yang dia boleh lakukan untuk menawan hati seorang Umi Nadia? Mengurat sampai berjaya? Ya, itulah misinya sehingga pantun pun sanggup direka.~Aldrich Lee~Pergi ke butik membeli baju,cubalah pilih warna biru,jika kau bilang i love you,aku bilang i love you too."Awak ni kan, kalau bab-bab meluahkan perasaan, tak pelat langsung. Macam Nordin Ahmad bercakap. Tapi kalau dah datang cemburu, BM awak habis terabur.""Siapa Nordin Ahmad? Awak punya kawan baru? Boyfriend baru? Cakap. Saya nak pergi jumpa dia. Nak kasi warning. Jangan dia ganggu Umi Nadia saya.""Nordin Ahmad pun awak tak kenal? Kata orang Malaysia.""Siapa? Ahli perniagaan terkenal? Peguam? Dia lebih hebat dan lebih kaya dari saya?"Ketika Aldrich dibawa pulang ke kampung untuk bertemu dengan bapa Umi, Aldrich menghilangkan diri dalam tempoh yang agak panjang. Namun, dia muncul kembali dengan penampilan baru yang buat Umi terkejut.…

Sayang Cikgu Ketat-ketat

Sayang Cikgu Ketat-ketat

51,258 11 1

Dilarang menyalin cerita ini walau dengan apa cara sekalipun kerana ia telah didaftarkan di bawah PERBADANAN HARTA INTELEK NEGARA dan layak dikenakan hukuman undang-undang sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atasnya.Cerita ini tidak akan disiarkan sehingga tamat. Letak di sini hanya tujuan promosi saja. Bukunya ada. Kalau nak, boleh beli. Dalam e-sentral pun ada.…

TEMAN LELAKIKU BATANG PENYAPU
Dia Yang Bergelar Suami

Dia Yang Bergelar Suami

6,456 14 2

Ini kisah panjang seorang lelaki bergelar suami yang memiliki semuanya. Dia ada isteri dan seorang anak perempuan serta memiliki kedudukan yang baik dari segi kewangan. Namun, kasih sayang dan cintanya berbahagi dua. IDZMIR ~ "Kalau betul Za cintakan abang, tentu Za sanggup bersabar dengan keadaan kita sekarang. Abang janji akan kahwin dengan Za bila tiba masa sesuai. Cuma, Za bagilah abang sikit masa untuk pujuk Kak Shila. Abang yakin dia dapat terima Za."Kehadiran Aiza mencelarukan hidupnya seketika. Shila nekad meninggalkannya apabila rahsia kecurangannya terbongkar.SHILA ~ "Tolong bagi sikit ruang untuk Shila tenangkan diri. Niat abang nak kahwin dengan perempuan tu, bukan senang Shila boleh terima. Abang kenalah faham perasaan Shila. Kalau abang dah tahu penerimaan Shila macam ni, kenapa abang berani curang dan bodohkan Shila sesuka hati? Kenapa abang tak fikir panjang?"…

My Zaujah, Humairah

My Zaujah, Humairah

1,566 0 1

Hanya 10 bab awal akan diterbitkan di Wattpad. Selebihnya kena tunggu novel.…

Kalau Sungguh Bagai Dikata

Kalau Sungguh Bagai Dikata

2,074 1 2

KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATAJUMLAH MUKA SURAT 522ISBN 978-967-0657-59-2HARGA SEMENANJUNG RM23, AHLI 20HARGA SABAH / SARAWAK RM26, AHLI RM23TERBITAN LOVE NOVEL PUBLICATIONUNTUK PEMBELIAN SECARA ONLINE BOLEH LAYARI LAMAN WEB INI http://www.lovenovel.com.my/index.php/senarai-novel/novel/kalau-sungguh-bagai-dikata-detail BLURB:Dinn Dzakir, seorang lelaki kampung yang tampan dan bekerjaya. Merupakan ketua arkitek di tempat Hanim dan Lia bekerja. Baru sahaja sehari lelaki itu menjadi staf di pejabat mereka, kecoh mulut Hanim dan Lia memperkatakan tentang lelaki itu.Secara diam-diam Dinn Dzakir benar-benar tertarik dengan Hanim. Baginya, gadis itu begitu telus dan jujur. Cantik pun cantik, manis pun ya..."Saya tak nak orang lain. Saya cuma nak Hanim saja yang hantarkan minuman saya." - Dinn Dzakir"Setahu saya dalam syarikat ni, tak ada undang-undang pun yang menyatakan Encik Dzakir harus terima layanan daripada saya sorang." - HanimSatu hari, Dinn Dzakir meluahkan rasa hatinya kepada Hanim. Berbagai perkara dilakukan untuk menambat hati si gadis. Kata-kata usikan dan sikapnya yang suka mengambil berat, membuatkan hati si perawan makin tertambat.Jom kahwin - Dinn DzakirEncik Zakir jangan nak mengarut okey? - HanimKahwin perkara serius. Bukannya mengarut - Dinn DzakirHari ni Encik Zakir demam ek - HanimDemam nak kahwin - Dinn DzakirNamun lumrah dunia. Pasti akan ada hati yang tidak senang dengan kemesraan yang terjalin. Hanim sanggup mengundur diri. Walaupun si jejaka kecewa tetapi dia tidak mudah mengalah. Dari jauh, Hanim sering diperhatikan. Susah dan senang gadis itu, selalu diambil berat. Mampukah si jejaka meraih gadis impian walaupun terpaksa bertindak di luar dugaan? Mampukah si gadis menyambut huluran kasih yang tulus itu dengan rela hati?Kalau sudah bagai dikata, hanya untuk Hanim ungkapan cinta...…

Encik Pengacau!

Encik Pengacau!

6,279 7 3

Judul : Encik Pengacau Penulis : Rafina AbdullahPenerbit : Kaseh Aries SDN BHDHarga : RM30 (SM) RM33 (SS) HAKCIPTA TERPELIHARA. TIDAK DIBENARKAN MANA-MANA BAHAGIAN DARIPADA TERBITAN INI DITERBITKAN SEMULA, DISIMPAN UNTUK PENGELUARAN ATAU DITUKAR DALAM APA-APA BENTUK ATAU DENGAN APA JUA ALAT SEKALIPUN TERMASUK APLIKASI WATTPAD, BEETALK DAN SEUMPAMANYA TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PIHAK KASEH ARIES PUBLICATION SDN BHD. SEKIRANYA ADA MANA-MANA INDIVIDU YANG ENGKAR, ANDA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. Terima kasih. *****Encik Pengacau itu gelaran untuk Razlan, pemuda kaya yang hidup dalam dunia gelapnya sendiri, suka bercakap kasar, dingin dan sukar diramal sikapnya. Yang memberi gelaran itu namanya, Amalina, gadis berimej tomboy yang selamba dan lurus.Sejak kali pertama bertemu, memang jiwa Amalina jadi kacau sungguh! Layanan Razlan yang sekejap okey kemudian tidak okey buat Amalina jadi tidak faham. Makin serabut bila Razlan beria-ia hendak dia jauhkan diri dari Tommy Edward."Boleh tak dalam sehari Encik Razlan tak sakit hati dengan Tom? Apa salah dia dengan Encik Razlan? Saya tak fahamlah." "Aku tak nak kau kawan lagi dengan dia. Dia tu pembawa malang!" Dalam asyik bertengkar, tanpa sedar hadir satu perasaan antara keduanya. Amalina jatuh hati dengan Encik Pengacau. Encik Pengacau pula sudah mula sayangkan Amalina. Tetapi kenapa pula Cik Najwa yang dipilih sebagai bakal isteri?"Kenapa kau cakap aku dah tak sayang?" "Sebab... sebab Encik Razlan nak kahwin dengan Cik Najwa." "Aku dah tak ada pilihan..." Tetapi, kalau hati dah rasa sayang, mana mungkin hendak dihalang-halang. Razlan akhirnya akur dengan kata hati. Namun, baru sahaja bahagia mula hadir dalam hidup mereka, sebuah tragedi meragut semuanya. Razlan pergi menjauh. Jiwa Amalina kembali kacau.Berjayakah Amalina dan Encik Pengacaunya bersatu? Atau Razlan akan kembali semula ke dalam dunia gelap ciptaannya dulu?…

AWAK MASIH TERUNA KE?

AWAK MASIH TERUNA KE?

12 2 1

ALALALLALALALA…

SEMAHAL ITUKAH CINTA ABANG?
CINTA BUDAK JEPUN 2

CINTA BUDAK JEPUN 2

90 2 1

BAKAL TERBIT!…

Saat Cinta Diuji

Saat Cinta Diuji

386 5 1

TIDAK DIBENARKAN MENYALIN CERITA INI TANPA KEBENARAN PENULIS ASAL. SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG 'COPY PASTE', SI PELAKU AKAN DIAMBIL TINDAKAN TEGAS!Saat Cinta Diuji ada dijual dalam bentuk ebook di sini - https://www.e-sentral.com/book/info/269639/saat-cinta-diuji…

DUDA SAHAM TINGGI

DUDA SAHAM TINGGI

12 0 1

BAKAL TERBIT!…

 IMAN KAMAL

IMAN KAMAL

3 0 1

EBOOK COMING SOON…

My Mister Nadhim Amir

My Mister Nadhim Amir

700 34 10

UNTUK PEMBELIAN NOVEL INI, SILA WHATSAPP http://www.wassap.my/60199979030/nadhimLily Qasrina, gadis berusia 27 tahun yang tertutup pintu hatinya berpunca dari kematian tunang tersayang.Ramai jejaka kampung yang mencuba nasib. Namun, satu pun tidak dilayan termasuklah si perokok tegar, Anuar.Muncul Nadhim Amir yang baru tiba dari kota, Lily terpaksa berdepan dengan lelaki itu di atas kerja yang diamanahkan. Geram sungguh hatinya apabila encik bos suka mengarah. Tugasnya pula bagai seorang isteri. Keperluan Nadhim serba-serbi perlu dijaga.Nadhim, seorang lelaki selekeh dengan wajah berjambang, mula berubah penampilan selepas berkenalan dengan Lily. Amboi... ada apa-apa ke?Hubungannya dengan Lily yang disalaherti, membuatkan Nadhim mengambil keputusan menyunting gadis kampung itu.Di awalnya, tidak timbul rasa cinta. Lama-kelamaan, kedua-duanya dah pandai rindu merindu dan saling jaga menjaga.Satu rahsia mula terbongkar dengan kemunculan Jasmin. Siapa Jasmin? Ah, ada saja pengacau!Jasmin adalah bekas tunang Nadhim yang hilang ingatan. Munculnya Jasmin, membuatkan kehidupan Nadhim dan Lily jadi haru biru. Tapi, semuanya kembali normal apabila Jasmin jatuh hati pada abang Lily, Lutfi Hadi si jejaka kampung yang hot dan berkulit tanned. Apa pengakhiran kisah kedua-dua pasangan yang kelam kabut dan sentiasa ribut ini? Jom ikuti kisah mereka!…

MR. PHOTOGRAPHER

MR. PHOTOGRAPHER

21 0 1

E-BOOK COMING SOON…

Cinta Tak Pandang Status