AlieshaKirana
Jodohku Jejaka Jelita

Jodohku Jejaka Jelita

9,022 338 15

"Saya serius, awak. Kahwin dengan saya!" - ANDRA ARRIANApa agaknya jawapan yang kau akan berikan kalau tiba-tiba saja ada seorang jejaka yang jelita dan lagi lembut daripada kau, ajak kau kahwin? Nak terima atau tidak?Itulah yang terjadi kepada aku, Ayesha Humaira. Lagi-lagi baru saja putus cinta, aku langsung tak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat, apatah lagi terus nak berkahwin. Tetapi kemunculan Andra Arrian, lelaki berwajah jelita itu buat hidup aku huru-hara!"Tolonglah jangan buat lawak macam ni lagi, Andra." - AYESHA HUMAIRA"Saya tak buat lawak, apatah lagi nak main-main. Apa caranya untuk awak yakinsaya tak bergurau? Saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya, Ayesha." -ANDRA ARRIANDalam aku masih berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki tersebut, akhirnya aku nekad. Aku terima! Namun, Rizwan hadir menagih cinta kembali."Kalaupun Sha terdesak sangat nak kahwin untuk jauhkan diri daripada abang, janganlah sampai pilihan Sha macam tu. Lelaki lembik macam tu apa yang dia mampu buat untuk Sha?" - RIZWANKeadaan bertambah rumit tatkala seorang lelaki misteri muncul tiba-tiba dan mendakwa Andra, suami yang baru aku kahwini ini punya naluri songsang!"Actually your husband sukakan kaum sejenis, macam I." - HYKEHubungan keruh antara Andra dan mamanya, insiden yang menimpa Indra Arraian, dan kehadiran Aliyah meminta sesuatu yang tidak dijangkakan membuatkan hidup kami berantakan!Semua perkara ini membuatkan aku terhimpit dengan pelbagai dugaan dalam melayari bahtera perkahwinanku bersama Andra. Sungguh, kenapa susah sangat menjadi isteri kepada seorang Andra Arrian? Andai jejaka jelita ini benar-benar jodohku, kenapa jalan yang kami lalui tak selancar orang lain?Adakah aku bisa bahagia, ya Allah? Bantu aku!โ€ฆ

Himpunan Cerpen Penuh Rasa Cinta

Himpunan Cerpen Penuh Rasa Cinta

5,312 152 8

Himpunan cerpen-cerpen penulisan Aliesha Kirana sejak bergelar penulis.โ€ฆ

Pak Cik Kerek Semanis Pavlova

Pak Cik Kerek Semanis Pavlova

32,722 896 20

Hidup seorang AJDA SAJIDAH sebagai peniaga manisan pavlova atas talian baik-baik saja sebelum segalanya berubah ketika dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya yang berprestij. Dia langsung tidak menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki, apatah lagi bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti MEGAT TALHAH. "Lain kali, berjalan tu tengok depan." - Megat Talhah"Errr maaf Encik Megat. Saya tak sengaja." - Ajda Sajidah"Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja." - Megat TalhahLelaki lewat tiga puluhan itu memang menjengkelkan tetapi Ajda terpaksa bertahan demi mendapat tempat di butik ternama itu. Diterima sebagai vendor di butik tersebut bermakna pastinya ada pertemuan demi pertemuan yang tak mampu Ajda elakkan walaupun dia berasa kekok berada berdekatan lelaki yang dia gelar pak cik kerek itu.โ€ฆ

Mamat Muka Selenga

Mamat Muka Selenga

47,672 1,279 17

ORANG cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta?Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi tak salahkan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Hoo atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salahkan? Haha. Tapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kenapa dia juga yang muncul dalam hidup aku? Kenapa mesti dia?Putih-putih melati, merah-merah delima, dalam banyak-banyak lelaki, kenapa mesti dia?โ€ฆ