Mell_Mariann
PENANTIAN UNTUK BAHAGIA ( EBOOK)

PENANTIAN UNTUK BAHAGIA ( EBOOK)

369 9 2

Tiha cuma menurut apabila ayahnya menjodohkan dia dengan Laith. Baik bagi ayahnya, baik jugalah baginya.Kata ayah, suami itu jalan untuk dia ke syurga. Dan Tiha mahu ke syurga.Namun, Tiha tidak tahu jalan yang dia lalui bakal berliku dan penuh duri.Dia bukanlah menantu pilihan Mak Puteh."Kamu jangan bagi muka kat isteri kamu tu sangat Laith. Dia nak keluar, dia keluar. Langsung tak mintak izin mak dah sekarang ni. Kulit kerang depan rumah tu pun hancur tinggal debu dek dia lalu lalang dengan skuter yang kamu bagi tu." - Mak PutehLaith pula tersepit di antara isteri dan emak yang melahirkannya. Setiap hari ada saja aduan dari si emak tentang isterinya. Sedangkan bagi Laith, Tiha adalah sebaik-baik isteri."Tiha bertahan sebab mak dah lahirkan lelaki sebaik abang.."- Tiha.Mampukah Laith memegang janjinya pada ayah Tiha, yang Tiha akan bahagia bersama dengannya. Sedangkan mental isterinya itu terus diasak oleh kebencian Mak Puteh?…

Tales Of Hearts

Tales Of Hearts

652 69 4

Jika kita saling menyintai, mengapa kita saling menyakiti?…

MY ADORABLE WIFE ( EBOOK)

MY ADORABLE WIFE ( EBOOK)

1,525 97 7

Puteri Lestari, seorang gadis berbadan chubby yang bersikap introvert, pendiam dan rendah diri. Lantaran sedari kecil dia selalu menjadi anak yang selalu dipersalahkan dan diberi tekanan oleh piawaian ibu bapanya. Biarpun hidupnya dibesarkan dalam kemewahan.Hinggalah dia mendapat peluang untuk keluar dari tekanan sebagai anak kepada Tan Sri Megat Hassan dan juga Puan Sri Anom. Tak kisahlah walaupun kena hidup sebagai isteri kepada lelaki yang tidak dia kenali. Namun, hidup di sisi Budi Bunyamin. Kehidupan Lestari berubah 180°. Dari tinggal di banglo mewah, dia terpaksa tinggal di unit flat murah. Dari tak tahu apa-apa, dia terpaksa belajar semuanya. Begitupun, dia bahagia kerana Budi melayaninya dengan baik dan menerimanya dengan seadanya. Namun, sikap Budi yang mementingkan kerjayanya membuat Lestari rasa terabai. Lagi-lagi Budi terlalu berahsia tentang kerjanya itu. Dapatkah Lestari menyesuaikan diri dengan suasana baru? Berjayakah dia belajar berdikari dengan suami dimana kerjanya tidak menentu masa? Atau Lestari akhirnya berputus asa?…

HATI SETEGUH KARANG ( EBook)

HATI SETEGUH KARANG ( EBook)

50,477 2,435 10

Kehidupan Nadirah yang sedia berat bertambah berat apabila kakaknya melarikan diri setelah melahirkan anak luar nikah. Tidak cukup dengan si bapa yang kaki judi dan si abang yang juga penagih dadah tegar. Nadirah terpaksa menanggung satu lagi tanggungjawab di bahunya. Makin walang, satu kejadian hitam menimpa hidupnya angkara si abang tak guna."Pergi! Jangan tunjuk muka kau lagi depan aku. Anak tak guna! Dah kakak kau buat perangai. Kau pun sama menjalang!" - MakSampai hati mak mempercayai fitnah yang dilemparkan. Nadirah dihalau dari rumah. "Biar aku yang jaga kau dan Nana, Ira." - Adeeb.Disaat dia tersungkur. Adeeb hulurkan tangan untuknya dan juga Nana, anak saudara yang menjadi tanggungjawabnya itu.Mampukah Nadirah mendapat keampunan ibunya semula? Walaupun dia langsung tidak bersalah atas fitnah yang melanda?…

HAK MILIK TERPELIHARA MR ROMANTIS (NOVEL)

HAK MILIK TERPELIHARA MR ROMANTIS (NOVEL)

5,035 432 21

Demi unit kondominium kesayangan yang dihadiahkan nenda untuknya. Tengku Nashatul Aliya terpaksa mencari calon suami angkara ugutan nendanya itu. Si nenek sudah penat melayan tuduhan yang mengatakan cucunya, si pengkid itu mengamalkan gaya hidup songsang. Dan cuma seorang saja lelaki yang Nash yakin dapat membantunya. Ashmal Hazrin, kawan baik kepada abangnya yang juga 'crush' yang pernah merobekkan hati dan menjadikan dia Nash yang sekarang. Ashmal, menerima tanpa banyak bicara usul Nash. Dia juga punya alasan tersendiri apabila setuju menjadi suami gadis pengkid itu. Sikap romantis, protektif dan ambil berat Ashmal melembutkan jiwa keras Nash yang ketandusan kasih sayang. Bagi Ashmal pula isteri tomboynya itu telah mencuri hatinya tanpa sedar. Dia semakin gila bayang. Namun, salah faham dan juga ujian demi ujian menguji rumahtangga mereka yang baru memekar bahagia. "You hak milik terpelihara, Nasha. Remember that!" - ASHMAL"If you love me, then let me go.." - NASH Berjayakah mereka mempertahankan perkahwinan dan cinta mereka setelah diasak dengan ujian?…

PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (NOVEL)

PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (NOVEL)

13,866 600 25

🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR 🧡Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di kediaman suami isteri itu. Namun takdir juga kadang-kala terlihat begitu kejam. Di saat Huda tenang bekerja dengan majikannya itu, Marini rupanya sedang bertarung hidup dan mati. "Akak minta tolong Huda, boleh?" PUAN SRI MARINIAtas nama budi. Huda terima amanat terakhir Marini. "Jangan pernah awak berharap saya akan layan awak seperti saya layan Marini. Jelas?" TAN SRI IZHAR Jelas. Huda tidak pernah berharap, apatah lagi berimpian. Sedang Huda berusaha menunaikan amanat Marini, Izhar pula masih dibelenggu rindu pada yang telah pergi. "Saya hairanlah dengan tan sri ni. tan sri tak kasihan ke pada anak-anak? Mereka perlukan kasih sayang tan sri. Tapi, tan sri asyik dalam dunia tan sri sendiri. Apa yang tan sri buat ini tak elok untuk tumbesaran anak-anak." HUDAHingga satu masa, Hati Izhar kembali berdetak dengan rasa istimewa untuk wanita yang selama ini setia disisinya."Boleh kita mula kisah baru? Huda, abang dan anak-anak." IZHAR Andailah semuanya semudah itu..."Kamu tahu asal usul dia? Kisah silam dia?" DATIN SYUHADA Hati Izhar mula curiga apabila seorang demi seorang dari kisah silam Huda muncul mengganggu mereka. "Huda tak ada sesiapa. Huda cuma ada abang dan anak-anak saja...- HUDAApakah Huda akhirnya akan menggapai bahagia? Apakah benar cinta Izhar telus buatnya atau dia sekadar pelepas sepi cuma?…

MEMORI KARTINI (EBOOK)

MEMORI KARTINI (EBOOK)

3,309 346 12

Dia tidak meminta untuk lahir ke dunia yang kejam ini. Dari kecil Kartini terpaksa menghadapi kebencian emak sendiri dan kehinaan dari orang sekelilingnya ekoran rupanya yang tidak sempurna. Tanda lahir dipipinya selalu dijadikan bahan ejeken. Keprihatinan Aydin meletak Kartini dengan satu harapan untuk bahagia. Tapi sayang harapannya musnah dan Kartini tenggelam dalam rasa kecewa. "Aku nak mati, Tariq. Aku nak mati!" - Kartini"Jangan mati depan aku." - Tariq Mirza. Cuma dengan secebis nasihat dari Tariq, kawan sekolah yang selalu membulinya itu Kartini cuba kuat untuk teruskan hidup. Namun, dugaan demi dugaan menekan hidup Kartini. Sedang Tariq terbang tinggi menggapai cita-citanya, Kartini terperuk dengan rasa rendah diri. Tariq muncul kembali tapi sayang... Hati Kartini sudah sehancurnya.. Mampukah Tariq menghidupkan semula jiwa Kartini yang kelam dan derita? Atau Aydin akhirnya sedar apa yang pernah Kartini rasa untuknya?Mungkin juga, Kartini akhirnya memilih untuk merawat lukanya sendiri setelah berkali-kali kecewa...…

MY SWEET UNCLE (NOVEL)

MY SWEET UNCLE (NOVEL)

19,954 531 18

WANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia.Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga."I will marry her." Alex Iman YongWangi reda menerima takdir. Lelaki yang selama ini melihat dia membesar akhirnya menjadi suami. Lagipun, Alex boleh tahan juga orangnya. Handsome dan masih nampak muda. Okay apa?"Uncle tahu tak uncle ni sweet sangat!" - Wangi. Tetapi sikap Alex yang seolah mengelak darinya buat Wangi rasa geram. Kan mereka sudah menjadi suami isteri! Namun Alex punya sebab tersendiri mengapa dia menahan hatinya dari jatuh cinta pada Wangi. Sebab itu juga telah membuat Wangi merajuk hati. Berjayakah Alex memujuk sang isteri mentelah jiwa raganya kini cuma milik Wangi?…

BODYGUARD HATI ANNE DALISA ( NOVEL)

BODYGUARD HATI ANNE DALISA ( NOVEL)

640 29 7

TAJUK: BODYGUARD HATI ANNE DALISAPENULIS: MELL MARIANNBLURB:Hampir lima tahun berlalu dari hari Wabil meninggalkan dunia gelapnya. Dia cuma mahu hidup tenang dan bahagia di samping Mak Peah dan Alin, keluarganya yang tercinta.Namun, pertemuan tidak sengajanya dengan Anne Dalisa, seorang pelakon popular membuatkan ketenangannya terganggu dan hidupnya kacau-bilau. Demi menghapuskan gosip liar tentangnya, Anne telah menawarkan sesuatu kepada Wabil."Okey! You anggap you bodyguard I. Deal?" - Anne Dalisa.Akibat terdesak dek perniagaan restorannya yang hampir lumpuh dan juga onar yang dibuat si sepupu, Wabil terpaksa terima biarpun dengan persetujuannya bermakna dia mendekatkan diri dengan kisah silamnya semula. Tanpa sedar antara mereka, menaut rasa cinta. Namun, selama mana Wabil boleh merahsiakan hakikat tentang dirinya yang sebenar?"Apa lagi kau tak puas hati? Perkara dah berlalu Genji! Jodoh aku Tuhan yang tentukan!" - Wabil."Senang kau cakap. Kau memang jantan tak guna. Sebab kau, Elis mati! Kau pembunuh. Kau yang bunuh Elis, Shark!" - Andy a.k.a. Genji.Anne tengadah dengan kenyataan Andy itu. Siapakah Shark? Siapakah Elis dan siapakah sebenarnya Wabil, lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati itu?…

MY SWEET MOON ( NOVEL)

MY SWEET MOON ( NOVEL)

7,652 346 19

BLURB MY SWEET MOONTidak tahu mana hadirnya cinta, mereka saling menyimpan rasa walaupun tidak terluah dari bibir mereka. Cuma saling menjadi pencinta rahsia. Bagi BULAN, dia sedar dengan sikapnya yang dianggap 'liar'. MEGAT INDRA yang juga digelar sebagai 'Pemudah Harapan Bangsa' itu tidak akan pernah memandangnya dengan cinta. Lain pula bagi INDRA. Tekanan dari keluarga selalu membuat dia menjaga imej baiknya. Dia cuma mampu memerhati si bunga yang indah itu dari kejauhan. Tidak mungkin Bulan, si gadis jelita itu akan menerima cintanya. Dunia mereka jauh berbeza. Namun, satu kejadian membuat hati mereka bersatu rasa. Tetapi kejadian itu juga membuat jasad antara mereka terpisah bertahun lamanya. Bulan tidak pernah menyangka dia akan bertemu Indra semula. Dia cuma ingin hidup bahagia bersama Wangi. Kemunculan Indra ibarat membuka luka yang terjahit di jiwa. Bulan cuba menjauh namun takdir seolah sedang membongkar sebuah rahsia. "Kisah kita sudah lama berakhir, Indra.." BULANBagi Indra, dia ibarat pungguk yang menanti cenderanya.Pertemuannya dengan Bulan adalah peluang untuk dia menyambung kisah mereka yang tertangguh."Bagi I peluang untuk bahagiakan you dan Wangi, Bulan. Biar I tebus dosa I pada you dan Wangi." - MEGAT INDRANamun bagaimana dengan Iskandar yang sudah lama menanti? " Awak tahu saya sentiasa sayangkan awak dan Wangi... " - ISKANDAR Apa yang pasti, kebahagiaan Wangi adalah kebahagiaan Bulan. Biar apapun dugaan, Bulan akan bertahan selagi adanya Wangi disisi..…

MELAMAR CINTA ( Ebook )

MELAMAR CINTA ( Ebook )

1,219 55 5

BAGAI anak burung yang patah sayap. Inas terkapai-kapai apabila dia di halau dari rumah oleh si ibu angkat setelah bapa angkatnya di jemput ilahi. Mujur ada Adraa dan keluarganya yang menerima dia dengan hati yang terbuka. Kerana risaukan keselamatan Inas, Puan Suraya yang juga ibu kepada Adraa meminta Inas bernikah dengan anak sulungnya, Hariz. Si duda kejung bak kata Adraa. Bagi Inas, dia memang sudah lama memendam rasa pada lelaki itu. Tapi tidak bagi Hariz, kegagalan rumahtangganya yang dulu sedikit sebanyak membentuk peribadi dinginnya yang sekarang. Mampukah Inas membuka kembali pintu hati Hariz yang dingin dan beku?…

CARL, LOVE WITH BENEFIT ( NOVEL)

CARL, LOVE WITH BENEFIT ( NOVEL)

4,118 162 12

KERANA sebuah dendam kepada si ibu tiri, NATALIA menculik CARL ASLAN, jejaka yang dirasakan boleh membantunya dalam menjalankan misi dendamnya.Bagi Carl, jatuh imejnya jika umum tahu dia diculik oleh seorang gadis. Tapi yang lebih mengharukan, pesona seorang Natalia tak mampu Carl menolak pergi. "Apa lagi benefit yang aku dapat selain dari tu?" CARL"Me." NATALIAPada Natalia, she had nothing to lose. Asalkan si ibu tiri tak dapat apa yang di hajati. Natalia sanggup lakukan apa saja! Namun, di sebalik kerjasama mereka berdua. Ada satu jalinan rasa yang membelit jiwa dan raga. Tetapi Juwita yang selalu ada dalam hubungan mereka, membuat Natalia makan hati dalam diam."Awak cuma dapat jasadnya saja, Natalia. Hati dan cinta Carl dari dulu cuma milik saya." JUWITADalam mereka mahu mengakui cinta, satu tragedi telah merenggut semuanya."Aku minta maaf Natalia... Aku tak boleh, aku tak boleh jadi suami yang baik. Ayah yang baik. Aku tak boleh." CARL"Then, what should I do, Carl?" NATALIAApakah selamanya bahagia takkan pernah menjadi milik mereka?…

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)

25,518 430 13

Bernikah tanpa pengetahuan keluarga di bumi London. Itulah permulaan kisah mereka. Barith atas kepentingannya sendiri. Manakala, Tasneem atas alasannya sendiri. "I akan beri apa yang you mahu bila-bila masa saja you mahu tapi dengan dua syarat. Marry me and give me money." TASNEEM Melayari kehidupan bersama, tanpa mereka sedar cinta makin bercambah di hati. Namun ego dan rasa takut dilukai membuat Barith mahupun Tasneem memendam perasaan sendiri. Kerana salah faham yang terjadi, mereka akhirnya terpisah jua. "Tasneem binti Razali, aku ceraikan kau dengan talak satu." BARITH Bertahun-tahun berlalu. Mereka ditakdirkan bertemu semula tanpa diduga di kala masing-masing masih solo lagi. "Look Barith. You dah janji kan? Kita tak akan berjumpa lagi. You lupa?" - TASNEEM "I masih percaya yang dunia ni bulat Cik Tasneem. Sebab tu kita bertemu semula." BARITH Bagi Barith, pertemuan mereka adalah jawapan istikharahnya. Tetapi, bagi Tasneem pula banyak lagi rahsia yang tersimpan kemas dalam hati. Adakah kisah mereka bakal bermula sekali lagi setelah satu demi satu punca salah faham antara mereka sebelum ini mula terungkai?…

Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)

Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)

10,026 1,094 17

Najla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi Romance.Karya ini hakcipta sepenuhnya oleh MELL MARIANN AURORA dan disiarkan di platform ini untuk tujuan hiburan percuma sahaja.All right reserved. All ideas are originally from the author. Any part of this story cannot be reproduced or redistributed in any form without permission. Plagiarism is a big offence and strictly prohibited. Charge will be taken if occurs.Hak cipta terpelihara. Semua idea adalah milik asal penulis. Semua bahagian dalam cerita ini tidak boleh ditukar dan diterbitkan kembali dalam mana-mana bentuk tanpa izin. Plagiarisme adalah satu kesalahan besar dan dilarang sekerasnya. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku.Sebarang peniruan, jiplak atau pengambilan isi secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran penulis. Sekiranya berlaku ia adalah sebuah kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Hakcipta 1987.® All right reserved…

Miss Clumsy Next Door ( Ebook)

Miss Clumsy Next Door ( Ebook)

356 16 5

YURA AMEENA si gadis clumsy pemilik kedai buku yang bercita-cita mahu menjadi penulis novel cinta seperti arwah kakaknya.Namun begitu, desakan mamanya selalu membuat dia sakit kepala. "Mama tak kira! You kena terima Fahmi! Sampai bila you nak lari? Fahmi betul-betul sayangkan you!" MAMAYura tak mahu! Yura tak pernah sukakan Fahmi!Pertemuannya dengan AYYASH ZARKASHI, pemilik studio fotografi serta juru kamera yang merangkap jirannya itu. Memberi peluang cerah untuk Yura melarikan diri dari desakan mama. Apatah lagi, lelaki itu ibarat hero yang selalu menyelamatkannya. "Ayyash... awak nak tak kahwin dengan saya?" YURA"Tapi kau tak kenal aku." AYYASHBagi Yura, kerana itu dia memilih Ayyash. Kerana sekurang-kurangnya nanti mereka tidak rugi apa-apa jika berpisah. Soalnya hati, tidak mampu ditelahi. Mereka akhirnya jatuh cinta di dalam lakonan yang dicipta.Di saat meniti bahagia..."Kau tahu siapa sebenarnya suami kau tu, Yura?" FAHMI"I thought you are my hero. But you're a liar. Am I a joke to you, Ayyash?" YURA Mampukah Ayyash memujuk hati Cik Clumsynya kembali setelah rahsia yang di simpannya selama ini terbongkar tanpa sempat dia menjelaskannya?…

Jerat Cinta Tuan Haji ( Ebook )

Jerat Cinta Tuan Haji ( Ebook )

2,654 84 8

Pre order hingga 4 julai 2021…

I HEART YOU, MR HOT ( EBOOK)

I HEART YOU, MR HOT ( EBOOK)

3,125 118 13

Blurb I HEART YOU, MR HOT I HEART YOU, MR HOT 🔥Demi sebuah cinta, Karmila atau Amil sanggup berkorban untuk kekasih hati. Merantau jauh hingga ke kota biarpun dihalang bapanya. Mana tahu, dia ditipu kawan sendiri. Jadi pembantu rumah? Memang jauh dari sangkaannya! "Hey! Kau siapa? Aku dah cakap aku tak suka orang lain masuk bilik aku! Mak Jah mana Mak Jah? Mak Som?" - Hayl AmsyarRupa-rupanya menjadi pembantu kepada si anak rimau! "Kalau tidur diam macam ni kan bagus. Ini tidak, asyik nak mengaum aje." - Amil"Kau bebel lagi, aku cium kau." - HaylKerja mereka asyik nak bertekak saja. Walaupun begitu, mereka mula saling menyenangi antara satu sama lain tanpa disedari. Hinggalah, rahsia Amil terbongkar dan Hayl menuntut sesuatu perkara angkara hal yang langsung tidak dijangka Amil. Hal yang akhirnya merubah hubungan mereka. "Jadi isteri aku. Otherwise, kau tak mahu tahu apa yang aku akan buat."- Hayl. Amil terpaksa menurut. Tapi, siapa dapat menghalang apabila hati berentak lagu cinta yang sama. Biar bibir tidak meluah, namun perbuatan menggambarkan rasa. Namun, apabila sekali lagi taufan menghentam rumahtangga mereka, Amil sudah tidak berdaya mengharunginya lagi. Hayl Amsyar terlalu sukar dijinakkan. Biarlah dia mengundurkan diri dari terus disakiti. Apakah dendam di hati Hayl Amsyar akan pernah puas? Mengapa dalam menyakiti Karmila Cattleya hatinya ikut terluka? Apakah penyebab dendam tercipta? Teruskan atau lepaskan?…

Tulang rusuk Mr. Duncan ( Sudah Terbit)

Tulang rusuk Mr. Duncan ( Sudah Terbit)

10,164 309 14

Kisah aku dan dia. Si Mata biru.…

KETIKA CINTA PERNAH BERBUNGA ( Ebook)

KETIKA CINTA PERNAH BERBUNGA ( Ebook)

19,563 786 15

Tentang cinta yang dipendam.Miya x Wazir…

MELATI, BUNGA TIDAK MEWANGI ( sudah Terbit) - Limited Edition

MELATI, BUNGA TIDAK MEWANGI ( sudah Terbit) - Limited Edition

34,079 734 20

BLURB : MELATI, BUNGA TIDAK MEWANGI ( SOFT COVER )Hidup Melati tidak seindah namanya. Hadirnya dia ke dunia angkara malapetaka yang menimpa si ibu.Lahir sebagai anak tidak berbapa dan tidak diingini, laluan yang ditempuhinya penuh berliku.Satu ketika, sejarah hitam buat Melati tekad bangkit dengan dendam. Dendam pada seseorang telah memusnahkan hidup ibunya dan juga dia. Fauziah Hanum tak akan terlepas. Lalu, Melati mula merancang agenda untuk memusnahkan wanita itu."Melati... I tahu you buat-buat tak kenal I." -NazeemBagi Nazeem, Hatinya telah terpaut lama pada Melati. Apabila dia jumpa Melati semula. Dia tak mahu berlengah lagi. Walaupun apapun yang pernah terjadi. Dia tetap mahukan Melati. "Of course I kenal you Tan Sri. Siapalah yang tak kenal Tan Sri Nazeem Ahmad. Peneraju Nazeem Holding yang tersohor. " - MelatiYang Nazeem tidak tahu. Kemunculan semula Melati hanyalah untuk memusnahkan keluarganya. "Will you marry me my dear? Be my wife, stay with me forever?" - NazeemSampai masa semua mula terbongkar. "Kau tipu aku. Kenapa Melati? Kenapa kau mainkan hati aku, perasaan aku demi dendam kau pada anak isteri aku? Aku terlalu cintakan kau... Kenapa Melati... " - NazeemHati Nazeem pecah berkecai. Jiwa Melati luruh berderai. Masihkah ada cinta di hati Nazeem setelah mengetahui dia cuma alat untuk membalas dendam? Antara cinta dan dendam..Antara bahagia dan derita..Di dalamnya ada rahsia penuh luka.…