LoveNovelPublishing
Sisa Rasa Yang Tertinggal

Sisa Rasa Yang Tertinggal

152 11 11

Pertama kali Hasnan menjejakkan kaki ke bumi Sarawak, jantungnya berdebar saat dia bertemu dengan Zaton. Pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka saling mencintai.Zaton akui, jatuh cinta pandang pertama terhadap Hasnan. Namun, tidak mudah untuk dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu disebabkan hidupnya terikat di tangan Mak Mon. Terpaksalah mereka menjalinkan hubungan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga.Saat Hasnan nekad melamar Zaton, dirinya menerima kata-kata hinaan. Dia malu dan kecewa. Tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara membuka ruang buat lelaki itu membuktikan dirinya mampu berdiri sama tinggi di sisi Zaton."Ton takut hubungan kita akan berubah bila abang dah pergi ke sana." - Zara Zaton."Ton terlalu banyak sangat berfikir. Cuba doakan yang baik-baik. Insya-Allah, kalau kita berjodoh, kita pasti bersama." - Hasnan.Pemergian lelaki itu membuatkan Zaton terseksa menahan rindu. Ditambah pula Hasnan sudah mula jarang menghubunginya. Kemunculan Rasyid sedikit sebanyak buat hati Zaton keliru. Terlalu banyak kejutan yang diberi oleh Rasyid."Awak mungkin tak kenal saya, tapi... kita dah banyak kali terserempak sebelum ni."- Rasyid."Kita... banyak kali berjumpa. Bila?" - Zara Zaton.Rasyid tiba-tiba menghulurkan tangan untuk menyayangi Zaton. Pada masa yang sama, Zaton masih berharapkan Hasnan. Siapakah yang berjaya menjadi imam dalam hidup Zaton?Adakah Hasnan yang sanggup berkorban demi Zaton sehingga belajar ke luar negara? Ataukah Rasyid yang baru muncul dalam hidupnya dengan penuh kejutan?…

Bibik High Class - Aein Dhiyauddin

Bibik High Class - Aein Dhiyauddin

742 16 11

TAJUK : BIBIK HIGH CLASSPENULIS : AEIN DHIYAUDDINISBN NO. : 978-629-7553-10-8BLURB:"Memanglah saya bukan orang gaji biasa... sebab saya ni bibik high class. Bibik luar biasa. Bibik yang cantik menawan dan pandai buat kerja. Tak ada kerja yang bibik high class tak boleh buat." - KatrinaAtas cabaran seseorang, Katrina Azura binti Tan Sri Osman menerima cabaran untuk menjadi orang gaji di rumah milik Tengku Harraz Sulaiman. Katrina hanya perlu buat lelaki sedingin air batu itu untuk jatuh cinta. Dia sangka semuanya mudah sahaja. Bukan susah untuk menundukkan beku seorang lelaki. Namun, dia silap. Lelaki itu bagaikan dapat menghidu tujuannya bekerja di situ. "Tak payah guna ayat-ayat menggoda kau tu. Aku tak akan tergoda. Kau tu syaitan yang menyesatkan manusia." - Tengku Harraz.Katrina merasakan jalannya untuk menundukkan lelaki itu menemui jalan sukar. Tetapi setelah rahsianya terbongkar, lain pula jadinya. "Aku tahu kau rasuah Roslan untuk kerja kat rumah aku. Kalau kau tak nak kahwin dengan aku, aku akan pecat dia..." - Tengku HarrazTiba-tiba sahaja lelaki itu memaksanya berkahwin. Sesuatu yang tidak dijangka. Dia yakin Tengku Harraz ada muslihat lain yang tidak diketahuinya. Mungkin juga berkaitan dengan Datuk Hisham, bapa tiri lelaki itu. Kerana tidak mahu apa-apa terjadi terhadap Roslan, dia menerima lamaran Tengku Haraz. Kemunculan Ikhmal, sahabat Tengku Harraz yang juga bakal adik ipar lelaki itu menyebabkan Katrina terpaksa berdepan dengan masa silam yang mahu dilupakannya. Dia mahu keluar dari rumah itu, namun dirinya sudah terikat dengan gelaran isteri kepada Tengku Haraz. Satu demi satu rahsianya terbongkar. "Kenapa aku tak boleh buang dia dari kepala aku? Kenapa dia muncul lagi?" - KatrinaApa ikatan Katrina dengan Ikhmal? Mampukah Katrina keluar dari rumah Tengku Harraz? Dan apakah rahsia yang Katrina simpan? KAPSYEN :Cuma perlu sesaat untuk jatuh cinta, seminit untuk mencintai... dan seumur hidup bersama dengan izin-Nya...…

Bonjour, Mon Amour - Yumi Hyra

Bonjour, Mon Amour - Yumi Hyra

194 4 10

TAJUK : BONJOUR, MON AMOURPENULIS : YUMI HYRAISBN NO. : 978-629-7553-09-2BLURB:Pahlawan Café menjadi saksi manisnya pertemuan kali pertama Qadr Naufal dan Layla Tihani. Layla dan Qadr; seolah-olah gabungan nama mereka mempunyai chemistry kerana mereka bertemu pula di Sedapnya Café, Kota Paris.Betapa terkejutnya Layla kerana Qadr bukan lagi si gentleman yang pernah menghadiahkan dia chocolate fondant dahulu. "Awak tak perlu rasa kasihan dekat saya ataupun Orked." ~ Qadr"Saya bukannya kasihan, Qadr." ~ Layla"Then?" ~ Qadr"Kasih, sayang. Those are the right words." ~ LaylaDalam diam Layla mula jatuh sayang terhadap Qadr sehingga dia bersetuju untuk menjadi suri hati Qadr tetapi Qadr mahu membayar kepadanya pula!"Kalau awak tak nak duit, then awak nak apa?" ~ Qadr"Kalau awak nak bayar juga, awak bayarlah dengan kasih sayang awak sebab kasih sayang ni lebih mahal daripada segala-galanya yang ada di dunia ini." ~ LaylaIndahnya hubungan mereka seperti indahnya pemandangan senja Eiffel Tower tetapi antara mereka ada Waiz. Berjayakah hubungan mereka menemui penamat yang membahagiakan? Mampukah Qadr membuang rasa bersalah yang sentiasa menghantui diri?"Jika rasa cinta itu ialah rasa yang membahagiakan, maka saya rasa saya dah jumpa bahagia saya; dengan awak." ~ Qadr"Sebab saya ada, Qadr. Saya akan selalu ada untuk awak." ~ LaylaKAPSYEN :Kerana rasa cinta itu membahagiakan…

Dia... Masih Di Sini - Mia Azwari

Dia... Masih Di Sini - Mia Azwari

849 46 11

TAJUK : DIA... MASIH DI SINIPENULIS : MIA AZWARIISBN NO. : 978-629-7553-08-5BLURB:Pertama kali Qaireen bertemu Elman, jantung gadis itu berdegup laju. Dia sangka perasaan itu hanya sekadar suka. Namun saat mereka ditakdirkan bertemu lagi, Qaireen nekad untuk mendapatkan lelaki itu. Tapi tidak bagi Elman. Puas dia mengelak, tetapi bayang gadis itu tetap menghantui hidupnya."Ini ke cara awak dapatkan lelaki kaya?"- Elman Firdaus"Betul. Itulah yang saya buat sekarang. Saya rasa, tuan yang terbaik dalam hidup saya. Tak salah saya mencuba dapatkan tuan." - Qaireen Irsa Usaha Qaireen membuahkan hasil apabila Elman sendiri melamarnya sebagai isteri. Kebahagiaan yang dibina oleh pasangan itu mula teruji saat hadirnya orang ketiga dalam hidup Qaireen. Lebih menyakitkan hati, rahsia Qaireen terbongkar menyebabkan Elman tak mampu terus hidup di sisi Qaireen.Saat hubungan suci mereka terlerai, Qaireen seolah-olah baru tersedar daripada mimpi. Dia tak mampu kehilangan Elman. Kehadiran penghuni di dalam rahimnya, membuatkan Qaireen sangat memerlukan lelaki itu."Tak boleh ke abang terima Reen demi anak kita? Reen tak nak berpisah dengan abang. Reen nak besarkan anak ni dengan abang."- Qaireen Irsa"Abang minta maaf. Biarlah hubungan kita kekal begini."- Elman FirdausKehadiran Emir menguatkan semangat Qaireen untuk terus hidup walaupun tanpa Elman di sisi. Namun saat dia sudah mula reda, Elman menjadi milik gadis lain dan satu lagi perkara terbongkar. Dan kebenaran itu bukan saja menyakitkan hati Qaireen, tapi buat Elman juga."Kasih sayang abang dan cinta abang... masih ada di sini. Tak kira di mana Reen pergi, Reen akan bawa bersama."- QaireenMampukan cinta Qaireen mengembalikan Elman yang dulu? Dan rahsia apakah yang menjadi punca Elman tidak mampu kembali ke sisi Qaireen?KAPSYEN :Jika dia bukan untukku, tolong jauhkan dia daripada hidupku...…

Bila Aku Bukan Dia - Shima Awang

Bila Aku Bukan Dia - Shima Awang

120 8 11

TAJUK : BILA AKU BUKAN DIAPENULIS : SHIMA AWANGISBN NO. : 978-629-7566-07-8BLURB:Nailah dan Anuar berkahwin atas pilihan keluarga. Dua tahun perkahwinan, Anuar melayannya dengan baik. Tapi Nailah tidak pernah rasa bahagia. Dua kawan baik mereka, Firdaus dan Wafa selalu sahaja menjadi orang ketiga merebut perhatian Anuar, sampaikan Nailah rimas. "Sampai bila kita nak macam ni, awak?" - Nailah. "Sorry, saya janji selepas ini masa saya untuk sayang, berdua." - Anuar. Buat seketika, Nailah terasa bahagia. Tapi apabila rahsia sebenar Anuar terbongkar, Nailah kecewa yang tidak terhingga. Rahsia apa? Hanya Nailah dan Anuar saja yang tahu.Muncul pula Nik Zayan menjadi penyelamat Nailah. Dia ikhlas membantu dan menolong Nailah melalui hari-hari sukarnya. "Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati. Tapi kerana awak isteri orang, saya simpan ketat perasaan cinta itu dalam hati." - Nik Zayan. Nailah bertekad meminta cerai. Skandalnya ditularkan. Sayang dan cintanya telah mati buat suaminya. "Kali ini aku akan rampas Anuar daripada kau. Biar kau rasa apa yang aku rasa dulu." - Wafa.Akhirnya Anuar dan Nailah berpisah talak tiga."Encik Nik, saya ni janda. Lagipun saya dah serik berkahwin. Lebih baik Encik Nik pilih gadis lain." - Nailah. Luahan Nik Zayan, CEO syarikatnya ditolak tanpa fikir panjang. Bagi Nailah, lebih baik sendiri daripada berdua. Dia serik. Tapi bagi Nik Zayan, tidak mungkin dia melepaskan cinta pertama yang bertapak dalam hati. Lagipun ada janji perlu ditepati. Tapi janji apa? Dan berjayakah Nik Zayan memikat Nailah?KAPSYEN :Aku mengalah, bukan kerana kalah tapi mencari sebuah kebahagiaan…

Mawar Di Arafah - Fazlyn Ridz

Mawar Di Arafah - Fazlyn Ridz

203 12 11

TAJUK : MAWAR DI ARAFAHPENULIS : FAZLYN RIDZBLURB:Najmi putus harapan akibat diduakan oleh tunangnya Camille yang memilih lelaki lain hanya 11 hari sebelum majlis pernikahan mereka. Bermusafir membawa diri ke Mekah, takdir menemukan dia dengan seorang wanita berniqab tanpa disedarinya di Jabal Rahmah.Bertentang mata buat pertama kali di kereta api menuju ke Madinah, dia tidak sedar Allah sedang menjawab doanya ketika di Tanah Suci. "Ya Habibi..." Suara itu kedengaran dalam mimpi Najmi ketika dia berada di Mekah. Namun dia tidak tahu gerangan pemilik suara itu. 4 tahun berlalu, Najmi tercari-cari wanita yang menyebut istilah itu. Lalu setelah masa itu tiba, seorang wanita bernama Hazelina muncul di depan mata. Namun wanita itu tidak seperti apa yang dibayangkannya. Jauh panggang daripada api. Wanita tampak suci berniqab itu ialah Hazelina; gadis seksi yang diintainya. Kata orang kalau sudah jodoh, biar terpisah benua, Allah akan satukan juga. "Nak dekat dengan I, syarat pertama... kena tahan caci, Encik Najmi. You tak tahan... silakan blah." - Hazelina."Tak baik macam tu..."- Najmi."Baik apa? You cakap sesuka hati... bila dah kena hamun dengan I, baru nak cakap I ni tak baik???"- HazelinaDemi satu kepercayaan, dia percaya Hazelina merupakan jawapan pada doanya di Mekah dulu. Namun Najmi berdepan dengan bekas tunang 'gila' yang masih tidak berhenti mengganggu hidupnya. Dan Hazelina juga ada masalahnya sendiri. Lelaki alpa itu pemimpin! Camille menjadi duri dalam hubungan Hazelina dan Najmi. Namun Najmi setia memimpin isterinya agar rumah tangganya tidak retak oleh perangai durjana Camille. Dugaan diharungi bersama sehinggalah Najmi mendengar perkataan 'Ya Habibi' disebut oleh Hazelina di depannya. Mampukah mereka terus bertahan dengan segala dugaan itu? Sekuat manakah cinta antara mereka?KAPSYEN :Dia bukanlah wanita yang aku pilih. Namun dialah bidadari dunia yang Allah pilih untuk melengkapi aku…

Bakawali, Bunga Suci - Sai Ambrose

Bakawali, Bunga Suci - Sai Ambrose

98 2 11

TAJUK : BAKAWALI, BUNGA SUCIPENULIS : SAI AMBROSEBLURB :-Cempaka, gadis kampung yang tertimpa dengan satu 'sumpahan'. Semuanya bermula apabila suami pertamanya meninggal akibat kemalangan di hari perkahwinan. Manakala suami keduanya pula meninggal di malam pengantin. Disebabkan nasib tersebut, Cempaka dijolokkan dengan panggilan Sumpah Si Dara Suci. Cempaka akan sentiasa suci sampai ke mati. Sesiapa yang akan menikah dengan Cempaka, dimomokkan dengan kematian.Atas sebab itu, Cempaka berusaha menolak lamaran Aathif, bekas adik iparnya. Baginya, sifat berani Aathif untuk cuba membuktikan bahawa sumpahan tersebut mengarut adalah kerja gila. Dia tak mungkin risikokan nyawa orang lain demi mencari bahagia sendiri. Tak habis di situ, Farrel muncul pula dengan sikap melindungi. Hati yang menolak, lama-lama tersentuh jua. Sikap bersungguh Farrel tidak datang seperti Aathif yang dianggap sebagai saudara sahaja. Farrel berbeza! Cempaka jadi keliru. 'Sumpahan' yang melekat di batang tubuhnya itu betul atau tidak. Jika betul, sanggupkah dia menanggung perit sekali lagi ditinggalkan seorang suami? Jika salah, benarkah ada bahagia yang menunggu di depan sana?Dan ketika ujian datang bertimpa-timpa, cekalkah semangat dan iman di dada untuk terus akur dengan takdir yang dipersembahkan Tuhan kepadanya?KAPSYEN:Kau hadir melenyapkan deritaku…

My Guardian Angel - Yumi Hyra

My Guardian Angel - Yumi Hyra

137 14 8

TAJUK : MY GUARDIAN ANGELPENULIS : YUMI HYRABLURB:Takdir telah mempertemukan Faliq Zulkarnain dengan Jihan Sofea secara tidak diduga. Hidup Jihan yang sebelumnya aman damai terus berubah. Siapa sangka, Faliq si mamat nerd merangkap pembantu baharu Jihan di tempat kerja itu ialah lelaki misteri yang sentiasa muncul menyelamatkan nyawa Jihan yang menjadi buruan pihak yang menyimpan dendam."Awak siapa sebenarnya, Faliq? Betul ke awak lelaki yang nak bunuh saya?" - Jihan"Saya Faliq Zulkarnain atau orang lagi kenal saya dengan nama Nine. Saya orang yang akan pastikan awak selamat." - NineBagi Jihan, Nine itu lelaki misteri yang membuatkan dia ingin tahu lebih banyak tentang lelaki itu. Bagi Nine, Jihan itu umpama bintang yang menerangi langit gelap pada waktu malam."Awak ni jenis yang tak reti nak sayangkan diri ke macam mana?" - Nine"Kenapa? Awak nak tolong sayangkan saya ke macam mana?" - JihanSemakin rapat hubungan Nine dan Jihan, semakin nyawa Jihan dalam bahaya. Mampukah Nine menyelamatkan Jihan kerana tanpa sedar hati lelakinya mula berkocak hebat? Mampukah Nine menjadi 'guardian angel' untuk Jihan sebelum segala-galanya terlambat?"Kenapa awak sanggup nak bagi nyawa awak sendiri semata-mata untuk pastikan saya selamat?" - Jihan"Sebab awak merupakan kebahagiaan yang saya tak pernah ada, Jihan." - NineKAPSYEN :Hutang budi dibawa mati, hutang nyawa dibawa ke hati.…

My Kind Of Different - Lynn Safiya

My Kind Of Different - Lynn Safiya

297 7 11

Di sebalik senyuman yang sering saja terukir, tersemat kisah duka yang tak mampu dilupakan. Ketenangan yang acap kali dipamerkan, sebenarnya menyembunyikan sekeping hati yang sukar untuk dilenturkan. Aira... gadis sederhana yang menjadi dambaan ramai jejaka, namun hatinya begitu jauh untuk digapai dengan tangan.Di sebalik ketegasan dalam pekertinya, tersimpan prinsip bahawa dia tidak akan mencintai dan tidak ingin dicintai. Keseriusan dan kelantangan dalam bicara, memang sengaja ditayangkan agar tiada yang cuba mendekati. Zayyan... lebih senang hidup dalam dunianya sendiri, tanpa perlu mengambil kisah akan hati dan perasaan orang lain."Macam mana kau boleh kerja kat sini? Kau orang yang paling cuai aku pernah jumpa, jadi macam mana kau boleh kerja kat sini?" - Zayyan"Tu namanya rezeki, encik. Rezeki saya dapat bekerja kat sini. Kalau encik tak puas hati, encik boleh tanya pada Allah ya." - Aira Tiada satu episod yang manis pun bisa diperkatakan setiap kali mereka bertemu. Zayyan yang garang tidak mampu menundukkan Aira yang sentiasa tenang dan murah dengan senyuman. Setiap provokasi tidak terkesan langsung di hati Aira. Namun pertemuan mereka bagai tersusun elok dari sehari ke sehari sehinggakan semakin sukar untuk Zayyan menjauhi."Kenapa encik nak buat semua ni? Kenapa encik nak bebankan diri encik dengan masalah keluarga saya?" - Aira"Because I want to make you mine!" - ZayyanPeribadi mereka sangat berbeza, namun perbezaan itulah yang membuat mereka saling memerlukan. Dua keping hati yang selama ini sunyi, kini bahagia melayari mimpi. Disebabkan Zayyan terlalu ingin melindungi Aira, tindakannya telah disalahertikan. Aira mula menjauh. Walaupun dekatnya Aira masih mampu disentuh dengan tangan, namun hatinya seakan dibawa pergi. Tergapai-gapai Zayyan kelemasan. Tanpa kasih sayang Aira, dia kehilangan... Mampukah Zayyan mengikat cintanya kembali? Wajarkah tindakan Aira membiarkan Zayyan dilamun sepi?…

Suri Hati Sang Putera - Reen Syazreena

Suri Hati Sang Putera - Reen Syazreena

249 2 10

TAJUK : SURI HATI SANG PUTERAPENULIS : REEN SYAZREENANO. ISBN : 978-967-2467-95-3BLURB:Aturan perkahwinan bukanlah satu hal yang digemari oleh Irene Alyssa, lebih-lebih lagi apabila aturan perkahwinan itu berdasarkan darjat semata-mata. Sementelah itu, dia juga masih belum dapat melupakan bekas teman lelakinya yang telah lama meninggal dunia. "You fikir I layak ke jadi isteri you?" - Irene Alyssa"They said you are fit to be the Crown Princess." - Tengku Adrian Eiman Walaupun pada mulanya Alyssa menolak lamaran Adrian, namun dia terpaksa mengubah fikiran disebabkan beberapa insiden yang 'mencalarkan' maruah kedua-dua buah keluarga. Perkahwinan Alyssa dan Adrian sebenarnya aman dan harmoni sekiranya gosip-gosip lama Adrian bersama Camilla Leanne tidak dibangkitkan kembali oleh media. Meskipun Alyssa cuba bertenang dengan isu-isu suaminya bersama model tersebut, keyakinan dan kepercayaannya mula luntur setelah mengetahui Adrianlah penyebab kematian bekas teman lelakinya. "You akan terima balasan dengan apa yang you dah buat, Adrian." - AlyssaBadai mula melanda apabila Alyssa dikhabarkan menjadi dalang dalam penyebaran gosip-gosip lama Adrian bersama Camilla selepas mereka berkahwin. Benarkah itu dilakukannya demi membalas dendam? Atau, ia sebenarnya permainan Camilla yang mahu mendapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi miliknya dari dulu?KAPSYEN:Sempurna Untuk Dia...…

Jesnita - Fazlyn Ridz

Jesnita - Fazlyn Ridz

294 7 6

BLURB:Dendam... Jesnita terperangkap dengan permainan bahaya kerana dendam lama yang dibawa semenjak zaman kolej. Wanita sepertinya tidak merasai cinta yang sebenar melainkan lelaki sekadar satu kesempatan untuknya sehinggalah muncul seorang lelaki bernama Rafael yang telah berjaya mengetuk pintu ketenangan dirinya. Gold digger! "Tak ada orang akan datang dan meminta untuk berkahwin macam tu saja. Apatah lagi semua orang cakap I ni jahat."- JesnitaRafael, lelaki tampan sarat agenda dengan senyum santai. Luaran tampak tidak berkocak hatinya dengan kejelitaan dan keselambaan yang dimiliki oleh Jesnita. Misi utamanya adalah untuk menjatuhkan si gold digger dan mendapatkan kuasa dalam Temenggung Emas. Lalu dia merampas Jesnita daripada Zaid! "First, you have to marry me. Saham tu belum jadi milik you selagi you tak kahwin dengan I." - Rafael"I perempuan yang tak mudah cair, Rafael. I perempuan yang orang sebut sebagai... manipulator." - Jesnita Rafael berjaya memerangkap Jesnita dalam perkahwinan yang bertujuan untuk mengenakan wanita itu. Sayangnya setelah berkahwin, Rafael menyedari begitu banyak rahsia tentang Jesnita yang tidak dapat diselaminya. Wanita itu berbeza daripada watak bimbo yang didengarinya selama ini. Juga rahsia tentang Zainal, Datin Syafinaz... Temenggung Emas dan tentang segalanya! Play a stupid game, win a stupid prize...Mereka berdua terjebak oleh permainan yang sungguh bahaya. Rafael terperangkap dengan kenyataan, bukan Jesnita yang membunuh Zainal selama ini. Jadi, siapakah pembunuh Zainal sebenarnya? Jesnita dan Rafael... mereka berdua bertemu cinta hasil daripada dendam dan agenda. Cinta hadir dalam keadaan tidak disangka. Tidak mudah untuk mereka bersatu jika tiada rasa percaya antara mereka. "I just want my life back. He's my life."-JesnitaDugaan mereka berdua besar. Namun mereka berpegang erat antara satu sama lain untuk melepasi setiap dugaan itu. Sekali hati merasakan cinta, mereka tidak ingin melepaskan diri daripadanya!…

Pelangi Selepas Hujan - Arsya Aisya

Pelangi Selepas Hujan - Arsya Aisya

179 5 11

TAJUK : PELANGI SELEPAS HUJANPENULIS : ARSYA AISYANO. ISBN : 978-967-2467-91-5BLURB:Ryan Lee masih hidup dengan kenangan lama. Masih menyimpan luka. Tetapi hidup perlu diteruskan. Tiada istilah 'mati' hanya kerana cinta tidak kesampaian. Dia melangkah tanpa menoleh ke belakang sehingga dia bertemu dengan... Zenia Reyhan.Hati yang dingin mula hangat. Bibir yang beku mula melebar senyum. Lidah yang kelu mula petah berbicara. Itulah kesan kehadiran seorang Zenia dalam hidup Ryan. Dia melupakan luka sendiri demi menutup luka dalam hati Zenia namun semua tidak mudah.Zenia Reyhan gadis yang memiliki sisi gelap. Yang menanggung beban dosa yang bukan miliknya. Membawa gelaran banduan seumur hidup menjadikan dia gadis yang kuat tetapi memegang nama anak kepada Zainudin dan adik kepada Rahmad menjadikan dia perempuan lemah. Dia hampir tersungkur buat kali kedua."Okeylah, aku terus terang saja kenapa aku nak jumpa kau. Aku nak duit." - Rahmad"Jangan sampai aku jual kau, Reyhan." - ZainudinZenia Reyhan lelah tetapi dia perlu hidup. Lalu dia memutuskan untuk pergi dan berharap sinar bahagia muncul untuknya. Ketika itulah dia mengenali RQL namun 'musuh' hidup mengejar seumpama iblis. Ditikam dari belakang, dikhianati keluarga dan menjadi pertaruhan dunia gelap; itulah 'makanan' hidup Zenia Reyhan.Lantas apakah mimpinya akan menjadi realiti? Adakah pelangi akan muncul setelah ribut yang melanda hidupnya?Jika hidup ini susah, ia takkan ada kesenangan.Jika lena itu indah, ia takkan ada kegelapan.Yang susah itu sesuatu yang akan dihargai suatu masa nanti.Dan yang indah itu akan menjadi ketakutan yang akan menggelapkan diri. KAPSYEN :Ryan Qalam Lee dan Zenia Reyhan…

Pengantin Ekspres - Azieana

Pengantin Ekspres - Azieana

848 48 10

BLURB:Amiera diminta menggantikan tempat Gina untuk menghantar baju pengantin ke Hotel Diamond. Tanpa disangka, dia juga diminta menjadi pengganti pengantin perempuan yang telah menghilangkan diri."I bayar you RM 10 ribu untuk malam ini." - Qaisar."Hah! RM10 ribu?" -Amiera"Kenapa? Tak cukup? I tambah lagi, jadi RM20 ribu. You hanya perlu berlakon jadi pengantin perempuan malam ini. You kena sentiasa ada di sisi I sehingga selesai majlis. Itu sahaja tugas you." - Qaisar.Kejadian dia menjadi pengantin ekspres telah menjadi tular kerana dia mengganti tempat Emilly, seorang model yang menjadi isteri kepada Umair Qaisar, cucu kepada pemilik Hotel Diamond iaitu Tan Sri Mokhtar.Bagi Qaisar pula, dia tidak pernah mencintai Emilly. Dia menerima Emilly kerana dia tiada pilihan hati dan juga gesaan keluarga. Tapi sejak dia bertemu Amiera, dia tak mampu menyembunyikan perasaannya."Woi, rugi sangat-sangat kalau you tolak lamaran lelaki handsome dan kaya macam Encik Qaisar ni. Kalau I, jadi isteri nombor tiga pun sanggup tau!" - Gina. Manakala, Rizal yang telah lama menyukai dan mencintai Amiera, telah bertindak lebih pantas dengan menghantar lamaran tanpa pengetahuan gadis itu."Orang tua aku dah terima lamaran Abang Ijal." - AmieraNamun, satu kejadian membuatkan Rizal terpaksa akur apabila Amiera nekad memutuskan ikatan pertunangan mereka. Kali ini, Qaisar pula bertindak dengan melamar Amiera dan terus mengikat tali pertunangan. Malah mempercepatkan perkahwinan kerana bimbang Rizal akan terus mendesak Amiera menerimanya semula.Kemunculan Sandra secara tiba-tiba dalam majlis perkahwinan Qaisar dan Amiera telah memporak-perandakan perasaan Amiera. Bukan itu sahaja, Sandra membuat tindakan drastik dengan menculik Amiera serta meminta wang tebusan daripada Qaisar.Siapakah Sandra sebenarnya? Dan apakah hubungan Sandra dengan Qaisar? Bagaimana Qaisar mengatasi masalah ini demi menyelamatkan Amiera, satu-satunya perempuan yang disayangi dan dicintainya?…

Secret Wife Tuan Furqan - Yaya Abdul Rahman

Secret Wife Tuan Furqan - Yaya Abdul Rahman

941 15 11

TAJUK : SECRET WIFE TUAN FURQANPENULIS : YAYA ABDUL RAHMANNO. ISBN : 978-967-2467-90-8BLURB:Hidup Alif Furqan sentiasa dikelilingi kaum wanita. Namun, dia bukan pencinta wanita atau si kasanova. Setianya pada cinta sehingga dia nekad tidak mahu memandang wanita lain. Namun, pemergian kekasih hati, telah membawa perkenalan Alif Furqan dengan Wilda Safiyyah. Mujahadah yang menghiasi laman hati gadis itu penuh santun dan tawa. Bagaimanapun, cinta yang terbina antara mereka tidak kekal lama. Wilda dijemput sang Ilahi dalam keadaan yang sangat melukakan Furqan. Dia nekad, cinta matinya hanya buat isteri tercinta. Cukuplah.Entah bagaimana, keserasian yang tercipta antara Wilda Najihah dengan Humairah, janda anak satu meruntun hati seorang ayah Alif Furqan. Ya, Wilda Junior memerlukan seorang ibu di sisi. Bayi yang masih merah itu tidak bersalah. Oleh itu, Furqan perlu merendahkan egonya dengan Humairah, ibu susuan Najihah. Satu kontrak susuan anaknya bersama Humairah sanggup dirangka. Matlamatnya hanya satu. Tiada apa yang menghalang anaknya, Wilda Najihah menyusu dengan Humairah. "Ini perjanjian antara kami. Jika terdapat mana-mana klausa dilanggar, secara automatik Humairah tidak boleh lagi menyusukan Najihah." - FurqanHari berganti hari, bulan berganti bulan..."Saya rasa kita dicekup orang pejabat agama." - FurqanHumairah terjelepok. Lututnya menggeletar."Dah saya nyatakan dalam perjanjian kita yang tugas awak hanya susukan anak saya. Sekarang anak saya tak ada, tapi kenapa awak ada depan mata saya?" - FurqanTernyata, menjadi isteri segera lelaki itu tidak semudah A-B-C. Ada sahaja perangai kereknya. Hanya sabar yang dapat dijadikan pendinding rasa hati yang semakin kecewa dek kelakuan Furqan. Selagi ada sisa sabarnya, selagi itu Humairah akan bertahan dengan segala layanan lelaki itu kepadanya. Menjanda kali dua bukan mahunya! Masih adakah bahagia tersisa milik mereka?KAPSYEN :Bahagia itu satu pilihan, mencintaimu itu satu keindahan...…

Cinta Atas Paksa - Nurwateeqa

Cinta Atas Paksa - Nurwateeqa

449 37 11

TAJUK : CINTA ATAS PAKSAPENULIS : NURWATEEQANO. ISBN : 978-967-2467-89-2BLURB:Dalam melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik dan bahagia, Adra Malaeka kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang menyatakan dia adalah suaminya. Tanpa mampu membela diri, Adra kemudian dibawa lari suaminya sendiri. Gempar seluruh keluarga Adra. Seminggu lamanya gadis itu dilarikan tanpa diketahui ke mana. "Esok semua akan terbukti yang saya tak bersalah! Saya bukan pengantin yang ayah saya kahwinkan. Saya bukan pengantin yang larikan 200 ribu duit encik tu! Bukan saya!" - Adra Malaeka "Kalaupun bukan kau, tetap keluarga kau dan diri kau kena tanggung semua balasan yang bapak kau buat. Selagi aku tak rasa puas, selagi itu kau takkan aku lepas!" - Daffa JawharTerus gempar apabila lelaki yang mengaku suami kepada Adra Malaeka hadirkan diri dengan surat nikah mereka. Siapakah dia? Bagaimanakah semua ini boleh berlaku? "Assalamualaikum, seperti yang dinyatakan Inspektor Zali sebentar tadi, saya Daffa Jawhar suami kepada Adra Malaeka Binti Ahmad Maliki." - Daffa Jawhar"Demi Allah angah, Adra memang tak tahu. Adra pun baru tahu lepas Daffa beritahu yang dia paksa Adra ikut dia sebab Adra isteri dia." - Adra MalaekaMampukah cinta atas paksa ini membahagiakan Adra Malaeka dan adakah ia mampu menyucikan dendam yang tertanam dalam jiwa seorang Daffa Jawhar?Culik+Surat Nikah+RM200 000+32 Tahun= Cinta Atas PaksaKAPSYEN :Kukuhkan rasa cinta itu daripada hati yang benar-benar mencinta...…

Bodyguard Hati Anne Dalisa - Mell Mariann

Bodyguard Hati Anne Dalisa - Mell Mariann

327 16 10

TAJUK: BODYGUARD HATI ANNE DALISAPENULIS: MELL MARIANNBLURB:Hampir lima tahun berlalu dari hari Wabil meninggalkan dunia gelapnya. Dia cuma mahu hidup tenang dan bahagia di samping Mak Peah dan Alin, keluarganya yang tercinta.Namun, pertemuan tidak sengajanya dengan Anne Dalisa, seorang pelakon popular membuatkan ketenangannya terganggu dan hidupnya kacau-bilau. Demi menghapuskan gosip liar tentangnya, Anne telah menawarkan sesuatu kepada Wabil."Okey! You anggap you bodyguard I. Deal?" - Anne Dalisa.Akibat terdesak dek perniagaan restorannya yang hampir lumpuh dan juga onar yang dibuat si sepupu, Wabil terpaksa terima biarpun dengan persetujuannya bermakna dia mendekatkan diri dengan kisah silamnya semula. Tanpa sedar antara mereka, menaut rasa cinta. Namun, selama mana Wabil boleh merahsiakan hakikat tentang dirinya yang sebenar?"Apa lagi kau tak puas hati? Perkara dah berlalu Genji! Jodoh aku Tuhan yang tentukan!" - Wabil."Senang kau cakap. Kau memang jantan tak guna. Sebab kau, Elis mati! Kau pembunuh. Kau yang bunuh Elis, Shark!" - Andy a.k.a. Genji.Anne tengadah dengan kenyataan Andy itu. Siapakah Shark? Siapakah Elis dan siapakah sebenarnya Wabil, lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati itu?…

Gelisah Asmara - Fazlyn Ridz

Gelisah Asmara - Fazlyn Ridz

808 19 11

BLURB:Bertunang dengan adik, bernikah dengan si kakak... begitulah kisah Mikayla apabila adiknya yang merupakan 'kaki lelaki' mempermainkan janjinya kepada Saef hanya sebulan sebelum pernikahannya. Akibatnya, Mikayla yang menjadi galang gantinya. Dia dipaksa ibu bapanya menerima Saef Haris sebagai suami. "Boleh I tahu siapa punya idea supaya I kahwin dengan you gantikan Mar? Nampak? Muka tak sama ni." - Mikayla. "Siapa cakap I nak kahwin dengan you sebab muka you sama macam Mariani?" - Saef Muka cantik tapi mulut celopar! Itulah persepsi Saef tentang Mikayla. "Kan senang kalau parents you terima saja Mariani semula berbanding paksa I buat apa yang I tak nak. Kenapa nak sulitkan keadaan? Mariani memang nak kahwin dengan you!" - Mikayla.Keterpaksaannya menyebabkan Mikayla memberontak biarpun Saef merupakan suami yang penyabar. Masa lalu yang membuatkan Mikayla benci dan prejudis kepada lelaki. Namun pernikahan itu membawa seribu satu rahsia dalam hati Saef tentang Mikayla dan juga tentang bekas tunangnya Mariani. Apakah rahsia itu? Adik dan kakak berebutkan lelaki yang sama... siapa yang suka dengan itu? Itulah hakikatnya Mikayla dan Mariani setelah hati Mikayla terpaut kepada keperibadian Saef, lelaki stok terhad zaman ini. Lebih menyukarkan lagi, Saef yang kaya begitu pandai membuatkan dia mabuk cinta terhadap lelaki itu. Saef... mata hatinya memandang yang satu. Wanita yang menyelamatkan maruah ibu bapanya, yakni Mikayla. Dia tidak mampu berpaling daripada kecantikan dan mahalnya harga maruah wanita yang ada pada Mikayla. Kahwin paksa namun tidak begitu terpaksa kerana semenjak awal Saef telah jatuh hati kepada Mikayla. Namun inilah perjalanannya untuk menjinakkan hati Mikayla yang liar. Gelisah Asmara.... bertunang adik, cintakan kakaknya. Mikayla merupakan takdir terindah dalam hidup Saef. Sekali berada dalami genggaman, dia bersumpah tidak akan melepaskannya!…

Pernah Benci - Mia Azwari

Pernah Benci - Mia Azwari

487 15 11

TAJUK : PERNAH BENCIPENULIS : MIA AZWARIBLURB:Cinta pandang pertama Daim terhadap Raiqa membuatkan dia menjadi pencinta setia. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan gadis kesayangannya bahagia sehingga mereka berdua berkahwin pada usia muda. Tetapi Daim tidak sedar di sebalik hubungan itu, dia hanya dipergunakan.Rumah tangga mereka mula diuji disebabkan campur tangan orang luar. Raiqa yang tertekan gara-gara sikap ibu mentuanya, nekad meminta perpisahan."Selama ni aku bodoh. Salah pilih suami. Kalau aku tahu hidup aku susah macam ni, aku tak ingin nak terima kau sebagai suami." - Raiqa"Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan perempuan yang tak ada perasaan macam kau. Kau masih tak ada rasa malu lepas kau dah hancurkan hidup aku!" - DaimPertemuan Daim dan Raiqa setelah bertahun berpisah, membuatkan kehidupan mereka kembali huru-hara. Lebih-lebih lagi setelah Daim mengetahui rahsia di sebalik perceraian mereka dan kewujudan Dayyan. Bagi Raiqa, apa yang berlaku dalam kehidupannya sekarang merupakan bayaran atas dosa yang pernah dilakukan dulu terhadap Daim. Daim yang tidak mampu menipu dirinya lagi cuba meraih peluang kedua daripada Raiqa. Tetapi tak mudah untuk dia melembutkan hati wanita itu."Bagi abang peluang." - Daim"Saya tak mampu lupa kata-kata awak. Jadi tolong... tolong jangan buat saya bencikan awak lagi."- RaiqaAdakah masih ada ruang untuk mereka bersama? Dan perkara apakah yang membuatkan Raiqa masih membenci Daim?KAPSYEN:Jika bersamanya hanya wujud perasaan benci, tolong hilangkan ingatanku ketika pernah mencintainya...…

Mama Untuk Suraya - Nuriffa

Mama Untuk Suraya - Nuriffa

1,285 39 6

Ghaz seorang bapa tunggal kepada Suraya yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa kerana mata kirinya buta. Dia dan bekas isterinya Sarah bercerai ketika Suraya baru berusia 6 bulan. Durrani pula seorang wanita bujang yang bekerja di syarikat BeliMall milik Ghaz. Dia tidak pernah berjumpa Ghaz secara empat mata. Suatu hari, tanpa sengaja seorang kanak-kanak perempuan berlari dan memeluknya. "Mama!" - Suraya"Err... kakak bukan mama adik." - DurraniBermula dari itu, Suraya mula memanggil Durrani dengan panggilan mama. Tidak mahu mengecewakan Suraya yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu, Ghaz dan Durrani sama-sama sepakat untuk berlakon. Durrani melayani Suraya dengan baik persis seorang ibu melayani anaknya. "Aya nak mama. Aya nak mama dan papa sama-sama." - SurayaMelihat kegembiraan yang terpancar pada wajah polos itu, Ghaz dan Durrani tidak sampai hati hendak memberitahu cerita sebenar. Ghaz juga tidak mahu melukai hati puterinya yang benar-benar mahukan kasih seorang wanita bergelar ibu. Maka, Ghaz membuat satu keputusan."Durrani?" - Ghaz"Ya, encik?" - Durrani"Awak... awak nak tak jadi mama Suraya betul-betul?" - GhazLamaran itu sangat mengejutkan. Pada asalnya Durrani teragak-agak mahu menerima. Tetapi, demi keluar daripada keluarga ibu saudara dan sepupunya yang kejam, dia bersetuju juga. Perlahan Ghaz dan Durrani mula jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, bahagia itu sedikit tergugat apabila Sarah, bekas isteri Ghaz muncul semula. Dan pada waktu yang sama, bekas teman lelaki Durrani juga kembali mengganggu hidupnya sekali gus mengingatkan dia tentang masa silam yang menyakitkan."I'm back!" - Omar"I akan ambil balik apa yang pernah jadi hak I. Anak dan... suami I." - SarahDan apabila ada manusia yang penuh dengan iri hati serta peristiwa silam itu kembali menghantui hidup Durrani, kuatkah Durrani menghadapi segala dugaan dan cabaran? Dan mampukah dia menjadi seorang mama yang terbaik buat Suraya?…