ten๐Ÿ‘€

Background color
Font
Font size
Line height

"Sayaaang, cepatlah jalann" Aaira menarik Luthfan ke sisinya. Luthfan menggeleng. Dari tadi isterinya sekejap ke tempat baju sekejap ke tempat peralatan elektrik elektronik.

Tiba-tiba tubuh isterinya terlanggar seorang gadis berbaju kurung. Terhenti langkah isterinya. Luthfan memegang bahu Aaira supaya tidak jatuh.

"Sorry Cik" Aaira minta maaf. Terlanggar. Habis terjatuh beg tangan gadis yang dilanggarnya itu.

"Tak apa-tak apa" Perlahan tangan mereka saling membantu memasukkan barang kepunyaan gadis itu yang masih berselerak jatuh. Nasib baik bukan barang make up. Mahu meraungnya.

"Terima kasih, Eh Aaira" Gadis itu memandang sesudah berdiri.

"Eh Laila! Sayang, kenalkan ni Tengku Laila yang I cerita masa ragut haritu" Aaira memegang lengan Luthfan.

Luthfan terpaku. Cantiknya gadis itu berbaju kurung. Sopan sahaja. Namun tanpa tudung.
Dia kenal gadis ini. Pernah dalam pelukannya.
Laila hanya memberi senyuman manisnya.

"Saya pergi dulu ye Aaira, nak lunch" kata Laila membantutkan lamunan Luthfan.

"Eh jom lunch sama-sama" Aaira mengajak.

"Tak apa lah, suami awak okay ke?" Laila berkata penuh lembut. Seperti gadis melayu terakhir.

"Okay je, lagipun cik dah tolong isteri saya haritu" Luthfan meletak tangan di belakang leher. Kekok.

Sampai sahaja di hadapan restoran. The Chicken Rice Shop~bukan sekadar nasi ayam. k sempat lagi author nyanyi.

"Aaira nak pergi toilet sekejap" Kata Aaira setelah duduk di meja.
Luthfan mengangguk. Diambil tempat di sebelah isterinya tadi, hadapan Laila.

Matanya ralit memandang gadis itu.
"Laila? Remember me?" Luthfan berkata perlahan. Dia menegur dulu.

Laila hanya senyum. Butang baju kurungnya dibuka perlahan. Panas. Luthfan hanya memerhati. Tersenyum. Itu isyarat gadis itu ingat akan dia.

Aaira ni asyik pergi toilet je.

Makanan dipesan. Mereka bertiga menjamah penuh selera.

Tiba-tiba hujung lutut Luthfan terlanggar lutut Laila.
Luthfan mengerling wajah Laila. Laila hanya senyum. Luthfan hairan. Murah betul senyuman manis itu. Jujur dia kata, Laila lebih cantik dari Aaira. Namun Aaira ada tarikannya tersendiri.

Aaira pula ralit sahaja bermain dengan fon sambil menjamah Spaghetti kesukaan.

Perlahan-lahan tangan Laila naik ke atas peha kanan Luthfan.

Perlahan Luthfan berdehem. Tangan kiri Luthfan memegang straw, disedut air. Tangan kanannya jatuh ke bawah.

Memegang tangan lembut itu. Laila tersenyum memerah.

Luthfan dari dulu pantang nampak perempuan. Namun selepas berkahwin, dia kurang mendekati mana-mana lawan jantina. Namun gadis di hadapannya itu. Tidak henti menarik perhatiannya.

Tak guna punya lelaki.

"Sayang!!" Aaira bersuara sedikit meninggi. Terlepas tangan yang bersambung di bawah itu. Terkejut. Kantoi ke?

"Kenapa awak tak makan terung ni? Sedap tahu tak?" Terung yang diasing tepi pinggan itu dikerling. Spaghetti Aglio Olio.
Terung tu sejenis sayur ye wahai isteri, lupa ke encik suami ni kemain susah nak telan sayur.

"Nak makanlah" Tertawa Luthfan pada hujung kata. Comel betul isterinya bila marah.

Sekeliling mall dipusing.
"Jom makan aiskrim!" Kedengaran seperti budak-budak. Itulah Aaira Athirah.

"Sayang dah kenyang lah, bae nak beli, belilah. Abang tunggu sini je" Luthfan berkata lembut. Perut bocor betul Aaira ni.

"Saya pun dah kenyang" Laila berkata perlahan.
Aaira memandang dua wajah itu. "Okay Aaira beli kejap" Aaira berlalu beratur. Ada seorang sahaja sedang beratur. Tambah Aaira dua.

Aaira meninggalkan mereka berdua di belakang. Tak syak apa-apa pun.

"So how are you?" Laila mula kata.

"Fine as always. You?" Luthfan berbalas.

"Better after i found you" Laila berbisik pada telinga Luthfan. Sengaja didekatkan wajah mereka. Seperti gaya isteri mencium pipi suami menjengkit.

Luthfan tertawa. Muka dijauhkan sedikit.
"Suka apa tu" Aaira datang ke mereka.

"Tak ada la suami awak ni lawak orangnya" Laila tawa perlahan menutup mulut. Ayu betullah. Jealous Aaira tengok. Tambahan pula gadis itu hanya mengenakan lipstick sahaja dibibir. Natural beauty habis. Muka licin je.

"Lawak? memang, dia suka buat lawak bodoh" Aaira berkata selamba.

"Awak nak dengar?" Laila mengangguk.

"Nabila huda kalau hilang nak buat apa?" Aaira bertanya. Laju jari Luthfan membuat askar tegak pada Aaira. Ish jatuh imej macho suaminya.

"Taktahu" Kata Laila. Muka penuh innocent.

"Suruh Amy Search" Aaira berkata kemudian tergelak. "Hambar kan?"

Sementara Laila sudah tertawa penuh sopan.

"Bae, Laila gelak maksudnya lawak tau" Luthfan menarik pinggang Aaira ke arahnya.

"Ish yelah yelah" Laju kaki Aaira berjalan dahulu ke hadapan.

Satu kucupan pada pipi Luthfan didaratkan. Membulat matanya terkejut. Pandai Laila mencari peluang.

"Err Aaira, saya balik dulu ye. Dah petangni, nanti balik lewat papa saya marah pula" Laila mencuit bahu Aaira.
Luthfan pula masih membatu di situ. Terkejut dengan tindakan drastik itu. Terasa lagi bibir gadis itu di pipinya.

"Hati-hati" Aaira berlaga pipi dengan Laila.

Laila menunduk kepala sedikit pada Luthfan, tidak salam di hadapan Aaira.
Luthfan tidak pandang langsung Laila. Laila terus berlalu pergi.

"Awak ni kesian Laila, awak ignore je dia nak balik. At least senyum la" Bebel Aaira.

"Dahtu awak nak saya kiss dia depan awak ke" Luthfan berkata mendatar. Fikirannya serabut teringat akan kejadian-kejadian yang dia layankan dari Laila itu.

'Kenapa kau muncul masa aku dah bahagia Laila?' desis hati Luthfan. Wajah diraup.

"Awak kenapa ni? Ok tak?" Risau Aaira melihat perubahan wajah Luthfan itu. Seperti stress.
Luthfan biarkan sahaja soalan itu.

"Tak apa lah jom balik" Aaira memujuk Luthfan

Chapter ni aku nak korang benci Luthfan tapi tak tahu lah jadi ke tidak hehe. By the way benci Laila sekali okehhh hehe thankyou support!


You are reading the story above: TeenFic.Net